Oleh pada 20 May 2017 kategori

Menerusi acara Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian 30 (ABPBH30) yang berlangsung baru-baru ini, gaya Datuk Seri Vida selaku penaja rasmi anugerah berprestij itu yang sedang meminum produk kesihatannya mendapat kecaman penonton.

Segelintir netizen menganggap perbuatan itu kurang sopan untuk dipertontonkan menerusi kaca televisyen secara langsung, apatah lagi dilakukan oleh seorang wanita.

Mereka tidak berada di tempat saya. Saya mengeluarkan jutaan ringgit untuk menaja anugerah itu dan saya perlu cuba sesuatu yang baharu untuk menjual produk saya. 


Sudah bermacam-macam cara dan kaedah saya lakukan untuk jual produk dan kali ini saya kena tampil dengan sesuatu di luar kotak maka itu adalah hasilnya.

Ternyata, kritikan tersebut tidak mematahkan semangat Datuk Seri Vida untuk sentiasa memikirkan cara terbaik bagi mempromosikan produknya.

Bagi kami, tiada apa yang membimbangkan tentang aksinya itu selaku penaja yang telah mengeluarkan sejumlah duit yang begitu besar.

Sumber: mStar Online & izyan.com




Hakcipta iluminasi.com (2017)