Dengan cuaca di seluruh dunia yang semakin menggila, penyaman udara kini berubah menjadi satu keperluan dan bukan lagi satu kemewahan.

Cuaca dan suhu persekitaran memberikan kesan kepada produktiviti seharian kita dan tanpanya, segalanya menjadi agak sukar.

Penggunaan penyaman udara, penghawa dingin atau aircond di dalam kereta juga sangat penting untuk meningkatkan kualiti hidup.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Ramai yang sedia maklum bahawa penggunaan aircond di dalam kenderaan mempengaruhi penggunaan petrol oleh kenderaan itu sendiri, dan memilih untuk menurunkan tingkap bagi menjimatkan petrol.

Tetapi ramai juga yang menganggap ini adalah satu mitos.

Jadi adakah penggunaan aircond meningkatkan kos petrol, dan adakah menurunkan tingkap dapat menjimatkan petrol?

Cara aircon guna petrol

buka aircon jimat minyak kereta

Penyaman udara berfungsi dengan menggunakan kuasa daripada bateri kereta untuk bergerak. Jadi, menggunakan penyaman udara meningkatkan penggunaan caj pada bateri kenderaan.

Bater tersebut mengecas semula dengan sendiri menggunakan kuasa enjin dan enjin anda mendapat kuasanya tak lain dan tak bukan, dari petrol yang anda isi. 

Secara purata, angka-angka yang diperolehi daripada kajian dan pemerhatian menunjukkan bahawa menggunakan penyaman udara dalam kenderaan akan mengurangkan 10% daripada purata kilometer per liter (KPL) yang boleh dicapai kenderaan.

Penggunaan petrol oleh penyaman udara adalah lebih ketara pada kelajuan yang lebih rendah.

Dengan kata mudah, penggunaan aircond boleh mengurangkan jarak capaian kenderaan.

matikan tutup penghawa dingin vs buka tingkap

Jika anda mengisi minyak pada kenderaan anda sebanyak RM50, ini bermakna anda akan membelanjakan RM5 ke atas penyaman udara untuk ianya berfungsi secara berterusan sehinggalah kehabisan petrol.

Bagi sesetengah orang, RM5 daripada RM50 iaitu 10% ini adalah jumlah yang sangat kecil.

Namun, bagi mereka yang kesempitan wang, jumlah ini sangat bernilai sekaligus membuatkan mereka berasakan bahawa menurunkan tingkap adalah lebih menjimatkan.

Penyaman udara vs turunkan tingkap

buka tingkap kereta jimat minyak

Jika anda cuba menjimatkan kos dan tetap berasa "sejuk" serta berangin, maka cara yang paling munasabah sekali adalah dengan menurunkan tingkap kenderaan anda, kan?

Sebenarnya, menurunkan tingkap kenderaan bermakna anda menjadikan kereta anda kurang aerodinamik, meningkatkan daya seretan pada kereta dan membuatkan enjin terpaksa bekerja lebih keras untuk mengekalkan kelajuan yang sama.

Ini sekaligus meningkatkan penggunaan bahan bakar.

penyaman udara vs tutup tingkap jimat minyak

Konsensus umum adalah jika anda memandu pada kelajuan di bawah sekitar 90 kilometer sejam, maka menurunkan tingkap adalah cara paling efisien dari segi penggunaan petrol untuk menyejukkan bahagian dalaman kenderaan anda.

Akan tetapi, jika anda memandu di lebuh raya yang biasanya kelajuan akan melebihi 100 kilometer sejam, maka dalam situasi ini penggunaan penyaman udara adalah lebih efisyen berbanding menurunkan tingkap.

Kajian berkenaan hal ini

aerodinamik pada kereta

Anda mungkin menjangkakan bahawa sesuatu seperti kecekapan bahan melibatkan menurunkan tingkap dikaji dengan begitu meluas, kan? 

Hakikatnya, hanya beberapa kajian sahaja dilakukan dalam dekad yang lalu bagi melihat kesannya terhadap penggunaan petrol.

Setiap ujian adalah berbeza-beza melibatkan kenderaan, persekitaran dan cara melaporkan yang berbeza. Maka, hasil penemuannya tidak begitu konsisten.

Dalam sesetengah kes, keputusan yang diperolehi seolah-olah menunjukkan bahawa memandu dengan tingkap terbuka pada mana-mana kelajuan boleh menjadi paling efisyen dari segi penggunaan petrol.

Dalam dunia nyata, terdapat terlalu banyak pembolehubah yang terlibat. 

Faktor-faktor seperti bentuk kereta, warna, jumlah penumpang dan sudah tentunya cara pemanduan anda memainkan peranan yang penting bagi KPL anda secara keseluruhan.

Ini membuatkan sangat sukar untuk kita bandingkan cara mana yang paling cekap bahan api untuk menyejukkan kenderaan anda.

Kesimpulan

panas dalam kereta

Jika anda ingin betul-betul berjimat, maka memandu dengan tingkap tertutup dan tidak menggunakan penyaman udara adalah cara yang paling kos efektif.

Namun, ia sudah tentunya tidak selesa lebih-lebih lagi dengan cuaca di Malaysia yang sangat panas.

Dan walaupun penggunaan penyaman udara mungkin meningkatkan sedikit kos petrol, secara keseluruhan penulis berasakan bahawa ia adalah pilihan yang paling baik kerana ia dapat memberikan keselesaan kepada pemandu dan penumpang, mengurangkan tekanan ketika hari panas dan juga meningkatkan keselamatan kerana menurunkan tingkap boleh membahayakan kanak-kanak.

Rujukan:

1. Adakah Aircon Tingkatkan Penggunaan Bahan Api

2. Penggunaan Petrol Oleh Penyaman Udara

3. Berapa Banyak Bahan Api Yang Digunakan Oleh Penyaman Udara Semasa Memandu?




Hakcipta iluminasi.com (2017)