Ada apa dengan 'Nomofobia'?

Anda masih tertanya-tanya apa penyakit 'Nomofobia' ini? Anda rasa anda mampu untuk jalani kehidupan seharian anda tanpa sebarang telefon pintar pada zaman teknologi yang semakin canggih ini? Jikalau anda sentiasa berada dalam keadaan yang gelisah, takut dan jantung anda berdegup kencang di saat anda kehilangan telefon pintar atau gajet, ini adalah satu petanda yang paling bahaya!

                                             

BESARKAN TEKS     A-  A+

Tahukah anda bahawa perkataan 'Nomofobia' ini berasal dari perkataan Bahasa Inggeris iaitu 'no-mobile phone-phobia' yang merupakan salah satu fobia yang jarang diketahui ramai bahkan sudah menular dalam diri anda tanpa anda sedar. Nomofobia merupakan satu perasaan takut untuk hidup tanpa telefon pintar yang juga boleh memberi kesan buruk dalam kehidupan seharian anda. Sejujurnya, ia menjadikan kita sebagai  'hamba' untuk isi kandungan yang terdapat dalam telefon tersebut seperti aplikasi sosial, permainan dan lain-lain. Telefon pintar telah menjadi sebahagian dari hidup anda sehingga membuatkan anda selalu bergantung padanya tidak kira di mana jua anda berada. Oleh sebab itu, ia merupakan satu penyakit berbahaya yang boleh menjejaskan kehidupan seharian anda jika anda tidak mampu mengawalnya kelak.

                                   anxiety 800 shutterstock 86293354

Asal usul Nomofobia ini wujud pada tahun 2008, apabila YouGov iaitu penyelidik dari United Kingdom telah membuat kajian tentang kebimbangan yang dilalui oleh pengguna tegar telefon pintar. Kajian ini menunjukkan bahawa hampir 53% pengguna telefon pintar di Britain selalu berasa bimbang apabila mereka kehilangan ia atau kehabisan bateri mahupun kredit serta tiada talian perkhidmatan. 

Mengapa 'Nomofobia' satu penyakit berbahaya?

Apabila anda terlalu bergantung akan telefon pintar sama ada untuk mencari maklumat atau untuk kehidupan sosial anda, ia akan menyebabkan kehidupan anda turut terjejas tanpa anda sedar. Berikut merupakan punca bahayanya 'Nomofobia' ini :

#1 Gangguan emosi

Golongan Nomofobia ini selalunya akan berasa sangat stress dan mengalami gangguan emosi yang berbeza pada setiap masa. Hal ini disebabkan oleh ketiadaan internet atau seumpamanya lalu menyebabkan penderita ini berasa marah dan emosi tidak stabil ketika itu malah akan menyakiti orang di sekeliling mereka tanpa mereka sedar.

                                                          blob 157   

#2 Kurang fokus

Ketagihan terhadap telefon pintar ini juga menyebabkan kurangnya fokus dengan keadaan sekeliling terutama apabila menggunakannya ketika memandu walaupun undang-undang jalan raya sudah melarang penggunaan telefon ketika memandu. Risiko ini amat besar kerana ia turut melibatkan nyawa pengguna jalan raya yang lain. 

                                                 using mobile phone while driving 151

Mengikut kajian statistik di Amerika, hampir 30% kemalangan jalan raya disebabkan oleh kecuaian pemandu yang menggunakan telefon pintar ketika memandu pada tahun 2012.

#3 Anti-sosial

Golongan Nomofobia lebih cenderung meluangkan masa dengan aplikasi sosial berbanding dengan teman rapat dan keluarga bahkan sewaktu makan malam pun masih fokus dengan telefon sambil makan. Kini, sudah tiada interaksi dengan ahli keluarga ketika itu dan di mana saja mereka berada, dengan siapa pun mereka pergi, telefon pintar itu tetap menjadi pujaan hati. Hal ini turut memberi kesan kepada hubungan suami isteri apabila masing-masing kurang memberi perhatian.

                                               blob 681

#4 Insomnia

Ini antara kesan yang paling buruk terhadap golongan Nomofobia ini kerana mereka sudah tidak mampu mengawal waktu tidur mereka dan lebih suka berjaga malam untuk melayari internet atau ketagih untuk bermain permainan di dalam aplikasi tersebut. Walaupun mengantuk tetapi mereka berasa susah untuk berpisah dengan telefon kesayangan dan otak mereka sentiasa berfikir akan telefon tersebut. Implikasinya, golongan ini sudah susah untuk tidur malam dan kekurangan waktu tidur pula menyebabkan kesan buruk pada kesihatan diri seperti hati lemah dan seadanya.

                                                               blob 533                                              

Sedar atau tidak, rata-rata di sekeliling kita sudah berada dalam bahaya dengan perkembangan teknologi yang semakin maju dari semasa ke semasa. Malahan, kajian sebelumnya juga pernah menyatakan bahawa di Amerika, golongan ini sudah semakin bertambah apatah lagi di Malaysia dan di seluruh dunia. Telefon pintar sekarang boleh di ibaratkan sebagai 'jantung' manusia yang akan sentiasa berdegup jika kita sentiasa dekat dengannya, tetapi kita tidak sedar bahawa pada masa yang sama ia juga akan membunuh kita secara perlahan-perlahan. Mudah-mudahan anda masih dapat mengawal diri dari termasuk dalam golongan ini.  




Hakcipta iluminasi.com (2017)