Oleh pada 02 Jul 2024 kategori

Dapur masak merupakan peralatan penting dalam setiap rumah yang digunakan untuk memasak pelbagai jenis makanan.

Sama ada anda gemar memasak atau tidak, kami yakin besar kemungkinan anda pernah cuba menggunakan dapur gas sebegini baik daripada yang jenis bergas atau mungkin yang menggunakan kuasa elektrik.

Pernahkah anda terfikir berapakah suhu api nyalaan yang ada pada dapur gas? Jom kita pelajari berapakah takat suhu api yang ada dan apakah suhu itu mampu membahayakan kita.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Berapa suhu api dapur gas anda?

api dapur gas fakta

Suhu nyalaan dapur masak biasanya berada dalam julat 1,070°C hingga 1,982°C, bergantung kepada jenis gas yang digunakan dan keadaan pembakaran tertentu.

Nyalaan dapur yang lebih panas menghasilkan kecekapan pembakaran yang lebih tinggi, membolehkan bahan bakar digunakan dengan lebih berkesan yang menghasilkan haba maksimum dengan sisa minimum. Panas kan?

Mesti anda perasan api dapur kita selalunya terjadi dalam dua warna, biru dan kuning.

Nyalaan biru menunjukkan pembakaran yang lengkap di mana gas sama ada jenis gas asli atau propana bercampur dengan baik dengan oksigen. Suhu nyalaan biru biasanya lebih tinggi, sekitar 1,070°C hingga 1,982°C.

Pasti anda tertanya kenapa warnanya biru kan? Warna biru itu terjadi disebabkan oleh berlakunya fenomena spektrum emisi yang terjadi dalam proses pembakaran. Apabila metana terbakar sepenuhnya, suhu tinggi membebaskan molekul gas tyang memancarkan cahaya biru apabila kembali ke keadaan asalnya.

Nyalaan biru menghasilkan kadar pencemaran seperti karbon monoksida (CO) dan jelaga dalam tahap rendah, menjadikannya lebih selamat dan mesra alam.

Nyalaan kuning berlaku yang menandakan pembakaran tidak lengkap di mana oksigen tidak mencukupi untuk gas terbakar sepenuhnya. Suhu nyalaan kuning lebih rendah tahap kepanasannya, biasanya sekitar 537°C hingga 982°C, mudah 'bergoyang-goyang' kerana kurang stabil.

Nyalaan kuning menghasilkan lebih banyak pencemaran termasuk pembebasan gas karbon monoksida (CO) serta jelaga, yang memberi risiko kepada kesihatan dan dikategorikan kurang cekap dari segi penggunaan bahan bakar.

Fahami suhu memasak 

artikel menarik tahap kepanasan suhu api dapur

Walaupun kami nyatakan suhu api sangat tinggi di atas, dalam konteks memasak, suhu nyalaan dapur biasanya mempunyai perwatakan lebih rendah jauh di bawah paras maksima yang kami nyatakan diatas.

Contohnya, untuk menggoreng makanan, suhu minyak biasanya hanya perlu mencapai sekitar 177°C hingga 191°C untuk menggoreng dengan baik. Suhu lebih tinggi diperlukan untuk menggoreng dan memasak makanan dengan betul, manakala suhu lebih rendah sesuai untuk mendidih dan memasak dengan perlahan, bergantung kepada kawalan kita.

Yang penting ingat, api nyalaan biru adalah pilihan terbaik untuk memasak kerana ia memberikan suhu yang lebih tinggi dan konsisten jadi cuba pastikan tetapan dapur anda benar-benar pada tahap optimum, yang mampu mengurangkan api kuning.

Apa itu suhu transepidermal?

berapa suhu api dapur gas

Suhu transepidermal merujuk kepada tahap suhu di mana kulit manusia akan mula mengalami kerosakan akibat terdedah kepada haba. Pengetahuan ini penting bagi membantu kita memahami sejauh mana suhu luaran dan persekitaran, boleh menjejaskan tisu manusia.

Pada suhu sekitar 44°C, kulit manusia boleh mengalami luka bakar tahap pertama selepas terdedah dalam beberapa jam. Pada suhu yang sedikit tinggi saja sekitar 55°C, kerosakan boleh berlaku dalam masa 30 saat!

Apabila kulit terdedah kepada takat suhu yang lebih tinggi seperti nyalaan dapur, suhu transepidermal dicapai dengan kadar segera, mampu menyebabkan kerosakan tisu serius akibat kebakaran tahap kedua dan ketiga.

Luka kebakaran atau kita gelarkan melecur tahap kedua boleh berlaku pada suhu sekitar 60°C hingga 70°C dalam masa beberapa saat, manakala melecur tahap ketiga berlaku pada suhu melebihi 160°C dalam masa kurang dari satu saat.

Oleh kerana jelas suhu nyalaan dapur jauh lebih tinggi tahap kepanasannya sekitar 1,070°C hingga 1,982°C, jari manusia hanya boleh bertahan selama beberapa milisaat sebelum mengalami luka bakar tahap ketiga jika kita sentuh apinya, yang kita dah tahu mampu merosakkan semua lapisan kulit dan memerlukan rawatan perubatan segera.

Ingatlah, jangan sama sekali cuba sentuh api dapur anda ya!




Hakcipta iluminasi.com (2017)