Menjadi seorang ahli politik sememangnya satu profesion yang berisiko tinggi. Di sebalik memperjuangkan apa yang seharusnya demi nasib rakyat dan negara, ahli politik sentiasa menjadi sasaran mereka yang berbeza pendapat.

Dan risiko terbesar bagi seorang ahli politik adalah pembunuhan. Sepanjang sejarah, ramai pemimpin politik telah terkorban kerana pandangan politik mereka, atau sebab melakukan apa yang mereka rasa betul. iluminasi.com ingin kongsikan 5 pemimpin politik popular yang mati dibunuh.

1. Rafic Hariri - Lubnan

BESARKAN TEKS     A-  A+

Rafic Baha El Deen Al-Hariri  adalah seorang hartawan perniagaan yang juga merupakan Perdana Menteri Lebanon dari tahun 1992 hingga 1998 dan sekali lagi dari tahun 2000 hingga peletakan jawatannya padaa 20 Oktober 2004.

Ketika tempoh pemerintahannya, beliau mengetuai lima kabinet. Hariri mendominasi kehidupan politik dan perniagaan pasca perang negara dan secara meluas dikenali kerana membina semula Beirut selepas perang saudara selama 15 tahun.

Pada 14 Februari 2005, sebuah letupan dahsyat yang bersamaan dengan 1,000 kg TNT telah berlaku ketika motosikal yang dinaiknya melepas Hotel St. George di Beirut, ibu kota Lubnan yang menyebabkan Rafic terbunuh.

Penyiasatan oleh Special Tribunal Lubnan ke atas kes pembunuhan ini masih berjalan dan kini dikendalikan oleh penyiasat persendirian, Daniel Bellemare. Pembunuhan Rafic membawa kepada perubahan politik yang sangat besar di Lubnan, termasuklah Revolusi Cedar dan penarikan tentera Syria dari Lubnan.

2. Mahatma Gandhi - India

mahatma gandhi ahli politik popular yang mati dibunuh 722

Aktivis politik India dan pemimpin kerohanian, Mohandas Karamchand Gandhi atau lebih dikenali sebagai Mahatma Gandhi adalah pemimpin nasionalisme India yang terkemuka ketika India diperintah oleh British.

Dasar belas kasihannya terhadap orang miskin berfungsi sebagai pelan tindakan untuk perubahan damai sementara keupayaannya untuk mempengarui kedua-dua Hindu dan Islam membolehkan perdamaian berlaku di negara yang terkesan akibat perang ini.

Dan dalam kes pembunuhannya, satu-satunya perkara positif, jika boleh dikatakan, adalah bahawa pelakunya adalah seorang hindu, jika tidak, ia pasti menimbulkan perang antara agama.

mahatma gandhi ahli politik popular yang mati dibunuh 2

Pada 30 Januari 1948, Mahatma Gandhi telah ditembak semasa berjalan ke platform yang mana beliau akan mengendalikan bacaan doa. Pembunuhnya iaitu Nathuram Godse merupakan seorang pelajar universiti dan juga aktivis nasionalis Hindu, yang mempunyai kaitan dengan ekstremis Hindu Mahasabha dan menuduh Gandhi bertanggungjawab melemahkan India.

Ia bukan sahaja satu tamparan hebat kepada India, malah kepada seluruh dunia apabila Mahatma Gandhi dibunuh.

3. Raja Faisal - Arab Saudi

raja faisal ahli politik popular yang mati dibunuh

Faisal bin Abdulaziz Al Saud adalah Raja Arab Saudi dari tahun 1964 hingga 1975. Sebagai raja, beliau dikenali di atas usahanya menyelamatkan kewangan negara dan melaksanakan dasar pemodenan dan pembaharuan. Dasar luar negaranya yang utama adalah pan-Islamisme, anti-Komunisme, dan nasionalisma pro-Palestin.

Beliau juga berjaya menstabilkan birokrasi kerajaan dan pemerintahannya mempunyai populariti yang ketara di kalangan rakyat Arab Saudi.

