Tidak lama dahulu, Venezuela adalah negara demokrasi yang stabil, memiliki rizab minyak mentah terbesar dunia dan merupakan salah satu ekonomi yang paling pesat berkembang di Amerika Latin.

Negara itu begitu kaya dengan hasil petroleum sehinggakan kerajaan di bawah pimpinan mendiang Presiden Hugo Chavez membelanjakan wang yang besar dalam program dan pernah menyumbangkan minyak pemanasan secara percuma kepada rakyat Amerika yang miskin.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Namun, negara itu mula mengalami kejatuhan yang mengejutkan pada 2014. Produk domestik mereka menurun lebih banyak berbanding ketika Amerika berada dalam zaman Great Depression. Sebahagian besar daripada 32 juta penduduk tidak mampu lagi untuk membeli makanan manakala hospital pula tidak mempunyai peruntukan untuk membeli sabun dan antibiotik.

mogok venezuela

Sementara itu, sistem politik Venezuela juga semakin meruncing. Presiden Nicolas Maduro yang dipilih semula pada 2018 telah dicemari dengan pelbagai insiden dan tuduhan seperti salah guna kuasa. Protes besar-besaran dan pemberontakan juga berlaku di negara bergolak itu.

Bagaimanakah Venezuela boleh jatuh seteruk ini dalam masa begitu singkat? Pakar berkata kebangkitan dan kejatuhan negara ini adalah disebabkan oleh kombinasi beberapa faktor.

Menurut profesor sains politik dan Kajian Amerika Latin, Jo-Marie Burt, Venezuela telah lama bergantung kepada hasil minyak mereka. Revolusi yang dibawa oleh Hugo Chavez pada dasarnya telah mengubah keadaan itu.

mogok venezuela 2

Tambah Jo-Marie lagi, beberapa lagi faktor lain seperti penurunan harga minyak, perbelanjaan sosial yang besar oleh kerajaan Chavez dan Maduro, sekatan daripada A.S, salah urus ekonomi dan rasuah di peringkat atasan adalah penyumbang kepada kejatuhan ekonomi negara itu. 

Krisis Venezuela semakin buruk akibat sekatan Amerika terhadap industri minyak negara itu. Amerika juga menguasai industri perlombongan emas Venezuela.

Baru-baru ini, Amerika juga mengenakan sekatan terhadap Bank Negara Vanezuela dan memotong aksas institusi itu kepada mata wang A.S serta mengehadkan keupayaannya untuk melakukan transaksi antarabangsa. Ia dilakukan supaya memberi lebih banyak tekanan terhadap rejim Presiden Maduro.

Berikut adalah beberapa detik penting dalam sejarah negara itu.

1922: Minyak ditemui

minyak venezuela 394

Sebuah telaga minyak di lembangan Maracaibo dari Venezuela barat mula menghasilkan 100,000 tong minyak sehari, menunjukkan rizab yang besar di bawah permukaan negara itu. Diktator negara itu, Juan Vicente Gomes, membenarkan lebih daripada 100 syarikat minyak asing datang ke negara itu. Pada 1928, Venezuela merupakan pengeksport petroleum kedua terbesar dunia.

Kebanjiran hasil minyak itu telah memperkuatkan rejim tentera Venezuela, terutamanya setelah undang-undang 1943 mengarahkan syarikat asing menyerahkan separuh daripada keuntungan mereka. Namun, wang itu hanya memburuhkan lagi masalah yang mula tumbuh di negara itu.

Sebelum kebanjiran minyak, Venezuela tidak mempunyai sektor pertanian yang produktif. Tanah-tanah di sana dimonopoli oleh segelintir keluarga yang berkuasa, infrastruktur kurang dan negara tidak mempunyai ekonomi bersepadu. Namun, minyak telah menyebabkan bandar seperti Caracas membangun dan penduduknya keluar daripada kemiskinan.

1958: Venezuela melantik Presiden Betancourt

romulo betancourt

Romulo Berancourt

Selepas penggulingan diktator Marcos Perez Jimenez, tiga parti politik utama bersetuju dengan Perjanjian Punto Fijo menerima keputusan pilihan raya apabila ketua pembangkang Romulo Betancourt dilantik sebagai presiden terbaru negara itu.

Seorang ahli antropologi, Iselin Asedotter Stronen, menulis bahawa perjanjian perkongsian kuasa itu membantu mewujudkan satu sistem di mana setiap pihak dijamin sebahagian kementerian dalam kerajaan, pekerjaan, kontrak dan mereka dapat menyimpan hasil daripada minyak negara.

