Pernah tak anda dihidangkan dengan "fortune cookies" atau biskut nasib di restoran?

Sudah menjadi kebiasaan di banyak restoran ternama untuk pengunjung menerima hidangan kecil atau pencuci mulut antaranya pudina, gula-gula keras dan kadangkala coklat.

Tetapi di banyak restoran Cina di seluruh dunia, pelanggan biasanya mendapat sesuatu yang sedikit berbeza - "Fortune Cookies" atau dalam bahasa Melayu boleh diterjemahkan sebagai biskut nasib. Ianya adalah biskut berperisa vanila berbentuk Pac-Man yang mengandungi sekeping kertas bersaiz jari yang dicetak dengan kata-kata mutiara, petua  atau ramalan.m

BESARKAN TEKS     A-  A+

Walaupun ramai orang mengaitkan biskut ini dengan restoran Cina dan budaya Cina secara amnya, ia sebenarnya lebih mudah dikesan ke Jepun abad ke-19 dan Amerika abad ke-20. Dengan kata lain, asal-usul "fortune cookies" yang sebenarnya bukanlah dari China.

Hari ini, kebanyakan biskut nasib dibuat menggunakan mesin yang memotong doh menjadi bulatan dan mencetak mesej padanya sebelum melipatnya menjadi bentuk ikoniknya. Seorang pembuat biskut boleh menghasilkan sehingga 200 biskut seminit menggunakan salah satu mesin ini!

Secara purata, setiap mesin menghasilkan kira-kira 4500 biskut ini dalam sejam. Selain itu, banyak syarikat yag meletakkan kertas yang mengandungi mesej yang berbeza untuk disesuaikan dengan acara korporat atau majlis khas seperti perkahwinan dan hari lahir.

Sejarah asal-lusul

sejarah biskut nasib

Pada tahun 1870-an, beberapa kedai kuih-muih berhampiran Kyoto, Jepun telah menghasilkan keropok dengan bentuk terlipat yang sama dengan biskut nasib ini dan kertas yang terselip di dalamnya. Ia dipanggil "tsujiura senbei," atau "keropok nasib," menurut Jennifer 8. Lee, pengarang The Fortune Cookie Chronicles: Adventures in the World of Chinese Food yang menceritakan sejarah mengenai inskut nasib ini.

Menurut Lee, biskut yang dihasilkan di Jepun lebih besar dan lebih gelap, dibuat dengan bijan dan miso dan bukannya vanila dan mentega yang digunakan untuk menyedapkan kuki nasib yang terdapat di restoran Cina moden di Amerika.

Lee memetik penyelidik Jepun, Yasuko Nakamachi, yang berkata dia menemui kuki ini di kedai roti keluarga yang berusia beberapa generasi berhampiran kuil Shinto yang popular di luar Kyoto pada akhir 1990-an. Nakamachi juga menemui buku cerita dari 1878 dengan ilustrasi seorang perantis yang bekerja di kedai senbei membuat tsujiura senbei, bersama-sama dengan beberapa jenis keropok yang lain.

Dari Jepun ke Amerika Syarikat

kilang biskut nasib

Lee berkata, biskut nasib ini mungkin tiba di Amerika Syarikat bersama-sama dengan pendatang Jepun yang datang ke Hawaii dan California antara tahun 1880-an dan awal 1900-an, selepas pengusiran Akta Pengecualian China terhadap pekerja Cina menyebabkan peningkatan permintaan untuk tenaga buruh murah.

Melalui migrasi beramai-ramai orang Jepun ke Amerika Syarikat ini, tukang roti Jepun telah membuka kedai di tempat seperti Los Angeles dan San Francisco, membuat miso dan biskut nasib berperisa bijan serta beberapa antara hidangan lain.

Salah satu cerita asal yang paling kerap diulang tentang biskut nasib di Amerika menyebut tentang kedai Japanese Tea Garden di Taman Golden Gate San Francisco sebagai restoran A.S. yang pertama yang terkenal untuk menyajikan hidangan biskut ini.

The Tea Garden memperoleh biskut nasib mereka dari kedai roti tempatan bernama Benkyodo, yang mendakwa telah memperkenalkan perisa vanila dan mentega dan telah mencipta mesin pembuatan biskut ini sekitar tahun 1911 untuk mengeluarkan biskut ini secara besar-besaran.

Tetapi, kata Lee, beberapa sumber lain juga mendakwa mencipta biskut pada masa yang sama, termasuk tiga perniagaan yang dikendalikan oleh pendatang yang berpangkalan di Los Angeles: kedai kuih-muih Fugetsu-Do di Little Tokyo di bandar itu, pengeluar makanan ringan Jepun, Umeya dan syarikat Hong Kong Noodle Company.

Bagaimanakah sejarah fortune cookies dikaitkan dengan restoran orang Cina?

kilang fortune cookies biskut nasib

Bagaimanakah biskut nasib ini boleh berhijrah dari kedai roti Jepun ke restoran Cina? Pilihan makanan orang Amerika ketika itu mungkin memainkan peranan.

Penghijrah Jepun ke A.S. sekitar awal abad ke-20 tidak dapat membuka restoran Jepun di sana kerana orang Amerika tidak mahu makan ikan mentah. Jadi dalam banyak kes, mereka sebenarnya membuka restoran Cina kerana orang tempatan ketika itu mulai meminati makanan orang Cina seperti chop suey, chow mein, egg foo young.

Dan jangkaan orang Amerika untuk hidangan pencuci mulut pada penghujung makan mungkin menjelaskan mengapa banyak restoran ini mula menawarkan biskut nasib bersama-sama resit pembayaran mereka.

Tetapi biskut ini yang pernah dihasilkan oleh orang Jepun Amerika, akhirnya berakhir di tangan pengeluar Cina Amerika semasa Perang Dunia II. Selepas Jepun mengebom Pearl Harbor pada tahun 1941 dan Presiden Franklin D. Roosevelt mengarahkan penempatan semula dan tahanan orang Jepun Amerika melalui Perintah Eksekutifnya 9066, perniagaan Jepun Amerika mula ditutup, termasuk kedai roti yang pernah membuat biskut nasib ini.

Hal ini memberi peluang kepada usahawan Cina Amerika untuk menghasilkan dan menjual biskut nasib ini dan perkara ini masih berterusan sehingga pada saat ini sehinggan biskut ini dilihat seolah-olah sebahagian daripada budaya orang Cina. 

Kontroversi

kontroversi fortune cookies biskut nasib

Di Amerika Syarikat, terdapat kontroversi mengenai asal-usul biskut nasib ini sehinggakan kes ini telah dibicarakan di peringkat Mahkamah! Dua bandaraya, San Francisco dan Los Angeles, sama-sama mengaku sebagai tempat pertama kalinya biskut nasib ini diciptakan.

Makoto Hagiwara dari Japanese Tea Garden di Golden Gate Park di San Francisco disebut sebagai orang pertama yang menciptakan biskut ini pada 1909 sementara David Jung,, pemilik Hong Kong Noodle Company di Los Angeles, disebut sebagai penciptanya pada 1918.

Mahkamah di San Francisco mengeluarkan keputusan pada 1983 yang membela San Francisco. Meskipun dipimpin oleh seorang hakim Persekutuan, pengadilan ini sendiri telah dibantah kerana dianggap bias terhadap San Francisco.

Kredit:

  1. The Big Apple
  2. Knowledge Nuts
  3. History.com



Hakcipta iluminasi.com (2017)