Populasi manusia telah berkembang secara eksponen sejak beberapa dekad yang lalu. Akibat pertambahan populasi ini, banyak habitat semula haiwan dirosakkan dan dimusnahkan untuk mewujudkan bandar dan kawasan perindustrian.
Akibat daripada tindakan manusia ini, jumlah spesies haiwan yang terancam kritikal semakin meningkat dan sudah tiba masanya kita melakukan yang terbaik untuk melindungi mereka. Menariknya, terdapat tempat tertentu di dunia di mana haiwan berkeliaran dengan bebas tanpa sebarang bahaya.
BESARKAN TEKS A- A+
Kali ini, pihak Iluminasi ingin kongsikan 7 pulau unik dimana populasi di pulau ini dimoninasi oleh spesis haiwan tertentu dan bukannya manusia.
1. Pantai Khinzir
Popular dengan nama sebagai " Pantai Khinzir", Pulau Big Major Cay yang tidak berpenghuni di Exuma, Bahamas, dipenuhi dengan khinzir liar yang comel. Khinzir ini tinggal di pulau itu dan kawasan cetek di sekelilingnya.
Dipercayai bahawa khinzir ini ditinggalkan di situ oleh beberapa orang tentera dengan niat untuk kembali dan menjadikannya sebagai hidangan mereka atau mungkin terselamat dalam kejadian kapal karam. Mereka telah belajar cara untuk terus hidup dan berkembang maju dengan berenang ke kapal yang lalu di mana mereka sering menemui makanan buangan atau diberikan makan daripada pelancong.
2. Pulau Tashirojima
Di pulau kecil Jepun Tashirojima, populasi manusia hanya 100. Sebaliknya, pulau ini mempunyai sekitar 600 ekor kucing, enam kali ganda bilangan manusia. Penguasaan kucing ini bermula pada pertengahan abad ke-18 dan ke-19. Pada masa itu, penduduk pulau itu menternak ulat sutera untuk menganyam tekstil. Mereka membela kucing kerana haiwan ini biasa menghalau tikus daripada memakan ulat sutera.
Kucing-kucing ini sentiasa diberi makan oleh nelayan, dan populasi mereka terus bertambah. Malah ada mitologi yang mengatakan bahawa nelayan menganggap kucing sebagai pembawa tuah dan membina kuil untuk mereka. Hari ini, pulau Tashirojima dijadikan lokasi pelanconga buat pencinta kucing.
3. Pulau Assateague
Pulau Assateague ialah pulau tidak berpenghuni di Amerika Syarikat. Pulau ini adalah rumah kepada baka kuda yang jarang ditemui yang telah berada di pulau ini sejak tahun 1600-an. Dikenali sebagai "Chincoteague", kuda ini mempunyai kisah legenda di sebalik kewujudan mereka di pulau ini.
Legenda mengatakan bahawa mereka adalah mangsa yang terselamat dari bangkai kapal Sepanyol. Tetapi pakar percaya bahawa kemungkinan besar mereka telah dibebaskan di pulau ini oleh penjajah yang ingin melarikan diri dari undang-undang dan cukai ternakan pada abad ke-17. Hari ini, terdapat kira-kira 300 ekor kuda hidup di pulau ini.
4. Pulau Duiker
Pulau Duiker di Afrika Selatan adalah rumah kepada salah satu koloni anjing laut bulu Cape yang terbesar. Makhluk comel ini telah menjadikan pulau berbatu di sana sebagai rumah. Terdapat kira-kira 6,000 anjing laut yang tinggal di pulau ini dan boleh dilihat menjemur diri mereka berbaring di atas batu.
Feri dan bot biasa membawa pengunjung untuk melihat anjing laut ini. Pulau ini telah digelar sebagai "Pulau Anjing Laut." Semasa musim beranak sekitar April, anjing laut kecil yang comel boleh dilihat berkumpul dekat dengan ibu mereka atau belajar berenang di perairan.
5. Ilha da Queimada Grande
Pulau Brazil, Ilha da Queimada Grande, mmpunyai seekor ular setiap meter kawasannya. Ular yang terdapat di sana ialah ular Bothrops insularis (kepala tombak warna emas) yang merupakan salah satu ular paling berbisa dan mematikan di dunia.
Beberapa dekad yang lalu, pulau itu disambungkan ke tanah besar melalui jalur darat. Tetapi dengan peningkatan paras laut, jisim daratan yang bersambung masuk ke bawah air dan pulau itu terputus sepenuhnya dari tanah besar. Akibatnya, ular-ular itu terdampar di pulau itu.
6. Pulau Ōkunoshima
Juga dikenali sebagai Usaga Jima, yang diterjemahkan kepada "Pulau Arnab", pulau di Jepun ini adalah syurga bagi pencinta arnab. Semasa Perang Dunia II, pulau ini merupakan tapak penyelidikan dan pembuatan senjata kimia. Bagaimana arnab mula mendiami pulau ini masih menjadi misteri.
Sesetengah percaya mereka mungkin menjadi subjek ujian semasa perang, dan selepas perang, pekerja mungkin telah melepaskan arnab yang tinggal. Tetapi menurut Ellis Krauss, seorang profesor politik Jepun, percaya arnab tersebut merupakan keturunan daripada lapan ekor arnab yang diperkenalkan ke pulau itu pada 1971 oleh sekumpulan pelajar sekolah.
7. Pulau Christmas
Pulau ini pernah menjadi rumah kepada kira-kira 43.7 juta ketam dewasa atau kira-kira 0.09 hingga 0.57 ketam merah dewasa setiap meter persegi. Tetapi dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kedatangan sejenis spesis semut berwarna kuning telah mengurangkan populasi ketam kepada sekitar 30 juta.
Sepanjang tahun, ketam boleh ditemui bertebaran di dalam hutan. Tetapi sekali setahun sesuatu yang indah berlaku. Berjuta-juta ketam keluar dari hutan dan pergi ke lautan untuk musim pembiakan. Selepas proses mengawan, ketam jantan kembali ke hutan manakala betina tinggal di liang selama kira-kira dua minggu untuk bertelur.
Kredit: