Kredit foto: Instagram Alif Teega
Siapa Alif Teega? Beliau merupakan seorang ikon Islamik muda Malaysia yang rajin berdakwah dan memberi inspirasi kepada masyarakat, melalui perkongsian pengetahuan agama dan motivasi yang menggerakkan semangat ramai.
Lebih lanjut mengenainya dengan membaca artikel ini sepenuhnya.
Biodata
Nama sebenar: Mohd Hazalif bin Mohd Hazani
Nama komersial: Alif Teega
Umur: 29 tahun (2023)
Tarikh lahir: 22 Januari 1994
Tempat lahir / Asal: Leeds, United Kingdom
Keluarga: Anak bongsu dalam kalangan adik-beradiknya. Bapanya telahpun meninggal dunia.
Pendidikan: Sarjana Muda Jurusan Pengurusan Muamalat daripada Universiti Malaya
Pekerjaan: Personaliti Media Sosial, Ahli Perniagaan, Penulis, Pencipta Konten, Pendakwah Selebriti, Penceramah Bebas, Pengacara
Instagram (IG): @alifteega
Tiktok: @alifteega
Latar Belakang
1. Dia merupakan anak kepada pasangan Hazani Hashim (bapa) dan Norrana (ibu).
2. Merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Arab Tahfiz (yang kini dikenali sebagai Sekolah Menengah Islam Al-Ikram).
3. Juga seorang penulis berbakat yang dalam karya novel, dia berbicara mengenai pengalaman hidupnya, menerusi judul "Biarku Lindung Mendungmu" yang ditulis bersama isterinya, termasuk buku-buku lain iaitu Selama Nafasku Berhembus, Lembaran Cinta Dari Hati, Letters From My Heart dan Letters From My Heart Vol 2.
4. Berkahwin pada tahun 2017 dengan Aisyah Hijanah Azhari, yang lebih terkenal sebagai Aisyah Hijanah, seorang usahawan, penulis dan pendakwah selebriti. Mereka dikurniakan dua orang anak, iaitu Khadeejah Hijanah dan Muhammad Hassan Syarif.
5. Di awal tahun 2022, pasangan ini mengadakan majlis persandingan mereka kerana tidak berkesempatan melaksanakannya sewaktu pernikahan dahulu.
6. Alif pernah mengacarakan rancangan Halal Lah yang bersiaran di saluran Astro Oasis.
Fakta Menarik
1. "Teega" daripada nama komersialnya diambil dari nama kumpulan dakwah yang pernah disertai oleh beliau ketika mula berjinak-jinak dengan dunia media sosial. Kumpulan Teega ini dikenali kerana usaha mereka dalam berdakwah melalui video yang dimuat naik di laman sosial, bersama dengan dua lagi ahli lain, iaitu Muhamad Dhirar Zainal Abidin dan Irman Bahrudden Erafarn.
2. Semasa menimba ilmu pada zaman pengajian, difahamkan bahawa Alif pernah menampung kos hidupnya dengan bekerja sebagai waiter dan pemandu Grab.
Isu Perkahwinan Dengan Isteri
Pada penghujung Oktober 2023, keharmonian rumah tangganya diuji dengan munculnya seseorang yang cuba mengganggu perkahwinan mereka. "Penyondol" itu dahulunya adalah pekerja mereka sendiri.
Dalam usaha untuk mengatasi masalah ini, isterinya membawa Alif untuk berubat dan mereka mendapat tahu bahawa dia telah terkena penyakit 'ain' akibat dari hasad dengki oleh pihak ketiga.
Beberapa hari berlalu, Alif memberikan kenyataan yang menekankan bahawa hubungan dengan isterinya masih dalam keadaan baik dan tidak terkesan oleh masalah. Dia juga menegaskan bahawa spekulasi tentang perpisahan mereka adalah tidak benar dan hantaran di TikTok sebelum ini hanyalah langkah untuk 'move on'. Isterinya turut mengesahkan bahawa isu orang ketiga yang mengganggu rumah tangganya telah berjaya diatasi.
Baca: Biodata Iddin Ramli, Penulis Buku Dan Personaliti Media Sosial
Baca: 8 Fakta Alif Teega Yang Ramai Tak Tahu!
Baca: 8 Fakta Aisyah Hijanah Azhari Yang Ramai Tak Tahu!
Baca: Biodata Aisyah Hijanah Azhari, Penulis Buku, Isteri Kepada Alif Teega
Foto
Team dakwah Teega
Ibu kepada Alif
Kredit foto: Instagram Alif Teega
Video
Kredit video: NIKAH SAMBIL BELAJAR PUN BOLEH GRAD?!!! | TheHH Family
Sumber: