Pandemik novel coronavirus masih merupakan masalah yang sangat serius bagi hampir semua negara di Bumi.
Walaupun terdapat kawasan di mana kes baharu mulai berkurang, risiko gelombang baru wabak masih ada.
Oleh itu, kita perlu mempertimbankan sama ada nyamuk mampu membawa dan menyebarkan virus berbahaya ini dari seorang manusia ke manusia yang lain.
Elizabeth McGraw, Pengarah Pusat Dinamik Penyakit Berjangkit dan profesor di Penn State University, menjawab persoalan itu dalam video baru di mana dia menjelaskan kemungkinan COVID-19 dibawa oleh nyamuk.
BESARKAN TEKS A- A+
Dalam video yang agak ringkas itu, McGraw menerangkan dengan jelas bahawa para saintis tidak menjangkakan bahawa novel coronavirus mampu berpindah dari satu individu ke individu yang lain melalui gigitan nyamuk.
Kedua-dua CDC dan WHO telah mengeluarkan kenyataan bahawa kelihatan seperti tidak ada risiko virus itu dibawa oleh nyamuk, dan mereka mempunyai alasan yang agak kukuh untuk mempercayai hal ini.
"Kita tahu ini adalah jangkitan saluran pernafasan dan paling biasa disebarkan oleh titisan besar yang dikeluarkan dari saluran pernafasan. Kita juga tahu bahawa ketika berhadapan dengan masalah SARS dan MERS, nyamuk kelihatan seperti tidak terlibat dengan penyebaran melibatkan coronavirus-coronavirus yang berkaitan," kata Elizabeth McGraw.
WHO dilaporkan menyatakan, "Terdapat pelbagai penyakit yang disebabkan oleh nyamuk. Penyakit ini ditularkan oleh nyamuk dari orang yang dijangkiti kepada orang yang sihat. Kebanyakan daripada penyakit ini juga merupakan jangkitan virus, seperti Virus Zika, denggi, dll. Penyakit ini dibawa oleh pelbagai jenis nyamuk, dan beberapa dari serangga ini memiliki kemampuan untuk membawa pelbagai penyakit,".
Dan menurut pertubuhan itu, masih belum ada maklumat atau bukti yang mencadangkan bahawa coronavirus baharu ini boleh dipindahkan oleh nyamuk.
"Koronavirus baharu ini adalah virus pernafasan yang merebak terutamanya melalui titisan yang dihasilkan apabila individu yang dijangkiti batuk atau bersin, atau melalui titisan air liur atau dari hidung," kata WHO.
Sebab mengapa nyamuk dikhuatiri memainkan peranan dalam penyebaran novel coronavirus adalah kerana serangga ini diketahui boleh menyebarkan banyak penyakit membunuh termasuklah malaria.
Nyamuk mampu menyebabkan kerosakan yang teruk di kawasan di mana penyakit seperti ini berleluasa dan sistem penjagaan kesihatan tidak lengkap untuk mengendalikan kebanjiran kes-kes penyakit berjangkit.
Walau bagaimanapun, coronavirus yang menyebabkan COVID-19 kemungkinan besar hanya merupakan penyakit bawaan udara, dan walaupun kita tahu bahawa ia boleh memberikan beberapa kesan dramatik terhadap darah termasuk pembekuan darah yang boleh menyebabkan kerosakan pada jantung, ginjal, dan otak, namun para saintis tidak percaya bahawa ia boleh dibawa dari seorang manusia ke manusia yang lain oleh nyamuk.
Walaupun ini merupakan satu berita yang agak baik dunia yang sedang lumpuh, namun itu tidak bermaksud bahawa langkah berjaga-jaga lain perlu diabaikan.
Penjarakan sosial dan bekerja dari rumah sedang membantu kita untuk meratakan lengkungan virus ini di sesetengah kawasan terjejas teruk.
Rujukan:
1. Bolehkah Nyamuk Sebarkan Novel Coronavirus?