Oleh pada 04 Jul 2017 kategori

Air mineral adalah air yang mengandungi mineral dan bahan terlarut yang lain yang akan mengubah rasanya sedikit dan memberi nilai terapeutik ke dalam air tersebut. Garam, sebatian sulfur dan gas adalah antara bahan-bahan yang boleh terlarut di dalam air. Air mineral boleh disediakan di makmal atau kilang dan ia juga boleh terhasil secara semula jadi.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Air mineral mengandungi mineral semula jadi yang terbaik

 819

Tidak seperti air minuan biasa, air mineral mengandungi mineral semula jadi yang baik. Apabila air tersebut diambil dari kawasan sungai atau tasik, air tersebut merupakan air yang kaya dengan mineral semula jadi. Ini bermaksud tidak semua air adalah air mineral, kerana air yang biasa seperti air paip tidak mengandungi mineral yang diperlukan.

Zat yang terkandung di dalam air mineral

 941

Berikut merupakan antara zat yang terkandung di dalam air mineral :

  • zinc
  • iron
  • calcium
  • magnesium

Air mineral lebih baik berbanding air biasa?

Jika dibandingkan, air mineral merupakan sumber nutrient yang lebih baik berbanding air biasa. Hal ini demikian kerana kandungan yang terdapat di dalam air mineral dapat memberikan kesegaran kepada tubuh badan anda. Oleh itu, tidak hairanlah mengapa rasa air mineral sedikit berbeza dengan air minuman biasa.

Air alkali : kelebihan dan risiko

nilai ph air alkali

Anda mungkin pernah mendengar beberapa dakwaan kesihatan mengenai air alkali. Ada yang mengatakan bahawa ia dapat membantu melambatkan proses penuaan, mengawal tahap pH badan anda, dan mencegah penyakit kronik seperti kanser. Tetapi apakah sebenarnya air alkali?

"Alkali" di dalam air alkali merujuk kepada tahap pH. Tahap pH adalah nombor yang mengukur tahap keasidan sesuatu bahan mengikut kepada skala 0-14. Sebagai contoh, sesuatu dengan pH 1 akan menjadi sangat berasid, dan sesuatu dengan pH 13 akan menjadi sangat beralkali.

Air alkali memiliki nilai alkali yang tinggi berbanding air biasa, iaitu pada pH8 atau pH9, berbanding air biasa iaitu pH7. Oleh hal yang demikian, ramai yang percaya bahawa air alkali dapat meneutralkan asid di dalam badan.

Adakah air alkali benar-benar berkesan?

carta air alkali

Buat masa ini, belum ada kajian yang cukup untuk memberikan kesimpulan secara menyeluruh terhadap topik ini. Namun demikian, pada tahun 2012, saintis menyatakan bahawa air alkali mempunyai kelebihan pada keadaan yang tertentu. Tamsilnya, air alkali pada pH8.8 adalah sangat berguna untuk membantu menyahaktifkan pepsin di dalam badan, sekaligus memberikan manfaat kepada orang yang menghidapi penyakit diabetes, darah tinggi dan kolestrol tinggi.

Sumber rujukan :

quora

differencebetween

amazine




Hakcipta iluminasi.com (2017)