Oleh pada 07 Oct 2021 kategori

Menulis khasnya dalam media sosial kini sudah menjadi satu perkara yang terbuka. 

Apa yang satu masa dulu hanya jadi tatapan guru kelas bahasa, pembaca buku atau diri kita sendiri - sudah jadi sesuatu yang dikongsikan kepada umum. Semakin ramai orang memberanikan diri melakukan perkongsian tak kira dalam bahasa Melayu ataupun bahasa Inggeris, sama ada yang berbentuk positif atau negatif sekalipun.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Kita mungkin tidak ada tukang semak yang bertindak sebagai editor, mampu memperbetulkan tulisan kita. Tetapi kalau kita tahu apa 10 perkataan bahasa Inggeris paling kerap disalah eja, kita boleh dapat mengelak dari melakukannya.

1. 'Maintenance' 

maintenance kereta

Istilah 'maintenance' bermaksud 'kerja yang dilakukan secara berkala dalam memastikan sesuatu berfungsi atau dalam keadaan baik.' 

Ramai kerap kali mengeja 'maintenance' sebagai 'maintainance', mungkin disebabkan ejaan istilah asasnya adalah 'maintain'.

Istilah juga cukup popular sebagai slanga masyarakat Malaysia, menggambarkan kondisi mental seseorang seperti ayat 'isteri aku high maintenance' atau 'aku tak boleh maintain kalau kau duk tengok aku.'

2. 'Occasion'

occasion sambutan istimewa

Istilah ini penulis sendiri kerap kali tersalah tulis dengan dua huruf 's' atau 'occassion', disebabkan oleh kekeliruan kita dalam cara sebutannya.

'Occasion' boleh membawa dua makna berbeza, menggambarkan 'waktu atau detik di mana sesuatu kejadian berlaku' (I have met that guy in a few occasion) atau 'sesuatu peristiwa yang istimewa, khas atau unik yang berlaku' (This is a very memorable occasion!).

3. 'Successful'

manusia berjaya

Seperti 'occasion', penggunaan ulangan huruf 's' dalam bahasa Inggeris memang agak memeningkan bukan? Situasi sama turut melibatkan ejaan 'successful', di mana ramai melakukan kesilapan tidak menggandakan huruf 's' dalam ejaannya.

Lebih mengelirukan, ramai juga keliru dengan penggunaan huruf 'l' tunggal pada penghujung istilah itu. Kebanyakan individu yang tersilap mengeja 'successful' sebagai 'succesful' atau 'succesfull.'

4. 'Receive'

terima sumbangan receive

Dalam sukatan mata pelajaran bahasa Inggeris, ada ditekankan bahawa wujud peraturan yang menentukan bagaimana susunan huruf akan berlaku.

Sebagai contoh jika perlu ditulis huruf 'i' dan 'e' bersebelahan antara satu sama lain, 'i' akan datang dahulu baru lah 'e' menjadikan '..ie...' kecuali....seandainya 'c' datang sebelumnya. Jika 'c' ditulis terlebih dahulu, huruf seterusnya haruslah 'e' dituruti 'i', menjadi '...cei...'

Berdasarkan peraturan ini, 'receive' perlu dieja 'receive' dan bukan 'recieve'. Bahasa Inggeris memang aneh betul sistem ejaannya kan?

5. 'Government'

government malaysia

Masih ramai penulis seringkali terlepas pandang huruf 'n' yang sepatutnya ada, menulis 'government' sebagai 'goverment.'

Tidak dibantu sebutan sebenarnya yang memerlukan anda tidak menyebut huruf 'n' yang ada. Dari segi ejaan, huruf 'n' perlu ada tetapi dari segi sebutan, 'n' itu tidak sepatutnya dibunyikan.

6. 'Consensus'

consensus salah ejaan

Satu istilah yang cukup popular di kalangan ahli politik kita yang hari-hari menjaja 'kami telah mencapai konsensus.'

Kebanyakan kesilapan ejaan istilah ini berlaku dalam penggunaan huruf 's' yang ditukar kepada huruf 'c' menjadikan ralatnya 'concensus.' 

Jika anda belum tahu 'consensus' membawa makna 'sesuatu pandangan atau idea yang telah mencapai persetujuan bersama.' Sementara 'census' pula membawa makna 'kaedah rasmi yang digunapakai dalam mengira sesuatu.'

7. 'Acknowledgement'

japanese bowing budaya

Istilah ini merupakan antara istilah yang berbeza kaedah ejaannya, berdasarkan sistem English US dan English UK. 

Sistem English US mengeja istilah ini tanpa huruf 'e' dihujung; menjadikannya 'acknowledgment' sementara English UK pula mengejanya sebagai 'acknowledgement.'

8. 'Separate'

perkataan inggeris salah eja

Di antara semua istilah dalam bahasa Inggeris, istilah 'separate' dikatakan adalah istilah paling kerap di salah eja. Ini kerana ejaan dan bunyinya memang mudah disalah ertikan.

Dipinjam dari istilah Latin 'separat' yang membawa makna 'terpisah atau terbahagi', sistem ejaan istilah ini terus kekal digunapakai sehingga ke hari ini tanpa perubahan besar, kecuali penambahan huruf 'e' pada penghujungnya.

Kita kerap kali mengeja 'separate' sebagai 'seperate' kan? Selepas membaca artikel ini, ingat ya - semua ejaan yang menggunakan istilah ini ditulis sebagai 'sepa~'.

Ada separate, separately, separated dan separation. Kesemuanya dieja sebagai 'sepa~' bukan 'sepe~'.




Hakcipta iluminasi.com (2017)