Kredit foto: Instagram Rozita Che Wan 

Pasti ramai yang sudah tahu, pelakon dan usahawan sensasi Rozita Che Wan ataupun mesra disapa Che Ta akan menggayakan jumlah baju raya yang tak terkira banyaknya saban tahun. Angkanya saja boleh buat mata netizen terjojol!

Tahun ini pula, Che Ta mengumumkan bakal melaram dengan 104 pasang baju raya. Wah, lagi banyak daripada tahun lepas rupanya.

Bagaimanapun Che Ta enggan dilihat cuba menunjuk-nunjuk atau bersifat riak. Ini berikutan menurut Che Ta, hampir keseluruhan baju rayanya adalah pemberian secara percuma oleh jenama pakaian Minaz kerana beliau adalah duta kepada label tersebut. 

jumlah baju raya rozita che wan tahun ini buat mata netizen terjojol 2

Kredit foto: Instagram Rozita Che Wan

Dilantik sebagai duta jenama pakaian Minaz selama setahun, saya diberi 94 pasang baju dengan rekaan berlainan untuk hari raya. Janganlah kecam saya kerana ia diberi percuma. Tahun lalu saya dikecam gara-gara berkongsi jumlah baju raya yang disediakan untuk diri sendiri dan keluarga.

Sumber: BH PLUS

Tambah Che Ta, dia juga telah menempah 10 pasang baju raya daripada pereka fesyen terkemuka, Rizman Ruzaini untuk dirinya dan seisi keluarga.

jumlah baju raya rozita che wan tahun ini buat mata netizen terjojol 3

jumlah baju raya rozita che wan tahun ini buat mata netizen terjojol 4

Kredit foto: Instagram Rozita Che Wan 




Hakcipta iluminasi.com (2017)