Oleh pada 11 Jul 2021 kategori

Banyak pendapat tidak rasmi mengatakan bahasa Melayu mudah dikuasai disebabkan oleh pembentukan struktur istilahnya yang ringkas dan mudah, bukan saja dari segi ejaan bahkan juga dalam sebutan.

Berbeza dengan bahasa Inggeris yang mempunyai sistem agak caca merba di mana huruf konsonan dan vokal boleh membawa bunyi yang berbeza, bahasa Melayu agak lurus kaedah sebutan dan tulisannya. Banyak perkataan dalam bahasa Melayu disebut samalah seperti bagaimana kita mengejanya.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Namun dalam beberapa situasi khasnya akibat perubahan sistem kita kepada sistem ejaan dan sebutan rumi baru, masih tertinggal beberapa ketidak selarian yang wujud - menyebabkan kita akan dipandang aneh sekiranya kita menyebut perkataan itu sama seperti ejaannya.

1. Versatil

swiss army knife versatil

Perkataan ini asalnya merupakan istilah bahasa Latin 'versatilis' yang membawa makna sesuatu yang tidak konstan dan sering bergerak atau berubah-ubah.

Bagaimanapun, selepas istilah ini dipinjam ke dalam bahasa Inggeris menjadi 'versatile', barulah maknanya sedikit ditukarkan merujuk kepada satu sifat kemampuan untuk melakukan pelbagai perkara dan fungsi dengan baik dalam satu masa.

Istilah 'versatil' yang kita guna merupakan pinjaman istilah bahasa Inggeris yang sebenarnya perlu disebut ver-sa-til namun ramai dah terbiasa menggunakannya mengikut sebutan Inggeris/Latinnya.

2. Zebra

wild ass zebra pupus congo

Istilah sebenar 'zebra' sebenarnya merujuk kepada sejenis kuda liar yang sudah pupus, dipercayai wujud di kalangan masyarakat Congo. Walaupun begitu, asal istilah 'zebra' pula datang dari orang Portugis semasa mereka menjajah Congo.

Penjajah Portugis menamakan sejenis kuda liar di Congo sebagai 'enzebro' sempena istilah lama Portugis. Masyarakat Itali memendekkan istilah itu kepada 'zebra' sebelum dipinjamkan ke bahasa Inggeris.

Kita pula mengekalkan sebutan dan tulisan 'zebra' mengikut cara sebutan asalnya, di mana huruf vokal 'E' dibunyikan dengan bunyi 'EE'.

3. Encik

sebutan encik

Dipercayai merupakan salah satu perkataan Melayu lama, pada zaman awal penggunaan tulisan rumi di Tanah Melayu perkataan ini ditulis menggunakan ejaan 'Inche' atau 'Incik.'

Selepas perubahan pada ejaannya diselaraskan, kita mula mengeja perkataan ini sebagai 'encik' tetapi mengekalkan kaedah sebutan lamanya. Jika anda menyebut perkataan ini sama seperti ejaannya dalam ucapan, pasti ramai yang akan memandang ganjil anda.

4. Atuk/Datuk/Campur

air batu campur

Sengaja kami sekalikan ketiga-tiga perkataan ini kerana kesemuanya mempunyai cara sebutan dan ejaan yang menggunakan huruf vokal U namun disebut mengikut bunyi vokal O.

Jarang sekali kita sebutkan 'campur' sebagai 'campoor' bukan? Ada banyak lagi istilah lain yang mempunyai isu sama di mana huruf U digunakan sebagai ejaan tetapi sebutannya disebutkan sebagai O.

5. Burung

burung burong hantu

Jika 'campur' menukar sebutan vokal U kepada O, 'burung' pula memberikan dua kaedah sebutan vokal U yang berbeza dalam satu perkataan. Banyak perubahan ini berlaku disebabkan oleh perubahan sistem ejaan kita kepada sistem rumi baru yang bermula secara rasmi pada tahun 1972.

Kita sudah biasa menyebut 'burung' sebagai 'burong' atau 'kurung' sebagai 'kurong.' Perkataan 'pengaruh' juga dibacakan sebagai 'pengaroh.' Istilah 'untung' disebut 'untong.'

Namun ada beberapa perkataan seperti contohnya 'obat' dan 'coba' berjaya diubah ejaan dan sebutannya menjadi 'ubat' serta 'cuba', seterusnya menyeragamkan perkataan itu tanpa berlaku kekeliruan.

6. Itik/Tarik/Rajin

kaedah sebutan itik

Sama seperti perubahan ejaan melibatkan vokal U dan O, perubahan ejaan melibatkan vokal E dalam sistem ejaan lama turut mengalami perubahan kepada ejaan namun gagal mengubah kaedah sebutan masyarakat kita.

Kita masih menyebut 'itik' sebagai 'itek', 'tarik' sebagai 'tarek' dan 'rajin' sebagai 'rajen'

7. Kabel

kabel cable sebutan bahasa

'Kabel' merupakan antara istilah yang cukup sukar kita buang kaedah sebutan bahasa Inggerisnya bukan?

Ramai di antara kita dah terbiasa menyebut 'kabel' seperti 'cable' sedangkan jelas dalam bahasa Melayu, kita punya kaedah sebutan betul yang berbeza iaitu 'KAA-BEL'.

Walaupun begitu pada pendapat penulis, penggunaan sebutan sebenar dalam bahasa Melayu tidaklah berbunyi begitu canggung sekiranya digunakan dalam perbualan harian.

Cuba anda ke kedai telefon pintar, minta 'KAA-BEL USB MEE-KRO' satu. Jurujual faham tak apa anda nak?




Hakcipta iluminasi.com (2017)