Selain ketidakstabilan politik dan peperangan, terdapat faktor lain yang boleh mendorong kepada krisis ekonomi sebuah negara ataupun dunia secara amnya. Berikut merupakan pendapat Tuan Izzuddin Yussof mengenai kaitan ageing population dengan punca kebanyakan krisis ekonomi dunia.

Ageing population ini satu masalah demografi. Iaitu apabila peratusan orang tua semakin tinggi di kalangan rakyat satu-satu negara tersebut. Contohnya Jepun, 46% daripada rakyat mereka berusia 50 tahun ke atas, berbanding Malaysia yang hanya 19%.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Tak susah untuk kita faham kenapa ageing population ni merupakan bencana kepada ekonomi .

  1. Orang tua dah tak spend sebanyak orang muda
  2. Kalau kita ada business restoran, antara ada 10 orang pelanggan muda yang suka makan dengan ada 10 orang pelanggan tua yang kena jaga makan, mana yang lagi menguntungkan business? Yang 10 orang muda
  3. Maka apa jadi kalau demografi kawasan kita bertukar dari orang muda kepada orang tua? Pelanggan restoran akan berkurang
  4. Apa restoran akan buat kalau pelanggan mula berkurang? Kurangkan pekerja
  5. Macam mana hasil pendapatan kerajaan kalau semakin banyak rakyat dah tak berkerja sebab tua? Duit kerajaan akan berkurang
  6. Tapi sistem perubatan kerajaan kita hampir percuma, pesara kerajaan pula dapat duit selagi hidup, kalau meninggal waris pulak dapat. Jadi apa kesan kepada perbelanjaan kerajaan dengan orang tua semakin ramai? Perbelanjaan naik
  7. Hasil berkurang, perbelanjaan terpaksa terus dinaikkan. Maka apa jadi kepada kerajaan? Kerajaan akan terus naikkan cukai dan akan terus berhutang dengan banyak
  8. Yang paling sengsara siapa? Orang muda yang baru nak masuk berkerja

Baru-baru ni seorang professor UM berbangsa Jepun beritahu. Di Jepun, majoriti orang muda tidak mampu nak dapatkan 'permanent job'. Majoriti mereka hanya mampu dapatkan temporary job. Kenapa? Sebab pemilik bisnes pun tidak confident nak ambil pekerja tetap dengan demografi yg semakin tua dan bisnes yang semakin perlahan dariada tahun ke tahun. Tahu tak 40% drpd kerja di Jepun adalah 'temporary'!

Permanent job is a 'luxury' utk orang muda Jepun. Lebih malang lagi, tanpa permanent job, diorang tak dapat kahwin! Kesannya, (mengikut prof itu), hampir 50% drpd mereka yang berumur 40 masih belum berkahwin. Sebab diorang tak ada kerja 'permanent'. Kesian diorang.

Kesannya, spiral masalah demografi ini menjadi lebih kronik. Kurang orang kahwin, kuranglah anak. Maka population Jepun terus menerus shrinking. Cuba tengok kat bawah ni utk population pyramid Jepun. Ekonomi diorang memang tidak mampu hendak diselamatkan, tidak kiralah walau apa pun dilakukan central bank atau kerajaan mereka.

populasi jepun

Sumber: Population Pyramid

Lebih malang lagi, Jepun bukanlah english-friendly country. Jadi diorang susah nak dapatkan immigrants. Berbeza dengan US, UK ataupun Australia yang mana ekonomi mereka dibantu oleh immigrants (walaupun immigrants membawa isu yang lain).

Di website yang sama, kalau korang tengok untuk Greece, situasinya sama. Hence the reason kenapa mereka mengalami krisis hutang (pesara diorang bersara awal dan bayaran pencen adalah tinggi, maka duit kerajaan habis di situ). Atau spain, atau germany. Atau europe as a whole. Semuanya shrinking, hence explaining why until now, ekonomi diorang struggling to recover sejak 2008 (Global Financial Crisis).

Hanya US yang mampu recover dengan elok sejak GFC. Kenapa? Haa pergilah tengok demografi diorang. Orang duk kata sejak 10 tahun lepas USD akan collapse lah apa lah. Sampai sekarang tak berlaku. Kenapa? Sebab isunya bukan dengan USD ke fiat money ke hutang ke apa. Isunya pada demografi. US punya population pyramid in fact macam sangat 'ideal' untk kestabilan ekonomi.

Macam mana dengan Malaysia?

Haa apa lagi pergi tengok population pyramid Malaysia. Perasan tak? Population pyramid kita mula berhenti berkembang dengan laju pada tahun 1990. Sejak daripada itu, rakyat Malaysia sudah kurang beranak.

Perasan tak? Datuk kita adik beradik diorang ada berbelas. Ibu bapa kita dalam 8-10 orang. Kita dalam 4-6 orang. Tapi anak-anak kita? Ramai antara kita kemungkinan besarnya anak akan berada dalam lingkungan 0-3 orang (maaflah aku assume yang baca ni majoriti orang-orang muda macam aku hehe).

Banyak faktor. Tapi kalau tanya aku antara penyumbang utama sebab ibu bapa dah mula semakin sibuk berkerja. World Bank tak habis-habis suruh Malaysia tingkatkan bilangan wanita berkerja, katanya untuk tingkatkan economic potential dan equality. Sedangkan kementerian wanita pun tengah struggle nak seimbangkan antara pastikan perempuan berkerja + diorang nak kahwin dan ada anak yang 'mencukupi' untuk sustain Malaysia economic population.

Sebab tu kalau perasan dari tahun ke tahun, polisi ekonomi Malaysia banyak menjurus ke arah nak mudahkan parent berkerja melahirkan anak. Utk wujudkan nursery di tempat kerja. Atau berikan paternity leave untuk lelaki. dll. Silap-silap akan tiba masanya kita jadi macam UK. Maternity leave setahun beb! Hahah.

Moving forward, population kita confirm akan menjadi ageing population. Pesara akan ramai, kos perubatan akan meningkat. Orang muda akn sengsara sebab tersekat dengan kos sara hidup yang tinggi, gaji yang rendah, tapi cukai yang tinggi.

Krisis ekonomi itu pasti akan berlaku. Kerajaan pun sedar benda ni, sebab tu pekerja kerajaan tengah dikurangkan, untuk kurangkan beban pencen di masa depan. Akan tiba waktu pekerja kerajaan yang baru tidak lagi ada pilihan untuk memilih pencen. Fiscal deficit dan hutang negara perlu dikawal dari sekarang, kalau tak kita berisiko menjadi seperti Greece apabila population Malaysia sudah menjadi tua nanti. Dan businesses kita memang akan menjadi semakin sakit, kerana orang tua tidak suka berbelanja. Tidak ada kaitan dengan fiat currency ke apa.

Tp untunglah kita, sebab kitalah orang tua tu nanti. Orang muda (anak cucu kita) pada masa tulah yang akan sengsara membayar cukai tinggi untuk kos rawatan dan pencen kita. Disebabkan kita ramai, ahli politik juga akan terus menjaga kebajikan kita. Dan kalau kita businessman yang bijak, maka kita akan dapat baca pun business apa yang akan turun dan naik berdasarkan demographic pattern ini.

Last. Tahu tak kenapa US dan China terkejar-kejar bina hubungan dengan ASEAN? Sebab demografi kita akan terus berkembang for the next 30 years, sedangkan negara maju lain dah mengecut. Dan kenapa diorg mula buat baik dengan africa? Sebab hanya Africa akan berkembang for the next 30-60 years.




Hakcipta iluminasi.com (2017)