Kredit foto: hay.tv
Ayah penyanyi Ning Baizura, Allahyarham Sheikh Hamzah Sheikh Mohamed yang berusia 86 tahun meninggal dunia akibat sakit tua.
Menurut Ning, hayat ayahnya berakhir ketika duduk di atas sejadah, kira-kira jam 2.40 petang dua hari lalu.
Ayah meninggal dunia selepas waktu Zohor dan ketika sedang berpuasa. Adik-beradik saya melihat ayah menghembuskan nafas terakhir di atas sejadah dengan wajah tenang. Saya hanya sempat melihat arwah ketika dimandikan untuk solat jenazah dan mencium dahinya buat kali terakhir. Ustaz ada beritahu ayah insan terpilih kerana meninggal dunia dalam keadaan masih utuh menunaikan solat lima waktu dan kami reda dengan pemergiannya.
Sumber: BH Online
Majlis pengebumian diadakan di tanah perkuburan di Shah Alam selepas solat Asar, pada hari yang sama.
Allahyarham meninggalkan balu, Satilah Abdullah dan sembilan orang anak.
Kredit foto: Instagram Ning Baizura
Sementara itu, Ning memberitahu, dia tidak menyangka arwah akan pergi memandangkan ayahnya masih berada dalam keadaan sihat.
Namun, Ning tidak dapat menidakkan kesan besar yang dirasainya atas pemergian tersebut.
Pilihan saya adalah tabah. Apatah lagi ayah pergi sehari sebelum Aidiladha yang disambut umat Islam semalam.