Oleh pada 28 Mar 2017 kategori

Kopi hijau atau dikenali sebagai green coffee merupakan biji kopi yang belum dipanggang. Kopi pada zahirnya memang berwarna hijau dan apabila dipanggang ia akan menjadi warna coklat kehitaman.

Sebenarnya terdapat dua elemen dalam kopi hijau iaitu kafein dan asid klorogenik. Elemen utama adalah asid klorogenik yang dapat mengawal tahap gula dalam darah, meningkatkan metabolisme dan juga berfungsi untuk menurunkan berat badan. Walau bagaimanapun, kandungan asid klorogenik ini akan hilang apabila biji kopi dipanggang.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Elemen kedua pula adalah kafein yang tidak bagus untuk tubuh badan tetapi anda boleh mencari ekstrak kopi hijau yang mempunyai Svetol kerana ia berfungsi untuk meneutralkan kafein.

kopi hijau

Ramai yang tersalah anggap dengan menyangka semua kopi hijau boleh menurunkan berat badan. Anda perlu membuat perbandingan kopi hijau yang terdapat dalam pasaran Malaysia. Di sini tim Iluminasi menyediakan carta perbandingan antara biji/serbuk kopi hijau dan juga ekstrak kopi hijau.

kopi hijau asli

Kelebihan Biji kopi hijau / serbuk kopi hijau

  • Perlu dihancurkan menggunakan mesin pengisar kopi
  • Kandungan kafein amat tinggi
  • Rendah kandungan asid klorogenik
  • Sukar mendapatkan sukatan yang betul
  • Perlu dicampur dengan gula atau krimer

Perbandingan Ekstrak kopi hijau

  • Kandungan asid klorogenik yang tinggi (50-60%)
  • Kafein telah dinyahkan supaya lebih berkesan
  • Mempunyai sukatan tertentu yang telah disyorkan oleh pakar
  • Ekstrak asli berwarna kekuningan
  • Membakar lemak 3 kali ganda daripada kopi hijau biasa

ekstrak kopi hijau 724

Jika anda hendak menurunkan berat badan dengan kopi hijau, pastikan anda mencari kopi hijau yang tidak mempunyai kafein dan tidak dicampur dengan sebarang perisa seperti gula/krimer. Namun, awas! Pastikan produk kopi hijau itu mempunyai sijil KKM (MAL) barulah ia disahkan selamat untuk diminum. Bukan apa, bimbang terdapat produk kopi hijau yang dicampur sibutramine yang dapat menjejaskan kesihatan anda.

Kopi hijau memang berkesan untuk mengawal berat badan anda anda disebabkan ia berfungsi membakar lemak dalam badan. Selain daripada membakar lemak, ia berfungsi untuk mengawal selera makan anda. Makan sedikit pun anda sudah berasa kekenyangan dan tidak perlu berlapar semata-mata untuk kurus.

perbandingan kalori

Selamat berdiet! 




Hakcipta iluminasi.com (2017)