Oleh pada 28 Jul 2017 kategori

Kredit foto: famousbirthdays.com & Youtube CooKing TV

Tidak dinafikan, keluarga Scha Alyahya antara keluarga selebriti yang paling mendapat perhatian ketika ini.

Selain Scha, populariti suaminya, Awal Ashaari sebagai pengacara dan anak mereka, Lara Alana membuatkan kehidupan keluarga ini sering mendapat tumpuan netizen.

Justeru tak hairanlah jika pihak media dan para blogger berlumba-lumba membuat liputan dan laporan tentang kehidupan peribadi mereka. 

didakwa tidak mahu bawa lara alana bercuti scha alyahya buka mulut 2

Kredit foto: Instagram Scha Alyahya

Namun yang terkini, terdengar pula khabar kurang enak di laman Instagram Scha.

Scha membuat luahan hati tentang perasaan kecewanya mengenai berita palsu yang ditulis oleh sebuah blog. 

didakwa tidak mahu bawa lara alana bercuti scha alyahya buka mulut 3

Kredit foto: Instagram Scha Alyahya

Salam. Saya jarang hendak ambil perhatian akan hal-hal sebegini tapi kali ini saya terpaksa "sekolahkan" netizen kita yang gemar berkongsi dan sebar fitnah serta berita di laman Facebook tanpa berfikir panjang dan menggunakan akal fikiran. Kepada blog-blog yang kejarkan trafik atau gunakan medium itu sebagai punca pendapatan, buatlah apa yang awak semua nak buat. Dan saya hanya perlu menyerahkan perbuatan awak kepada Tuhan, begitu? Awak semua, cuba bawa Istighfar. Biasakan berprasangka baik dulu, selalu. Buang perangai “hitam” dalam diri. Takkanlah saya nak keluarkan kenyataan seperti yang anda baca dalam berita palsu blog tersebut?

Difahamkan, Scha terkilan kerana kenyataannya telah dimanipulasikan oleh penulis blog berkenaan. Lebih memburukkan keadaan apabila berita palsu itu menjadi tular hasil daripada perkongsian netizen di laman Facebook.

Scha meminta kerjasama pengguna laman sosial untuk berfikir sebelum berkongsi sesuatu berita yang belum tentu kesahihannya. 

didakwa tidak mahu bawa lara alana bercuti scha alyahya buka mulut 4

Kredit foto: Instagram Scha Alyahya

Saya memilih untuk tidak berdiam diri akan hal ini kerana saya dapat melihat kaum wanita terutamanya yang suka bercerita buruk tentang kehidupan sesama sendiri seolah-olah kehidupan kita ini adalah sebuah pertandingan yang besar. Tolonglah, bukannya susah manapun untuk berhenti menyebarkan berita palsu dan fitnah macam ni. Dah 2017 kot? Fokus kepada perkara-perkara lain yang lebih berfaedah kepada awak dan keluarga awak semua. Daripada jadi seorang yang suka jaga tepi kain orang dan bersifat iri hati. Fikir dulu baru bercakap. Fikir dulu baru menaip atau menulis terutamanya perkara yang anda tak tahu kesahihannya. Terima kasih Eja sebab berkongsi dan mendesak saya untuk memberi penjelasan tentang hal ini. Ingat semua, semakin banyak awak semua bercerita, semakin saya memahami situasinya sekarang di mana kemungkinan hidup saya ini terlalu membosankan sehingga anda terpaksa mencipta publisiti untuk saya? Terima kasih banyak-banyak tapi saya tak memerlukannya. 

Scha turut menganggap bahawa berita tersebut telah memberikan impak negatif kepada masyarakat terutamanya kaum wanita. Beliau meminta netizen untuk berhenti memburukkan kehidupan orang lain dan hendaklah fokus kepada perkara yang positif sahaja dalam kehidpan. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)