Kredit foto: Instagram Fad Bocey
Walaupun Abam sudah 'tiada', pelawak Fad menyatakan nekad untuk terus menjaga, menghidup dan mengekalkan nama Bocey.
Pemilik nama Muhammad Fadzlie Mohd Nizam, 29, itu berkata, kumpulan itu merupakan kenangan mereka bersama Abam, selain punca mengapa mereka masih berdiri dalam dunia hiburan pada hari ini.
“Saya berjanji akan terus menjaga nama Bocey. Walaupun saya dan Achey ada kerjaya solo, nama Bocey takkan hilang. Ini kenangan kami bersama.
“Walaupun dia sudah tiada, nama ini akan tetap dibawa sampai bila-bila. Cuma, kami belum bersedia untuk beraksi di pentas tanpa arwah.
“Kami tak tahu nak gambarkan perasaan itu, tapi kami perlu teruskan juga supaya Bocey dan nama arwah akan terus hidup,” katanya kepada Harian Metro.
Sementara itu, Fad tidak menolak kemungkinan mana-mana pelawak lain untuk menggantikan posisi arwah dalam kumpulan berkenaan.
Fad menganggap Datuk Afdlin Shauki merupakan individu yang paling sesuai memegang peranan terbabit memandangkan pelawak senior itu merupakan sifu kepada beliau dan Abam ketika muncul dalam kumpulan Bocik sewaktu bertanding di program Bintang Mencari Bintang di TV3 pada 2013.
Baca: Biodata Pelawak Fad Bocey
Baca: Biodata Pelawak Abam Bocey
Kredit foto: Instagram Datuk Afdlin Shauki
“Kalau ditanya saya, saya nampak Datuk Afdlin. Dia sifu saya dengan arwah dulu. Tapi, perancangan itu belum ada sebab belum terfikir nak kembali ke pentas.
“Cuma, dalam soal mencari pengganti kami terbuka. Nama pun tetap gunakan Bocey. Namun, tentunya tidak akan sama ketika arwah ada. Apa pun, kami ikut aturan ditetapkan,” katanya.
Terdahulu iaitu pada Isnin lalu, Abam yang juga nama lahirnya, Syed Umar Moktar menghembuskan nafas terakhir ketika sedang tidur di kediamannya di Gombak selepas mengalami demam panas.
Baca: Biodata Pelawak Achey Bocey
Baca: Biodata Pelawak Ali Puteh
Sumber berita: Bocey terus hidup tanpa Abam