Oleh pada 20 Dec 2017 kategori

Kredit foto: Mstar & Instagram Andi Bernadee

Bakat baru dari Sabah, Andi Bernadee, yang popular selepas muncul dalam video parodi lagu Tak Tun Tuang nyanyian asal Upiak Isil, mendedahkan sering menerima kiriman lucah daripada seorang penyanyi popular.

Awalnya dianggap gurauan, namun hampir setiap hari dia disapa mesej dan komen lucah penyanyi itu menerusi laman Instagram.

Andi atau nama sebenarnya, Andi Azrul Andi Mapangile mendakwa komen penyanyi tersebut menjadi antara yang terawal setiap kali dia memuat naik Insta Story.

"Hampir sebulan juga saya diganggu olehnya. Setiap kali saya memuat naik 'Insta Story', dia antara orang terawal memberikan komen yang agak keterlaluan.

"Pada awalnya, saya sangkakan ia hanyalah gurauan. Bagaimanapun, semakin hari semakin menjadi-jadi pula sikap gatalnya.

"Saya jujurnya berharap semua itu hanyalah gurauan dan jauh sekali hendak melayan nafsunya. Saya harap penyanyi terbabit sedar, tindakannya itu hanya akan mengundang tanggapan buruk kepadanya sendiri," kata Andi dalam laporan portal BH Online.

Beliau membuat kenyataan tersebut di program promosi percutian halal di Taiwan bersama penyanyi, Hafiz Hamidun dan Bella Nazari.

Tambah penyanyi lagu Tiada Lagi Maaf ini, dia menyifatkan isu itu sebagai satu dugaan kecil, namun enggan tersasar dek kerananya.

"Saya anggap semua itu sebagai dugaan kecil, agar diri ini tidak hanyut dengan permainan duniawi," katanya.

Malah, dia menyedari ini hanyalah cabaran awal pada usia mentah penglibatannya sebagai anak seni.

"Sebagai penyanyi yang baru hendak mengatur langkah, masih jauh lagi perjalanan seni harus saya tempuhi," kata pemuda berumur 26 tahun itu.

Sumber berita: BH Online




Hakcipta iluminasi.com (2017)