Lipas adalah antara serangga malang yang paling dibenci manusia. Ada sesuatu tentang serangga ini yang membuatkan ramai berasa tidak selesa akan kehadirannya, membuatkan ramai menari dan berlari ketakutan jika ia berada berdekatan kita. Ibarat nampak hantu.
Sebenarnya, kebanyakan jenis lipas tidak berkemampuan untuk menyakiti kita dari segi fizikal, dari segi mental, mungkin. Sebut saja lipas, di mana sahaja di dunia, tiada siapa yang menggemari akan serangga ini.
BESARKAN TEKS A- A+
Jenis-Jenis Lipas Di Seluruh Dunia
Sumber Foto: twitter.com
Terdapat sekitar 5,000 hingga 10,000 spesis lipas di seluruh dunia. Percaya atau tidak, sesetengah daripadanya mempunyai fizikal yang agak cantik dan menarik. Terdapat juga beberapa spesis yang mempunyai kemampuan bercahaya di dalam gelap.
Walaubagaimanapun, hanya beberapa spesis sahaja berkeliaran di sekitar rumah dan menakutkan kebanyakan kita. Antara spesis lipas seperti ini termasuklah Blattella germanica (German), Periplaneta americana (American), Supella longipalpa (coklat) dan Blatta orientalis (Oriental).
Ramai daripada kita berpendapat betapa bagusnya sekiranya bumi ini bebas daripada makhluk ini. Terdapat banyak mitos dan teori tentang lipas yang kerap kali kita dengar. Contohnya, lipas boleh bertahan dan terus hidup sekiranya berlaku letupan nuklear.
Betul atau tidak tentang persoalan ini bukanlah fokus artikel pada kali ini. Namun, katakanlah tiba-tiba semua lipas mati secara serentak dan pupus, apakah kesannya?
Beberapa Spesis Tebuan Juga Akan Pupus
Sumber Foto: scientificamerican.com
Srini Kambhampati, seorang profesor dan ketua jabatan biologi di University of Texas telah membuat kajian tentang persoalan di sebalik kepupusan lipas dan kesannya.
Terdapat beberapa hidupan seperti tikus contohnya yang menjadi pemangsa kepada lipas. Yang lebih menarik, terdapat juga segolongan manusia di beberapa negara yang turut menjadikan lipas sebagai salah satu daripada makanan kegemaran mereka.
Walaupun begitu, tikus dan manusia tidak akan pupus dengan kepupusan lipas, namun, sedikit sebanyak golongan yang terlibat akan turut terkesan.
Yang paling terkesan akan hilangnya lipas dari muka bumi adalah sejenis tebuan parasit, yang bergantung sepenuhnya kepada lipas untuk terus hidup. Tanpa lipas, pasti tiada telur lipas untuk diparasitkan oleh tebuan berkenaan.
Maka, tebuan parasit juga akan turut pupus.
Beberapa Haiwan & Burung Juga Akan Terkesan
Sumber Foto: saferbrand.com
Realitinya, boleh dikatakan kita sebagai manusia langsung tidak kisah akan kepupusan lipas.
Namun, kepupusan lipas akan memberikan kesan kepada haiwan-haiwan seperti kucing, serigala, koyot, sesetengah reptilia & mamalia, burung helang dan beberapa spesis burung lain yang memburu lipas.
Mungkin haiwan-haiwan ini tidak bergantung sepenuhnya kepada lipas sebagai makanan, dan tidak akan pupus, namun jumlahnya pasti akan berkurang. Rantai makanan pasti akan turut terkesan dan menjadi kurang seimbang.
Kesan Kepada Hutan & Kitaran Nitrogen & Manusia
Sumber Foto: lifeofplant.blogspot.my
Kebanyakan spesis lipas tinggal di kawasan panas beriklim tropika seperti hutan tropika, jauh daripada manusia. Lipas-lipas ini menjadikan kayu-kayu dan daun-daun reput sebagai makanan.
Tahi lipas hasil daripada perkumuhan makanan berkenaan mengandungi organik dan nutrien seperti nitrogen, yang kemudiannya kembali ke dalam tanah. Nitrogen penting dalam pertumbuhan pokok yang menjadi nadi hutan. Tanpa pokok, manusia turut akan terkesan.
Dalam kata mudah, kepupusan lipas akan memberikan kesan yang mendalam kepada kesihatan hutan dan secara tidak langsung kepada kehidupan di hutan berkenaan, dan seluruh ekosistem dunia.
Kesimpulan
Kesimpulannya, kita, iaitu manusia sebagai salah satu makhluk di bumi, amat memerlukan lipas untuk terus hidup selesa.
Untuk tambahkan keselesaan anda sekeluarga, sila KLIK SINI.
Rujukan: