Bagi peminat anime, pastinya anda mengetahui siri One Piece. Siri anime ini mengisahkan tentang seorang remaja berusia 17 tahun yang bernama Monkey D. Luffy, yang mempunyai impian untuk berlayar di lautan, mengimpikan krew lanun sendiri, mencari harta tersembunyi iaitu "One Piece" dan menjadi raja lautan.
Walaupun ia hanya siri anime atau kartun, namun perjalanan kehidupan Luffy dalam One Piece banyak memaparkan situasi di mana kita boleh jadikan pedoman dan panduan dalam hidup. iluminasi.com ingin kongsikan dengan pembaca dan peminat anime ini 5 perkara yang boleh kita pelajari mengenai kehidupan daripada Monkey D. Luffy.
BESARKAN TEKS A- A+
1. Walau apa pun yang anda pilih untuk lakukan, mulakan sahaja!
Luffy mula berlayar di usia 17 tahun. Beliau tidak mempunyai kapal lanun yang sebenar dan hanya menggunakan bot yang sangat kecil. Pemikiran yang biasa mungkin akan berkata, "Aku tak ada kapal lanun sebenar jadi aku tak boleh berlayar,". Tapi Luffy tak pernah peduli sama ada dia sedia untuk mula. Mentalitinya adalah setiap saat yang berlalu adalah saat yang dibazirkan untuk dia menjadi ketua lanun.
Kita tak pernah bermula dengan mempunyai segala yang kita perlu dalam mengejar matlamat, tapi ini tak bermakna kita tak boleh bermula. Rasa takut memainkan peranan penting dalam membuatkan kita tak memulakan sesuatu kerana terlalu banyak perkara bermain di minda. "Bagaimana kalau aku gagal?", "Adakah ini keputusan yang betul?".
Memang ia menakuktkan tetapi anda harus berani dan yang paling penting adalah nikmati setiap perjalanan hidup! Anda tak akan pernah sampai ke destinasi jika anda tak pernah bermula!
2. Kata-kata dan tindakan anda tentukan segalanya
Semakin anda tonton siri ini anda akan perasan corak di mana Luffy secara peribadi merekrut anggota untuk menjadi anak kapal yang mana mereka enggan untuk menyertai pengembaraannya. Luffy akan mengubah fikiran mereka dengan tindakan dan keupayaannya mengotakan janji.
Dia tidak banyak berjanji tetapi Luffy sanggup melakukan apa sahaja bukan untuk dirinya sahaja tetapi pasukannya. Dia hidup untuk melindungi rakan-rakannya. Adalah mudah untuk mempercayai seseorang yang sanggup berkorban apa saja untuk anda.
Keperibadian menyendiri yang dimiliki Luffy tiada lagi apabila tiba masa untuk menunaikaan janjinya dan itu yang disedari anak kapalnya. Kotakan janji anda dan segalanya pasti mengikut apa yang anda rancangkan.
3. Kadang-kadang tak pedulikan masalah adalah lebih baik
Sebagai lanun yang berlayar di lautan luas dan meneruskan pengembaraan yang jauh, sudah tentu anda akan berhadapan dengan masalah dan kesukaran. Monkey D. Luffy sendiri berhadapan dengan masalah, namun dia langsung tak ambil peduli.
Dia adalah lambang kepada "go with the flow", apa sahaja yang mendatang akan dihadapi dengan sebaiknya. Dia suka bergurau dan fikir tentang hidangan makanan seterusnya tanpa mempunyai rasa risau mengenai situasi yang bermasalah.
Sikap seperti ini sebenarnya banyak membantu dalam memberikan keyakinan kepada dirinya sendiri. Kita semua pernah berhadapan dengan masalah tapi semakin kurang kita berfikir mengenai perkara yang bukan dalam kawalan kita, semakin tenang kita akan rasa.
Otak akan menjadi lebih jelas dan tenteram. Kita akan mampu fokus dalam perkara yang lebih besar dan penting. Jadi, teruskan berusaha atas apa yang anda boleh berikan kesan dan jangan fikir perkara yang di luar jangkauan anda.
4. Kesederhanaan itu adalah yang terbaik
Luffy melihat dunia dari sudut pandangan remaja. Dunianya sangat mudah dan ringkas. Makanan, rakan, pengembaraan dan impian. Adakah ia tidak bagus? Perkara ini boleh dibahaskan. Dunia One Piece penuh dengan kejatahan, rasuan dan banyaak lagi. Luffy adalah seorang yang berfikiran mudah yang boleh membawa keburukan tapi ia membuatkannya mampu untuk mengendalikan ujian dalam hidup dengan lebih baik daripada orang biasa.
Dia cuba untuk melihat kebaikan dalam diri setiap orang. Luffy tahu bahawa kejahatan itu wujud tapi dia melihatnya sebagai halangan yang akan diuruskan apabila berhadapan dengannya.
Dia tak pernah menyebut berkenaan dengan harta, kekayaan dan apa-apa yang materialisitik. Hidup yang dijalani sangatlah mudah dan mengelakkan perkara yang rumit. Kesederhanaan adalah lebih baik daripada kita hidup dengan menyembah perkara-perkara ini.
Kita sendiri yang membuatkan hidup kita kompleks daripada cinta hinggalah ke rasa hormat. Apabila anda hidup dalam kesederhanaan, barulah nikmat hidup itu lebih dirasakan.
5. Semakin baik orang di sekeliling anda, semakin hebat sesuatu kejayaan
Ke mana sahaja yang Luffy pergi pasti akan bertemu dengan ramai orang dan menjadikan mereka sebagai teman. Dalam siri ini amat jelas bahawa Luffy seorang yang mesra tapi itu tak membuatkan anda boleh menyertai krewnya.
Terdapat situasi di mana Luffy sanggup berhadapan dengan risiko dan mempertaruhkan nyawa untuk orang yang tak dikenali yang baru ditemui tetapi dia tak pernah menawarkan kepada mereka untuk naik ke kapalnya selepas itu.
Ada pepatah yang mengatakan "Pilihlah kawan yang boleh menjadikan anda seorang yang lebih baik," dan inilah yang dilakukan oleh Monkey D. Luffy. Mereka yang diambil menjadi krewnya mempunyai kemahiran tertentu yang boleh dipelajarinya daripada seorang doktor, tukang masak dan juga pemandu arah.
Semua orang dalam krewnya memanfaatkan tujuan keseluruhan. Dalam realiti kehidupan, kita akan bertemu dengan orang yang baik setiap masa tapi tak semetinya mereka bermanfaat dalam hidup kita.
Ia tak menjadikan anda seorang yang jahat apabila anda bertemu dengan orang baik tapi anda tak jadikan mereka sebahagian daripada hidup anda. Tak salah untuk ada kenalan tapi anda harus benar-benar memilih siapa yang patut ada di sekeliling anda.
Jika orang di sekeliling anda tak mampu membantu anda menjadi lebih baik, apa fungsi mereka?