Kredit foto: Instagram Ikhmal Nour , Facebook Ikhmal Haqim
Gabungan konten nyanyian zikir dan hiburan menjadikan Ikhmal Nour sebagai antara selebriti media sosial Malaysia yang paling berpengaruh di TikTok.
Dalam dunia atas talian, dia telah membangun reputasi dengan 4.1 juta pengikut di TikTok, 1.32 juta pelanggan di Youtube dan 363,000 pengikut di Instagram, menjadikan namanya popular di kalangan pelayar internet.
Biodata
Nama penuh: Noor Ikhmal Haqim bin Noor Azhar
Nama komersial: Ikhmal Nour
Umur: 22 tahun (2024)
Tarikh lahir: 26 Oktober 2002
Tempat lahir / Asal: Kuantan, Pahang
Keluarga: Anak kedua daripada tiga orang adik beradik
Pekerjaan: Pencipta Konten, Penyanyi
Instagram (IG): @ikhmalnour_
Youtube: @ikhmalnour
Tiktok: @ikhmaln0ur
Latar Belakang
1. Dengan bakat terpendam sejak kecil, Ikhmal menunjukkan minat dalam bidang nyanyian sejak zaman persekolahan lagi. Bagi mengasah keyakinan diri di hadapan orang ramai, dia terlibat dalam kumpulan nasyid dan sering menyertai pertandingan karaoke serta persembahan.
2. Pada tahun 2020, dia mula mendapat perhatian di media sosial kerana kemahirannya menghasilkan video yang menghiburkan.
3. Awal 2022, Mixology Music melamarnya sebagai artis rakaman dan melancarkan single pertamanya yang berjudul 'Pandang-Pandang' menggunakan irama Arab.
4. Ikhmal disunting untuk menghiasi beberapa program Astro Ceria seperti On The Way dan Ri-Oh Rimba kerana popularitinya di kalangan kanak-kanak.
5. Dia diiktiraf sebagai pemenang Anugerah TikTok Malaysia 2023 (TikTok Awards Malaysia 2023) bagi kategori Rising Star of The Year.
6. Lagu-lagu yang pernah dirakamkannya termasuklah Pandang Pandang dan Figura (duet bersama Wani Syaz).
Fakta Menarik
1. Ikhmal merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan, Kuantan, Pahang dan sejak di bangku sekolah, dia sering diundang menyanyi di majlis perkahwinan sekitar Kuantan.
2. Dia turut mahir bertutur dalam bahasa Arab dan didedahkan dengan budaya Arab oleh ustazahnya, Intan, semasa di sekolah menengah. Kerana melihat kurangnya penyanyi irama Arab di Malaysia kini, dia memutuskan untuk menapak dalam genre itu.
3. Semua anggota keluarganya juga mempunyai bakat dalam nyanyian.
4. Kesemua adik-beradik Ikhmal yang lain juga adalah lelaki.
5. Sebelum mencapai status penyanyi, dia rajin berkongsi lagu cover di laman sosial.
6. Ketika berusia 13 tahun, dia pernah mencuba nasib di sesi ujibakat Ceria Popstar, namun rezeki tidak menyebelahinya waktu itu.
7. Ikhmal mula berkarya sebagai pencipta konten ketika umurnya 17 tahun.
8. Di media sosial, Ikhmal memikat hati ramai dengan nyanyian irama Arab yang merdu dan wig hijau yang selalu dipakainya.
9. 'Swipe' versi taranum dan qalqalah yang dinyanyikan oleh Ikhmal pernah tular di TikTok pada 2022.
Gambar
Kredit foto: Instagram Ikhmal Nour , Facebook Ikhmal Haqim
Video
Kredit video: Artis Jemputan: IkhmalNour - Pandang-Pandang | WHI (26 Ogos 2022)
Sumber:
4. Ikhmal Nour Tular Nyanyi Lagu Arab di TikTok, Lancar Single PANDANG PANDANG