Kredit foto: Instagram Amin Idris
Siapa Amin Idris? Amin Idris merupakan seorang perunding latihan dan motivasi, penulis buku dan pengacara televisyen.
Beliau adalah seorang ahli profesional yang diiktiraf Malaysian Association Professional Sepakers (MAPS) iaitu sebuah pertubuhan profesional yang diiktiraf oleh IFFPS (Internatioanl Federation of Professional Speakers) yang juga dianggotai pertubuhan penceramah profesional di Amerika, UK, Australia, New Zealand, Kanada, Afrika Selatan dan Jerman.
Biodata Dan Latar Belakang
- Lebih mesra disapa dengan nama panggilan 'Bro Amin'.
- Berumur 39 tahun (2020).
- Dilahirkan di Sarawak dan membesar di Kelantan.
- Merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa dalam jurusan pengajian Undang-undang (LL.B Hons) dan Guidance and Counseling (peringkat Sarjana - Master).
- Kini bergiat sebagai perunding latihan dan motivasi, penulis buku dan pengacara televisyen.
- Menubuhkan bisnes konsultan, Amin Idris Training Consultant (kini dikenali sebagai Akademi Magnet Sukses Sdn Bhd) dengan memegang peranan sebagai CEO merangkap Prinsipal Trainer.
- Antara buku dikarangnya termasuk RK Presiden, RK Pustakawan, RK Ketua Biro, RK Ketua Pasukan, PDA Pemimpin Wibawa, PDA Mesyuarat Berkesan dan Magnet Diri; Cipta Pengaruh Luar Biasa dan Berjaya - rata-ratanya berkonsepkan perihal kepemimpinan remaja.
- Dalam bidang pengacaraan, beliau mengemudikan program-program televisyen terkenal seperti rancangan bual bicara TV Al-Hijrah, antaranya Assalamualaikum, Pentas Dakwah, Bicara, Apakah Maqasid Syariah? dan Zakat Berbakti. Tidak ketinggalan, rancangan-rancangan televisyen Astro Oasis, TV Pendidikan di TV9 dan acara-acara besar siaran RTM 1 seperti program siaran langsung Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan (2008 & 2009), Majlis Tilawah al-Qur’an Kebangsaan (2008 & 2009) dan Majlis Tilawah al-Qur’an Antarabangsa (2008 & 2009).
- Bertindak sebagai penyampai Motivasi Pagi di TV Al-Hijrah dan Radio IKIM.Fm, serta penyampai klip motivasi berbahasa Inggeris di radio Traxx.fm.
- Juga berkhidmat sebagai penulis skrip untuk kandungan TV Pendidikan.
- Memegang peranan sebagai Penolong Setiausaha untuk Pertubuhan Perunding Latihan & Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN)
- Laman sosial Instagramnya atas nama @amin_idris sehingga kini mencatatkan lebih 200,000 pengikut.
Fakta Menarik
- Pemegang Sijil Iktiraf TAMRIN Basic Training.
- Mempunyai syarikat penerbitan buku sendiri dinamakan Magnet Sukses Publication Sdn Bhd.
- Mendapat jolokan 'Iron Man Malaysia' kerana minat yang mendalam terhadap superhero Marvel itu.
- Mempunyai koleksi istimewa Iron Man termasuk koleksi peribadi sut lengkap!
- Pernah memegang mandat sebagai juri dalam program Ceria-i Star di saluran Astro Ceria.
- Meskipun banyak mengacarakan program agama dan kerohanian, namun beliau tidak selesa dipanggil dengan gelaran 'ustaz' walaupun menganggap ia sebagai satu penghargaan.
- Rancangan Tazkirah Malam Jumaat di Astro Oasis kendaliannya telah tersenarai sebagai antara calon kategori Program MeleTop di Anugerah MeleTop Era 2018 (AME 2018).
Foto
Kredit foto: Instagram Amin Idris
Video
Kredit video: "Jangan menghukum orang terlalu cepat" | Amin Idris & Fakhrul | MeleTOP | Neelofa & Nabil
Sumber:
1. Pegang visi pengacara berilmu
2. Digelar Iron Man Malaysia pun ok
3. Magnet Diri: Blog Rasmi Amin Idris