Pada 25 Mac 1975, dalam satu majlis, Raja Faisal ditembak dari jarak yang dekat oleh anak saudaranya, Putera Faisal bin Musaid, yang menyebabkan kematiannya. Ketika itu, Faisal baru sahaja pulang dari Amerika Syarikat. 

faisal bin musaid ahli politik popular yang mati dibunuh 2

Ketika kejadian, Putera Faisal sedang berborak dengan wakil Kuwait yang juga sedang menunggu untuk bertemu dengan Raja Faisal. Dan ketika Putera Faisal pergi memeluknya, Raja Faisal mencium pipi anak saudaranya itu mengikut budaya Arab Saudi. Dan ketika inilah Putera Faisal mengambil peluang mengeluarkan pistol lalu menembak Raja Faisal.

4. Indira Gandhi - India

indira gandhi ahli politik popular yang mati dibunuh

Indira Priyadarshini Gandhi adalah seorang ahli politik India yang berkhidmat sebagai Perdana Menteri ketiga India selama tiga penggal berturut-turut iaitu dari tahun 1966 hingga 1977, dan juga bagi penggal keempat dari tahun 1980 hingga 1984.

Beliau merupakan wanita kedua di dunia yang memegang jawatan tertinggi kerajaan selepas Sirimavo Bandaranaike dari Sri Lanka, dan kekal sebagai Perdana Menteri wanita yang paling lama memerintah (sehingga 2012). 

Indira yang juga anak tunggal kepada Perdana Menteri India pertama selepas kemerdekaan telah menjalinkan hubungan yang rapat dengan Kesatuan Soviet dan bergantung kepada sokongan negara itu dalam berhadapan dengan konflik berpanjangan dengan Pakistan.

satwant singh dan beant singh ahli politik popular yang mati dibunuh

Malah, beliau juga satu-satunya Perdana Menteri India yang pernah dipenjarakan selepas memegang jawatan itu.

Pada 31 Oktober 1984 jam 9.20 pagi, Indira Gandhi telah dibunuh di Kediaman Perdana Menteri di New Delhi oleh dua orang lelaki yang juga pengawalnya berbangsa Sikh, iaitu Satwant Singh dan Beant Singh, selepas Operasi Blue Star. 

5. Benazir Bhutto - Pakistan

benazir bhutto ahli politik popular yang mati dibunuh

Benazir Bhutto, pengerusi Parti Rakyat Pakistan (PPP) adalah ahli politik sosialis-demokratik wanita Pakistan paling popular. Beliau juga merupakan Perdana Menteri Pakistan yang ke-11, dan juga wanita pertama yang dilantik untuk memimpin sebuah negara Islam serta satu-satunya Perdana Menteri wanita negara ini.

Tak cukup dengan itu, Benazir berkhidmat sebagai Perdana Menteri Pakistan sebanyak dua kali iaitu dari tahun 1988 hingga 1990 dan dari tahun 1993 hingga 1996. Benazir yang juga anak sulung kepada bekas Perdana Menteri Pakistan, Zulfikar Ali Bhutto merupakan isteri kepada bekas Presiden Pakistan, Asif Ali Zardari.

benazir bhutto

Benzir dianggap sebagai ikon pertempuran untuk demokrasi dan berdiri dengan segelintir pemimpin eksekutif wanita yang telah membentuk peristiwa global pada abad yang lalu.

Pada 27 Disember 2007, ketika sedang meninggalkan perhimpunan kempen untuk parti PPP di Baghdad Liaquat di bandar Rawalpindi, Benazir telah dibunuh. Beliau sebelum itu menyampaikan pelancaran pemilihan parlimen 2008.

Benazir yang menaiki Toyota Land Cruiser putih kalis peluru ketika serangan berlaku telah berdiri dalam keretanya sambil menjengukkan kepalanya keluar melalui tingkap bumbung untuk melambai kepada penyokongnya.

Ketika inilah seorang yang bersenjatakan senapang telah melepaskan beberapa das tembakan ke arah Benazir dan kemudiannya berlaku letupan berhampiran kenderaannya yang membunuh kira-kira 20 nyawa.

Benazir cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Awam Rawalpindi namun diisytiharkan mati pada jam 6.16 petang.




Hakcipta iluminasi.com (2017)