1973: Sekatan OPEC membawa keuntungan berbillion

opec embargo

Larangan mengeksport dagangan OPEC terhadap A.S dan negara-negara lain menyababkan harga minyak menjadi empat kali ganda dan Venezuela mendapat faedahnya. Ketika lebihan berbillion dollar mengalir masuk ke dalam perbendaharaan negara, DGP per kapita Venezuela meningkat sepanjang dekad.

Dua tahun kemudian, Presiden Carlos Andres Perez menandatangani undang-undang untuk menasionalisasikan industri minyak, mewujudkan sebuah syarikat minyak milik negara yang dinamakan Petroleos de Venezuela S.A (PDVSA). Ini memaksa syarikat-syarikat asing memberikan 60 peratus saham pemilikan mereka dalam projek minyak.

1989: Ikat jamin IMF

marcoz perez jimenez

Marcoz Perez Jimenez

Selepas harga minyak merosot pada akhir 1980-an, kerajaan Presiden Perez bergelut dengan hutang luar negeri sebanyak RM 137 billion. Akhirnya, Venezuela dipaksa menerima ikat jamin Tabung Kewangan Antarabangsa dan terpaksa berjimat cermat dan mengenakan cukai yang tinggi.

Perkara ini mengakibatkan kenaikan mendadak dalam harga barangan pengguna dan tambang pengangkutan awam. Penunjuk perasaan mula membanjiri jalanan untuk melakukan mogok yang akhirnya bertukar menjadi ganas. Ini membawa kepada pengisytiharan darurat dan perintah berkurung di seluruh negara.

1998: Hugo Chávez dipilih sebagai presiden

presiden hugo chavez

Mendiang Presiden Hugo Chavez

Hugo Chavez merupakan bekas ketua leftenan yang pernah memimpin tentera Venezuela dalam cubaan rampasan kuasa yang gagal. Enam tahun kemudian, dia dipilih sebagai presiden.

Selama sedekad setengah, Chavez telah memulakan perbelanjaan sosial yang besar. Kerajaannya membiayai program pendidikan, kesihatan, makanan dan perumahan untuk penduduk melebihi 30 juta. Walaupun pentadbirannya berjaya mengurangkan kadar kemiskinan tetapi negara itu menjadi lebih bergantung kepada hasil minyak.

Walaupun Chavez cuba mempelbagaikan ekonomi Venezuela, strateginya yang mahal itu meningkat kebergantungan terhadap minyak yang dieksport. Dia juga cuba membina pengaruh Venezuela dengan menyediakan minyak bersubdisi ke Cuba sebagai pertukaran untuk perkhidmatan doktor dan guru Cuba.

Dia juga menjual minyak di bawah harga pasaran kepada negara-negara Amerika Selatan dan China. Pada masa yang sama, Chavez mengabaikan perbelanjaan untuk membaikpulih fasiliti minyak sehingga menyebabkan hasil menurun.

2013: Maduro dicabar Ketua Pembangkang

nicolas maduro

Presiden Nicolas Maduro

Selepas Hugo Chavez mati akibat kanser, dia digantikan oleh pilihannya sendiri iaitu Nicolas Maduro yang hanya memenangi undi 1.6 peratus lebih daripada pencabar Henrique Capriles. Namun, Maduro gagal untuk menghentikan penurunan harga minyak dan kepincangan ekonomi negara.

Apabila keadaan Venezuela bertambah buruk, rejim Maduro mengangkap pemimpin politik pembangkang, menutup laman web berita dan menahan wartawan. Ini membawa kepada kritikan dari PBB dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Inter-Amerika.

Pada tahun 2017, Mahkamah Agung Venezuela yang dipenuhi pengikut setia Maduro telah  mengambil kuasa Dewan Negara dan meningkatkan pengaruh Maduro. Pada 2018, dia dipilih semula menjadi presiden walaupun negara-negara lain mengutuk pilihan raya itu sebagai tidak telus.

juan guaido

Juan Guaido

Pada Januari yang lalu, Ketua Pembangkang yang juga ketua Dewan Negara, Juan Guaido, menyeru perlembagaan Venezuela untuk mengiytiharkan dirinya sebagai presiden sementara bagi menubuhkan perjuangan kuasa yang masih belum dapat diselesaikan. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)