Pada tahun 2016, wilayah selatan di Jepun iaitu Kumamoto dilanda gempa bumi berkekuatan 7.0 skala Richter yang telah menghancurkan bandar dan bandar tempatan. Bencana alam itu juga meragut 50 nyawa.
Tidak mahu melihat bandarnya berada dalam kesukaran, artis manga dan pencipta "One Piece" yang juga merupakan penduduk bandar Kumamoto iaitu Eiichiro Oda terpanggil untuk membantu.
BESARKAN TEKS A- A+
Beliau memutuskan untuk menderma sebanyak 800 juta yen, bersamaan dengan RM31.2 juta sebagai usaha memulihkan bandar.
(Eiichiro Oda, pencipta One Piece)
Pecahan sumbangan itu adalah sebanyak RM19.54 juta di bawah nama Luffy dan juga RM11.64 juta di bawah namanya.
Dan hasil daripada sumbangan yang tersangat banyak oleh Eiichiro ini, pemerintah wilayah Kumamoto telah membina patung watak utama One Piece ini iaitu Monkey D. Luffy, serta sedang membina 8 lagi patung rakan-rakan Luffy di sekitar wilayah tersebut.
Dilaporkan bahawa kos pembinaan adalah sekitar 10 juta yen atau RM390,110 bagi setiap patung.
(Patung Monkey D. Luffy di Kumamoto, Jepun)
Ketika ini, tiga patung telah siap dibina iaitu patung Luffy di hadapan Pejabat Wilayah Kumamoto di Kota Kumamoto, patung Sanji di Bandar Mashiki dan patung Usopp di Kota Aso.
Patung Chopper dan Brook pula sepatutnya dilancarkan pada Mac 2020 namun ditangguhkan disebabkan oleh pandemik COVID-19.
Mungkin ramai yang tertanya-tanya mengapa pihak pentadbiran bandar Kumamoto memutuskan untuk memperuntukkan sejumlah wang yang agak banyak untuk membina patung-patung ini, dan bukannya usaha pemulihan dari Gempa Kumamoto, kan?
Sebenarnya, ini merupakan satu keputusan yang sangat efektif bagi membantu bandar ini.
Sekumpulan pelajar seramai 66 orang dari universiti tempatan iaitu Universiti Shokei telah melakukan satu tinjauan terhadap para pelawat yang melawat patung Luffy di antara 19 Oktober 2019 dan 20 Januari 2020.
Hasil daripada tinjauan ini adalah sangat menakjubkan di mana mereka mendapati bahawa anggaran nilai ekonomi patung Luffy selama setahun adalah 2,671,970,000 yen bersamaan dengan RM104,225,851.
(Patung Sanji dari One Piece)
Mereka juga menanggarkan seramai 55,121 orang mengunjungi Kota Kumamoto hanya untuk melawati patung ikonik raja lanun Luffy ini.
Sekiranya anda membahagikan jumlah anggaran nilai ini dengan jumlah orang, dianggarkan sebanyak RM 1,887.50 akan dihasilkan untuk ekonomi Kumamoto tempatan bagi setiap pengunjung.
Malah, 8% daripada para pelawat yang ditinjau oleh mereka adalah peminat One Piece dari negara luar.
Ini bermakna patung Luffy sahaja sudah memberikan pulangan modal kos pembuatannya sebanyak 267 kali ganda, bagi setiap tahun.
(Patung Usopp dari One Piece)
Tinjauan ini juga mendapati bahawa orang-orang yang mengunjungi patung itu juga pergi untuk melihat pemandangan lain di wilayah ini seperti Istana Kumamoto, termasuk mengunjungi restoran tempatan serta menginap di hotel di sekitar bandar ini.
Rujukan:
1. Mainichi
2. Crunchy Roll
3. Japan Times