Pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew mengenang kembali situasi sukar yang pernah dilalui sebelum mengecap nikmat hidup sekarang.

Menerusi entri terbaharu di Instagram, beliau berkongsi kisah kehidupannya sebelum dilimpahi rezeki melimpah ruah, sehinggakan membuat warganet berasa sebak.

    

Baca: Biodata Dan Latar Belakang Ustaz Ebit Lew

Baca: Biodata Ustaz Tido (Khailil Razak), 'Kembar' Ustaz Ebit Lew

Baca: Biodata Caprice, Penyanyi Rap Malaysia

Baca: Biodata Dan Foto-Foto Lama Pendakwah Ustaz Firdaus Wong Wai Hung

      

Kredit foto: Instagram Ebit Lew

      

"Ramai tanya saya soalan bukan-bukan. Saya bekerja dan berniaga dah lebih 10 tahun.

"Dulu saya tidur masjid. Pernah tidur atas guni. Dari kecil berdakwah dan menyebarkan kasih sayang. Soalan paling banyak saya dengar nanti kau sibuk tolong orang sana sini habis hilang dunia. Kau nak jadi apa dah besar. Sampailah universiti," tulisnya.

Ebit Lew memberitahu, ketika dahulu dia sukar diterima bekerja gara-gara penampilan yang selekeh.

"Ramai tak nak ambil saya kerja sebab selekeh. Dengan janggut kasut pun buruk. Stokin tak ada. Masa tu susah betul. Duit gaji dekat mak semuanya rm800 dengan banyak kerja. 

"Saya walau ada sepinggan nasi share dengan kawan. Ada orang masuk RM2 dekat poket sebab tolong isi minyak. Saya menangis dapat RM2 tu. Besar nilai untuk saya," katanya.

Bermula dengan bekerja sebagai pakar motivasi, namun semangat memajukan diri akhirnya membuahkan hasil yang lumayan kepadanya.

"Saya mula kerja dengan Dato Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah dan Prof Hanim. Sebagai trainer atau motivator. Program korporat teambuilding selama empat tahun.

"Selepas itu saya mula buat sendiri. Syukur syarikat minyak dan kapal buat teambuilding dengan saya. Syarikat kerajaan ada buat program untuk seluruh kementerian. Program Keluargasunnah. Prokids remaja. Saya tour seluruh Malaysia," dedahnya.

Yakin dengan rezeki setiap orang, beliau mampu tersenyum lebar selepas lama-kelamaan pendapatannya semakin berkembang menerusi beberapa cabang perniagaan yang dimiliki.

"Saya ada tiga restoran Paramount Coffee House. Sebenarnya dah plan nak buka seluruh Malaysia dan nak buka di luar negara. Belum sempat saja. Butik jubah. Syukur rezeki makin melimpah ruah.

"Saya tulis 9 buku. Semua buku laris. Buku yang dah lapan tahun tulis masih laris sampai sekarang. Tambahan lain Youtube dan Facebook ada bayaran dapat.

"Syukur saya ada dua program televisyen. Dua tahun dah. Door To Door Ebit Lew di Astro Oasis dan A bit With Ebit di TV Al Hijrah. Dua program saya sendiri dah dua musim. Dapat juga bayaran syarikat media untuk iklan sedikit sebanyak. Staf kakitangan tetap saya ada 55 orang," katanya.

Berdasarkan pengalamannya, Ebit Lew memberitahu, punca rezeki murah adalah kerana tidak meninggalkan solat dan melupakan orang tua, serta tidak berhenti bersedekah.

"Begitulah rezeki Allah beri. Tapi saya yakin Allah beri semuanya. Jaga solat sayang ibu. Sayangi isteri dan anak-anak. Selalu sedekah dan sayang semua orang.

"Bekerja kuat untuk bantu orang miskin dan anak yatim jihad. Sebarkan kasih sayang. Kaya dihati. Ini semua dunia sementara. Allah punya semua. Dia boleh beri dia ambil semula. Dia Maha Kuasa," akhirinya dalam kapsyen panjang lebar berkenaan.

     

isteri ebit lew

Kredit foto: Instagram Ebit Lew

    

Perkongsian itu disertakan dengan foto beliau bersama Isteri dengan berlatar belakangkan kediaman banglo dan dua buah kereta.

Kenyataan itu dipercayai sebagai respon balas terhadap persoalan segelintir pihak yang meragui dirinya sebelum ini.

Dalam perkembangan lain, pendakwah ini dibenarkan untuk menyambung semula aktiviti kebajikannya kepada individu yang terkesan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

        

Gambar Semasa Muda Ebit Lew

ustaz ebit irawan lew semasa muda hensem

Ustaz Ebit Irawan Lew kacak bergaya. Darah muda

ebit lew upm

Ebit Lew semasa di UPM

ustaz ebit lew dulu dulu

Ebit Irawan bersama rakan universiti

ebit lew irawan ibrahim semasa di upm

Ustaz Ebit Lew ketika muda remaja

ebit lew irawan ibrahim phone nokia

Ustaz guna fon Nokia butterfly je

ebit lew irawan ibrahim 3

Siapa sangka wajah ini akan dikenali seluruh Malaysia

ebit lew irawan ibrahim 2

Ustaz Ebit Lew handsome mengenakan baju melayu warna merah

ebit lew irawan ibrahim 1

Gurau senda bersama rakan

dsc00226

Allahyarham Ibrahim Lew (Lew Yun Pau) iaitu ayah kepada Ustaz Ebit Lew

gambar ebit lew dan isteri berkahwin sanding

Gambar ketika majlis perkahwinan Ustaz Ebit Lew dengan bidadari kesayangannya




Hakcipta iluminasi.com (2017)