Jika anda berhenti di lampu isyarat dan melihat ke arah kenderaan sebelah, terdapat kemungkinan orang di sebelah sedang mengorek tahi hidung mereka.

Malah, mengorek tahi hidung sering menjadi aktiviti yang dilakukan ketika seseorang itu bosan, sedang menunggu sesuatu atau tidak melakukan apa-apa.

Dan jika mengorek tahi hidung sudah dilihatkan sebagai sesuatu yang menggelikan jika dilakukan di tempat awam, memakan tahi hidung adalah lebih dahsyat walaupun ia dilakukan secara tersembunyi.

Walaupun begitu, terdapat segelintir individu yang beranggapan bahawa memakan tahi hidung dapat memberikan kebaikan kepada kesihatan.

Adakah ia benar atau sekadar mitos?

Perbezaan antara mukus dan kahak

apa itu mukus

Sebelum itu, kita perlu tahu terlebih dahulu bahawa hingus dan kahak adalah perkara yang berbeza.

Hingus atau lendiran dalan hidung adalah bahan seperti cecair yang dihasilkan oleh beberapa tisu lapisan badan dan tahukah anda bahawa badan kita menghasilkan 1 hingga 1.5 liter lendiran ini setiap hari?

Hingus berfungsi sebagai lapisan pelinciran saluran hidung dan bertindak sebagai lapisan pelindung untuk memerangkap virus, debu, dan debunga.

Ia terdiri daripada air, mucin, protein globular, garam, lipid, DNA, dan serpihan selular.

Ia mengandungi antibodi dan lisozim (enzim yang membunuh bakteria) yang membantu melawan jangkitan. Apabila ia kering, ia menjadi apa yang kita sebut sebagai tahi hidung.

Kahak pula adalah sejenis lendir tetapi ia dihasilkan oleh sistem pernafasan bawah.

Ia adalah bahan pekat dan likat yang dihasilkan oleh kerongkong dan paru-paru hanya ketika keradangan berlaku untuk melindungi dari bahan asing.

Ia tidak berbahaya tetapi jumlah kahak yang bertambah biasanya menyebabkan saluran udara tersumbat dan menyebabkan sering menyumbat saluran udara dan hidung atau sakit tekak.

Korek dan makan tahi hidung

joachim low makan tahi hidung 2

Tindakan memasukkan jari ke dalam hidung dengan tujuan membuang lendir hidung lebih dikenali sebagai korek tahi hidung. Dalam istilah perubatan, ia disebut sebagai rhinotillexis yang berasal dari bahawa Yunani iaitu rhino yang bermaksud hidung dan tillexis yang bermaksud tabiat mengorek.

Bagi sesetengah orang, ia hanya bertujuan untuk membersihkan hidung dan mengeluarkan mukus yang mengeras. Satu kaji selidik yang dilakukan pada tahun 1995 mendapati bahawa 91% mengaku mereka mengorek hidung manakala 75% daripada peserta menganggap bahawa mengorek hidung adalah sesuatu yang normal.

Namun, bagi sebilangan orang, tabiat ini boleh menjadi kebiasaan kompulsif atau fanatik, dan disebut sebagai rhinotillexomania.

Dan tindakan memakan tahi hidung pula dikenali sebagai "mucophagy".

Makan tahi hidung meningkatkan imuniti tubuh?

makan tahi hidung

Sehingga kini, hampir tiada kajian terbaru yang dilakukan bagi membuktikan secara knklusif bahawa memakan tahi hidung boleh meningkatkan imuniti tubuh badan.

Satu-satunya rujukan mengenai pembangunan imuniti hasil dari memakan tahi hidung berasal dari wawancara tahun 2013 dengan Dr Scott Napper. Dr Scott menyatakan bahawa dia telah berusaha melakukan eksperimen dengan pelajarnya untuk melihat adakah memakan tahi hidung sendiri dapat membantu meningkatkan imuniti badan.

Dia juga menyatakan bahawa makan tahi hidung mungkin bermanfaat bagi tubuh dan tubuh dapat mengembangkan imuniti terhadap bakteria yang terperangkap dalam mukus tersebut. Namun, ini tidak cukup untuk membuktikan bahawa makan tahi hidung adalah sesuatu yang sihat.

Mukus berfungsi sebagai pertahanan barisan hadapan untuk tubuh terhadap jangkitan yang sering kita hadapi dengan memerangkap bakteria dan virus patogen.

Mungkin ada yang beranggapan bahawa memakan tahi hidung ini akan mendedahkan tubuh kepada ejen berjangkit seperti virus dan bakteria yang terperangkap dalam lendir tersebut.

dr scott napper korek tahi hidung dan makan

Tubuh pula mungkin akan melihat ejen-ejen ini sebagai bendasing atau antigen dan berusaha untuk membina tindak balas imun terhadapnya.

Ini boleh menyebabkan tubuh mengembangkan imuniti terhadap patogen yang terperangkap dan membuat kita lebih berkemampuan untuk melawannya jika berhadapan dengan patogen ini di kemudian hari.

Tetapi, bagaimana jika badan tidak dapat menghasilkan imuniti terhadap patogen tersebut?

Rongga hidung biasanya mengandungi bakteria seperti aerobik Staphylococcus epidermidis, Staphylococcus aureus, Haemophilus influenzae, Streptococcus pneumoniae dan diphtheroid.

Ia juga boleh mengandungi Propionibacterium acnes anaerobik dan Peptococcus magnus.

Sekiranya kita memakan tahi hidung yang mengandungi patogen-patogen seperti ini, dan badan kita tidak dapat menghasilkan imuniti terhadapnya, ia boleh menyebabkan jangkitan serius.

Walaupun kajian oleh Dr. Scott ini mencadangkan memakan tahi hidung dapat memberikan kebaikan kepada kesihatan, namun ia tidak disokong oleh mana-mana kajian lain.

Adakah korek hidung berbahaya?

bahaya korek tahi hidung

Dengan memasukkan jari ke dalam rongga hidung, kita mungkin menyebabkan bakteria, virus dan bahan cemar lain masuk ke dalamnya. Malah, kita juga mungkin menyebabkan bakteria dan virus yang diperangkap oleh mukus ini tersebar ke permukaan lain.

Sekiranya pengambilan hidung tidak dilakukan dengan lembut, ia boleh merosakkan tisu hidung yang boleh mencetuskan pendarahan hidung. Dalam kes yang melampau, terbukti menyebabkan kerosakan pada septum hidung dan juga mempengaruhi penciuman.

Satu kajian menunjukkan bahawa jangkitan Staphylococcus lebih kerap berlaku kepada mereka yang gemar mengorek hidung berbanding dengan mereka yang tidak.

Walaupun begitu, hampir semua daripada kita tidak mengendahkan fakta ini dan terus mengorek hidung, kan?

Rujukan:

1. CBC

2. Kawalan jangkitan dan epidemiologi hospital

3. Science

4. Pennsylvania State University




Hakcipta iluminasi.com (2017)