Mungkin kedengaran seperti pelik bahawa serangga yang sangat kecil boleh menyebabkan bahaya yang dahsyat, namun ia adalah benar.

Dan nyamuk, boleh dianggap sebagai makhluk yang paling berbahaya di Bumi. Serangga ini menghisap darah anda dan menyebarkan penyakit yang membunuh hampir 1 juta orang setiap tahun.

Ia menyebarkan penyakit seperti malaria, demam kuning dan virus denggi, yang dilakukan dengan menghisap darah mereka yang mempunyai penyakit-penyakit ini dan kemudiannya menyuntik air liurnya ke dalam badan anda.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Air liur ini memasuki saluran darah anda dan menyebabkan anda dijangkiti apa sahaja penyakit yang dibawa nyamuk. Malah, haiwan dan haiwan ternakan di seluruh dunia menderita akibat bahana nyamuk.

bagaimana jika kita hapuskan semua nyamuk 2

Satu gigitan sahaja sudah boleh membunuh. Jadi, bagaimana caranya untuk kita menghapuskan serangga ini?

Sebelum itu, kita harus mengetahui berapa banyak nyamuk yang ada di dunia dan itu merupakan sesuatu yang sangat sukar. Dianggarkan terdapat sekitar 7 trilion ekor nyamuk di Alaska sahaja.

Disebabkan pemanasam global dan peningkatan suhu laut, nyamuk kini boleh hidup di kawasan seperti ini. Dan dicampurkan dengan nyamuk di bahagian lain, amat sukar untuk kita tentukan berapa jumlah sebenar.

Terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan untuk menghapuskan nyamuk.

Yang pertama, menggunakan kelawar. Ini kerana kelawar memakan nyamuk tanpa sebarang risiko dan mampu memakan 600 ekor nyamuk dalam sejam.

Jadi jika kita mempunyai kelawar yang cukup, secara teorinya kita boleh melenyapkan populasi nyamuk di dunia.

bagaimana jika kita hapuskan semua nyamuk 6

Tetapi, kita akan berhadapan dengan masalah baru iaitu langit-langit di seluruh dunia dipenuhi dengan kelawar dan ini bukanlah satu idea yang baik.

Satu lagi perkara yang kita perlu faham adalah bagaimana nyamuk membiak. Mungkin anda berasakan bahawa nyamuk menghisap darah kerana darah anda lazat dan nyamuk itu lapar.

Sebaliknya, darah tersebut bukan digunakan untuk mengenyangkan perutnya tetapi untuk larva nyamuk.

Jika kita ingin menghentikan proses pembiakan nyamuk, kita harus hapuskan darah kita yang mana juga bukan satu idea yang boleh digunapakai.

Satu lagi cara yang mungkin adalah dengan melepaskan nyamuk jantan yang diubahsuai secara genetik di mana ia tidak menggigit dan hanya boleh menghasilkan keturunan steril.

bagaimana jika kita hapuskan semua nyamuk 4 884

Ia mungkin mengambil masa beberapa dekad, tetapi dengan jumlah nyamuk ini yang cukup, seluruh populasi nyamuk boleh dihapuskan.

Jadi, apa pula yang akan berlaku selepas nyamuk lenyap?

Yang paling jelas adalah berjuta-juta manusia tidak lagi sakit dan mati akibat nyamuk setiap tahun. Anda boleh berkhemah di hutan tanpa bimbang digigit nyamuk.

Malah, haiwan-haiwan juga akan menjadi lebih selamat. Ya, banyak perkara baik yang akan berlaku jika kita menghapuskan nyamuk.

Bagaimana pula dengan kitaran hidup? Bukankah nyamuk menyumbang kepada kitaran makanan?

larva nyamuk 312

Walaupun sesetengah burung, kelawar dan katak banyak memakan nyamuk, tetapi serangga ini bukanlah sebahagian besar daripada pemakanan makhluk lain dan haiwan-haiwan ini masih mampu meneruskan hidup tanpa nyamuk.

Dan walaupun nyamuk melakukan pendebungaan tumbuh-tumbuhan, ia juga tidak memainkan peranan yang besar dalam hal ini.

Tetapi, adakah menghapuskan nyamuk adalah perkara yang betul untuk dilakukan?

Kita perlu tahu bahawa daripada beribu-ribu spesis nyamuk yang wujud, hanya 6 daripadanya sahaja yang menggigit kita dan menyebarkan penyakit.

bagaimana jika kita hapuskan semua nyamuk 5 332

Malah, terdapat teori bahawa nyamuk mungkin membantu dalam melindungi hutan hujan Amazon.

Ini kerana nyamuk-nyamuk ini tersangat berbahaya dan menjengkelkan manusia yang cuba untuk membalak di kawasan ini.

Konklusinya, nyamuk sebenarnya mempunyai peranan tersendiri dalam kehidupan namun jika kita menghapuskan seluruh populasinya, kita masih mampu meneruskan hidup seperti biasa.

Rujukan:

1. Apa Akan Berlaku Jika Semua Nyamuk Dihapuskan?

2. Forbes

3. USA Today




Hakcipta iluminasi.com (2017)