Kanggaru yang sering dikaitkan dengan sukan tinju bukanlah perkara baru. Ia telah terkenal sejak berkurun lamanya. Haiwan yang menjadi maskot kepada negara Australia ini hanya boleh dijumpai di negara ini dan juga New Guinea sahaja. Bagi mereka yang hanya melihat haiwan ini melalui foto sahaja pasti berpendapat bahawa kanggaru adalah haiwan yang sangat comel dan manja. Namun, fakta itu tidaklah seperti yang mereka sangkakan.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Idea kanggaru tinju ini berasal daripada sifat defensif atau mempertahankan diri haiwan ini sendiri. Jika anda menonton video-video di youtube, anda boleh melihat kanggaru-kanggaru ini seperti mempunyai sifat yang pelik. Mereka berperwatakan seolah-olah manusia dan ingin mencabar manusia bertumbuk dengan mereka.

Terkenal sejak 1891

kanggaru bertinju

Imej kanggaru bertinju telah terkenal sejak 1891, apabila kartun bertajuk "Jack, the fighting Kangaroo with Professor Lendermann" muncul dalam majalah Melbourne Punch. Pada penghujung abad ke 19, rancangan pengembaraan di pedalaman memaparkan kanggaru-kanggaru memakai sarung tangan tinju yang sedang bertumbuk dengan manusia. Sejak ini, imej kanggaru dan tinju memang tidak lagi dapat dipisahkan.

Kanggaru vs Manusia

Dalam video ini, anda boleh melihat sendiri kebolehan seekor kanggaru menangkap dan menahan seekor anjing, dengan menggunakan teknik 'headlock'. Apabila tuan anjing tersebut cuba menyelamatkan anjingnya, kanggaru itu tidak mahu melepaskan. Namun, anjing itu tetap terlepas. Kemudian kanggaru itu berdiri dan seolah-olah mahu bertinju dengan lelaki tersebut. Berang dengan situasi itu, lelaki itu telah melepaskan satu tumbukan mengenai kepala kanggaru itu, yang membuatkan kanggaru itu seperti kebingungan. 

Kebolehan bertinju

bertinju sesama sendiri 2 511

Walaupun kanggaru boleh berdiri seperti manusia, namun ianya tidak sekukuh yang kita sangka. Mereka akan menggunakan ekor mereka yang kuat untuk berdiri dengan teguh jika berhadapan dengan ancaman. Kanggaru menggunakan ekornya dengan meletakannya dan menekan permukaan tanah, sebagai kaki ketiga.

Dengan kebolehan mengimbangi badan yang baik dan bahagian badan atas yang 'sado', ia amat sesuai dan berkebolehan untuk 'bertinju'. Kaki depan (atau tangan) kanggaru digunakan sebagai alat menyerang di mana mereka akan menumbuk lawan mereka. Ia sama seperti imej yang digambarkan oleh manusia di mana kanggaru memakai sarung tangan tinju. Jika anda perhatikan, cara berlawan yang ada pada kanggaru dikategorikan sebagai bertinjuu kerana cara ia menumbuk seolah-olah seperti sedang bertinju. 

bertinju sesama sendiri

Biasanya, kanggaru-kanggaru jantan terlibat dalam 'tinju' sesama mereka adalah untuk menentukan siapa lebih hebat dan memenangi hati kanggaru betina untuk dijadikan pasangan.

Ia tidak terhad kepada menumbuk sahaja, kanggaru juga akan menggunakan teknik seperti yang digunakan oleh atlet MMA, iaitu 'headlock' dan menggulingkan lawannya. Seperti peninju, mereka menggunakan sarung tangan ketika bertinju, dan bagi kanggaru pula, mereka mempunyai kuku yang besar, keras dan sangat tajam pada tangan dak kaki mereka, yang boleh menyebabkan kecederaan serius kepada lawannya.

bertinju

Walaupun kanggaru mempunyai mempunyai kulit yang tebal yang melindungi mereka daripada kecederaan serius sesama sendiri, namun apabila kanggaru berhadapan dengan spesis lain seperti anjing atau manusia, satu cakaran daripada haiwan ini sahaja boleh menyebabkan kematian.

Jadi, bagi mereka yang ingin melancong ke Australia dan melihat kanggaru dengan mata anda sendiri, berwaspadalah dan jangan terlalu seronok. Dikhuatiri jika anda tidak tahu akan sifat kanggaru yang defensif ini, kemungkinan anda pula akan ditumbuk serta dijadikan mangsa 'headlock' oleh kanggaru-kanggaru di sana.

Sumber rujukan:

1. Animals

2. Wikipedia




Hakcipta iluminasi.com (2017)