Kredit foto: Instagram Ali Puteh & Instagram Aliff Syukri
Permintaan usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri yang ingin berjumpa dan memohon maaf secara peribadi, mendapat reaksi balas daripada Sabariah Arshad iaitu ibu kepada Allahyarham Abam Bocey.
Sabariah, 63, berkata, dia bersedia menerima kehadiran Aliff Syukri dalam pertemuan empat mata, dengan syarat usahawan itu tidak membawa kamera untuk membuat sebarang rakaman.
“Jika dia hendak meminta maaf, tidak perlu bawa kamera. Datang dan jumpa secara empat mata sahaja. Jika dia hendak bawa kamera, lebih baik tidak payah jumpa,” katanya memetik laporan BH Online.
Kredit foto: Instagram Ria X
Beliau membuat kenyataan selepas menghadiri majlis tahlil dan doa selamat yang dianjurkan untuk arwah Abam oleh pihak Astro, bertempat di Masjid Wilayah Persekutuan di ibu kota, malam tadi.
Terdahulu, tindakan Aliff Syukri menemubual balu Abam, Norhidayah Mohd Ali menerusi 'Facebook Live' mendapat perhatian meluas di media sosial kerana beberapa isu sensitif yang diutarakan termasuk soal harta pusaka.
Ketegangan dua keluarga itu berlarutan, lantas menjadi buah mulut di kalangan masyarakat.
Abam yang juga nama lahirnya, Syed Umar Mokhhtar Syed Mohd Ridhuan meninggal dunia secara mengejut selepas mengalami demam panas sewaktu berada di kediamannya pada 10 Februari lalu.
Perkongsian hidup arwah bersama isteri dianugerahkan cahaya mata bernama Syed Uthman Hamzah Al Jufrey yang kini berusia lapan bulan.
Sumber berita: 'Tak tahu apa cerita menantu, cucu'