Kredit foto: Instagram Aliff Syukri & Instagram Ali Puteh
Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri tampil mempertahankan tindakannya yang mengunjungi balu arwah Abam, Nor Hidayah, selepas rakaman perbualan mereka mencetuskan kontroversi, baru-baru ini.
Aliff Syukri berkata, kunjungannya dengan niat untuk menyampaikan bantuan itu bukanlah suatu kesalahan sehingga perlu memohon maaf.
Malah beliau juga telah mengambil tindakan tegas iaitu dengan membuat laporan polis membabitkan isu itu.
"Aku ni membantu orang, bagi duit datang beradab bukan tak ucap takziah. Kalau nak tahu semua benda saya ada rekod dan tolong jangan kata saya tak ada adab.
"Suruh bertaubat bagai, saya bukan buat jenayah ya! Yang mana kata saya kena minta maaf dan (kata) saya ni jahat tak ada adab, semua tu salah. Saya bukan nak cari masalah!
"Tak sabar nak buat sidang media Isnin ini supaya nama saya tak diburuk-burukkan, tunggu penjelasan saya. Saya pun dah buat laporan polis berhubung isu ini," katanya dalam kiriman Instastory.
Terdahulu, Nor Hidayah membuat pendedahan di siaran langsung Facebook milik Aliff Syukri berkenaan nasibnya yang tidak menerima harta peninggalan suami.
Gara-gara itu, pelawak Ali Puteh selaku adik arwah meluahkan kata-kata hinaan terhadap kakak iparnya.
Ali turut menggesa agar Aliff Syukri bertaubat kerana telah mengguris hati ibunya, selain merosakkan silaturrahim mereka sesama keluarga.
Dalam pada itu, Aliff Syukri berkata, dia tidak mempunyai niat untuk melaga-lagakan kedua-dua pihak terbabit, malah kunjungan dan rakaman berkenaan sudah mendapat persetujuan terlebih awal daripada keluarga balu arwah.
Kredit foto: Instagram Aliff Syukri
"Yang mana kata saya suka-suka upload video sebenarnya saya dah minta kebenaran, balu arwah pun tahu dan tak ada nak melaga-lagakan sesiapa.
"Saya pun tak tahu cerita dan hanya sekadar nak melawat, sudah tentu benda ini tak dirancang, saya sendiri terkejut.
"Saya tak salahkan A atau B, jangan kata saya suka melaga-lagakan orang, ini semua atas kebenaran isteri arwah dan saya ada bukti dan video tersebut," tegasnya.
Sumber berita: “Suruh bertaubat bagai... saya bukan buat jenayah” - Aliff Syukri pertahan tindakan muat naik video balu Abam