Gatorade merupakan sebuah jenama minuman isotonik yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Kini, jenama Gatorade adalah dibawah kumpulan syarikat PepsiCo dan menjadi pilihan ramai atlit elit terkenal antaranya bekas raja pecut dunia Usain Bolt. Minuman ini diperkenalkan pada tahun 1960-an.
Ketika Sarah Robb O'Hagan mengambil alih syarikat tersebut, beliau menghadapi saat sukar. Jualan minuman tersebut semakin berkurang disebabkan saingan yang sengit oleh pesaing antaranya Powerade keluaran syarikat Coca-Cola yang jauh lebih murah. Jualan Gatorade mencatatkan penurunan sebanyak 10% manakalau Powerade pula meningkat sebanyak 13%.
BESARKAN TEKS A- A+
Dalam usaha mengekalkan posisi minuman ini dalam pasaran, mereka telah memperkenalkan banyak perisa baru selain menggunakan kelebihan sebagai salah sebuah produk dari PepsiCo untuk meluaskan pasaran. Selain pelbagai perisa baru, minuman rendah kalori dan tanpa kalori juga diperkenalkan. Walau bagaimanapun, strategi ini kurang menjadi.
Apakah pilihan yang mereka ada? Strategi pelancaran air versi baru dengan pelbagai perisa nampaknya tidak berhasil. Sementara itu, kajian yang dilakukan oleh pasukan R&D Gatorade telah menemukan rumusan terbaru yang membantu para atlet memproses oksigen dengan lebih baik. Malangnya, ianya tidak praktikal kerana ianya sukar dihasilkan selain atlet perlu meminum dalam jumlah yang banyak untuk mendapat hasilnya.
Mendapat Idea Daripada Pelanggan
Untuk mencari idea, Sarah dan pasukannya telah mendapatkan pandangan dan membuat pemerhatian terhadap pelanggan sasaran mereka iaitu atlit elit. Mereka dapati bahawa atlet ini tidak hanya minum air untuk hidrasi, mereka juga turut akan makan makanan mengandungi karbohidrat untuk mendapatkan tenaga sebelum bertanding dan akan minum minuman mengandungi protein selepas bertandingan untuk tujuan pemulihan.
Sarah dan pasukannya mendapat idea untuk memperkembangkan lagi produk daripada minuman untuk hidrasi dengan memperkenalkan kumpulan produk G-Series.
Apa itu G-Series? Ianya adalah kumpulann 3 produk komplimentari iaitu:
- Prime - Minuman dan snek karbohidrat
- Perform - Minuman untuk hidrasi ketika melakukan aktiviti
- Recover - Minuman protein
Setelah memperkenalkan G-Series, peningkatan jualan produk dapat dilihat. Walaupun tidak lagi menawarkan kepelbagaian perisa seperti sebelumnya dan masih mengekalkan harganya, jualan Gatorade terus meningkat. Menjelang 2015, Gatorade sudahpun menguasai 75% pasaran Amerika Syarikat. Sebagai perbandingan, jualan Powerade milik Coca-Cola pada 2015 hanyalah 15% sahaja daripada pasaran Amerika Syarikat.
Third Way
Strategi bijak yang digunakan oleh Sarah ini dikenali sebagai Third Way. Ianya merupakan satu cara untuk melakukan inovasi dengan memperkenalkan produk-produk lain yang komplimen dengan produk sedia ada seperti memperkenalkan makanan sport bars dan minuman protein.
Cara Third Way ini ternyata unik tetapi ianya bukanlah mudah untuk diimplimentasikan. Namun, apabila diimplimenkan dengan sebaiknya, ianya sangat berkesan untuk membantu menaikkan jualan syarikat secara keseluruhannya. Selain Gatorade, syarikat lain yang dikenalpasti menggunakan teknik Third Way ini adalah LEGO dan Victoria's Secret.