Oleh pada 22 May 2018 kategori

Setelah rayuan pengampunan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim diperkenan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V, pembebasan beliau dipercepatkan dan diberikan pengampunan sepenuhnya.

Datuk Seri Anwar bukanlah satu nama yang asing dalam dunia politik Malaysia. Malah beliau sangat terkenal di seluruh dunia dan berkawan rapat dengan beberapa pemimpin tinggi dunia.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Perjalanan hidup dan karier politik beliau boleh dikatakan yang paling berat dan mencabar, tidak ada ahli politik lain yang melalui apa yang diharunginya untuk satu tempoh yang begitu panjang.

iluminasi.com ingin berkongsi kronologi karier Datuk Seri Anwar Ibrahim selama 36 tahun sebagai ahli politik dari tahun 1982 hingga 2008.

kronologi karier politik dan sabitan hukuman anwar ibrahim 2

Tahun 1982 - DS Anwar yang merupakan pemimpin pengasas dan presiden kedua Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mengejutkan penyokongnya dengan menyertai UMNO yang ketika itu diterajui oleh Tun Dr. Mahathir.

Tahun 1983 - Pangkat politik beliau berkembang dengan begitu pantas, dilantik menjadi Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan

Tahun 1984 - Mengambil alih tampuk kepimpinan di Kementerian Pertanian menjadi Menteri Pertanian

kronologi karier politik dan sabitan hukuman anwar ibrahim 3

Tahun 1986 - Dilantik menjadi Menteri Pendidikan 

Tahun 1991 (hingga 1998) - Menjadi Menteri Kewangan Malaysia ke-6 pada 15 Mac. Dinamakan sebagai 4 Menteri Kewangan Terbaik oleh Euromoney.

Tahun 1993 (hingga 1998) - Menjadi Timbalan Perdana Menteri selepas memenangi jawatan Timbalan Presiden UMNO mengalahkan Tun Ghafar Baba

Tahun 1996 - Dinamakan sebagai Menteri Kewangan Terbaik Tahunan oleh Asiamoney

kronologi karier politik dan sabitan hukuman anwar ibrahim 4

Tahun 1997 - Di tengah-tengah Krisis Kewangan Asia 1997, Anwar telah dipuji kerana membimbing Malaysia melalui tempoh ketidakstabilan.

Tahun 1998 - Dilantik sebagai Perdana Menteri sementara ketika Tun Mahathir mengambil cuti 2 bulan. Beliau juga dinamakan sebagai "Asian of the Year" oleh majalah Newsweek.

November 1998 - Hubungan dengan Tun Dr. Mahathir menjadi parah dan DS Anwar dilucutkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri.

kronologi karier politik dan sabitan hukuman anwar ibrahim 5

Beliau kemudiannya ditangkap dan didakwa atas kesalahan korupsi kerana mengganggu siasatan polis terhadap dakwaan salah laku seksualnya. Ia membuatkan DS Anwar melancarkan gerakan Reformasi.

April 1999 - Dijatuhkan hukuman 6 tahun penjara atas 4 kesalahan korupsi.

November 1999 - PRU-10, Barisan Alternatif terdiri daripada Parti Keadilan Nasional (PKN), DAP, Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan PAS memenangi 42 kerusi parlimen.

Mac 2000 - Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor dijatuhkan hukuman 2 bulan penjara dan didenda atas kesalahan memukul DS Anwar ketika penahanannya pada tahun 1998.

kronologi karier politik dan sabitan hukuman anwar ibrahim 6

Ogos 2000 - Sekali lagi dijatuhkan hukuman 9 tahun penjara atas tuduhan meliwat pemandu keluarganya, Azizan Abu Bakar.

Ogos 2003 - Menubuhkan Parti Keadilan Rakyat (Gabungan PKN dan PRM), dengan isterinya Datuk Seri Wan Azizah sebagai Presiden.

Mac 2004 - PRU ke-11, Barisan Alternatif yang terdiri daripada PKR dan PAS menang 8 kerusi yang mana PKR kalah 4 daripada 5 kerusinya.

kronologi karier politik dan sabitan hukuman anwar ibrahim 0

September 2004 - Sabitan liwat ke atas DS Anwar dibatalkan dan beliau telah dibebaskan.

Mac 2008 - PRU ke-12, PKR menang 31 kerusi parlimen.

April 2008 - Gabungan Pakatan Rakyat ditubuhkan terdiri daripada PKR, DAP dan PAS

kronologi karier politik dan sabitan hukuman anwar ibrahim 8

Julai 2008 - DS Anwar ditangkap atas tuduhan meliwat pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Ogos 2008 - Memenangi pilihan raya kecil Permatang Pauh menjadikannya sebagai Ahli Parlimen.

Januari 2012 - Dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi atas kesalahan meliwat.

Julai 2012 - Kerajaan membuat permohonan rayuan menentang keputusan pembebasan DS Anwar

kronologi karier politik dan sabitan hukuman anwar ibrahim 9

Ogos 2013 - PRU-13, PKR memenangi 30 kerusi dan memenangi undi popular dengan kerusi parlimen sebanyak 89.

Januari 2014 - DS Anwar mengumumkan akan bertanding di pilihan raya kecil Kajang

Mac 2014 - Mahkamah Rayuan menolak keputusan Mahkamah Tinggi, sabitan liwat dikenakan semula melihatkan DS Anwar dijatuhkan hukuman 5 tahun penjara. Ketika ini DS Wan Azizah menggantikan DS Anwar dan memenangi pilihan raya kecil Kajang.

kronologi karier politik dan sabitan hukuman anwar ibrahim 1

November 2014 - Sultan Selangor menarik balik gelaran Datuk Seri terhadap beliau kerana membantah institusi diraja.

Februari 2015 - Keputusan dari mahkamah persekutuan mendapati DS Anwar bersalah. Sabitan liwat diteruskan dan beliau dijatuhi hukuman 5 tahun penjara.

Mei 2018 - Selepas kemenangan Pakatan Harapan dalam PRU-14, beliau yang juga merupakan Ketua Umum Pakatan Harapan telah dibebaskan lebih awal dari tarikh asal iaitu pada Jun 2018

Sumber :

1. Poskod

2. SCMP




Hakcipta iluminasi.com (2017)