Oleh pada 17 Apr 2018 kategori

Haiwan diciptakan di dunia dengan kepelbagaian spesis, keluarga, warna, bentuk dan juga saiz. Setiap daripada makhluk ini mempunyai fungsi dan tugas masing-masing dalam ekosistem bumi.

Dari segi saiz, haiwan boleh wujud dengan saiz yang tersangat kecil sehinggakan tak boleh dilihat dengan mata kasar, sehinggalah saiz yang tersangat besar yang mampu memuatkan beratus-ratus orang.

BESARKAN TEKS     A-  A+

iluminasi.com ingin berkongsi 8 haiwan paling besar di dunia dalam kategori masing-masing.

1. Haiwan paling besar di dunia : Paus Biru

paus biru haiwan paling besar di dunia

Paus biru (Balaenoptera musculus) adalah mamalia laut dari keluarga ikan paus balin. Dengan panjang mencecah 30 meter dan berat mencecah 180 tan metrik, ia merupakan haiwan paling besar yang pernah wujud di dunia.

Lidah ikan paus ini adalah seberat 2,700 kilogram, iaitu kira-kira saiz seekor Gajah Asia. Berat jantungnya pula adalah 600 kilogram yang merupakan organ paling berat dalam sistem badan mana-mana haiwan di dunia.

paus biru haiwan paling besar di dunia 2

paus biru haiwan paling besar di dunia 3

Malah, saiz jantung ikan paus biru ini lebih kurang sebesar sebuah kereta Mini Cooper.

Ikan Paus Biru dikatakan hanya memakan hidupan laut kecil seperti udang yang dikenali sebagai Krill. Ketika musim panas, ikan ini akan menyembur dirinya sendiri dan memakan Krill sebanyaak kira-kira 3,580 kilogram atau lebih setiap hari. Jumlah ini bersamaan dengan 40 juta krill, setiap hari.

2. Haiwan darat paling besar di dunia : Gajah Belukar Afrika

gajah belukar afrika haiwan paling besar di dunia

Gajah Belukar Afrika adalah haiwan darat paling besar di dunia, dengan panjang gajah jantan di antara 5 hingga 7.5 meter, berketinggian 3.3 meter di bahagian bahu dan berat mencecah 5,900 kilogram.

Bagi gajah betina pula ia adalah lebih kecil, dengan panjang di antara 5.4 hingga 6.9 meter, berketinggian 2.7 meter dan seberat 3,000 kilogram.

Gajah Bush Afrika dewasa biasanya tidak mempunyai pemangsa kerana saiznya yang sangat besar namun anak-anak terutamanya yang beru lahir sangat terdedah kepada serangan singa dan buaya, serta harimau kumbang dan hyena (jarang-jarang).

3. Karnivora paling besar di dunia : Gajah laut Selatan

gajah laut selatan haiwan paling besar di dunia

Karnivora adalah kategori haiwan yang terdiri daripada lebih 280 spesis mamalia placenta termasuklah kucing, canid (anjing, serigala, coyote, rubah), beruang, musang dan anjing laut.

Gajah laut Selatan adalah karnivora yang paling besar yang wujud ketika ini. Saiz haiwan ini menunjukkan perbezaan seksual yang melampau dan mungkin yang terbesar dalam mana-mana mamalia dengan saiz jantan adalah 6 kali lebih berat daripada saiz betina.

elephant seal

Saiz betina adalah di antara 400 hingga 900 kilogram dengan panjang mencecah 2.6 hingga 3.3 meter, manakala saiz jantan pula di antara 2,200 hingga 4,000 kilogram dan panjang mencecah 4.5 hingga 5.8 meter.

Saiz yang paling besar pernah direkodkan adalah 6.85 meter dan dianggarkan seberat 5,000 kilogram yang ditembak di Possession Bay di Georgia Selatan pada 28 Februari 1913.

Gajah laut ini biasanya menyelam berulang kali selama lebih daripada 20 minit setiap kali untuk mencari mangsa sama ada sotong atau ikan di kedalaman 400 hingga 1,000 meter. Rekod paling lama dan dalam pernah direkodkan adalah hampir 2 jam di kedalaman lebih daraipada 1,400 meter.

4. Reptilia paling besar di dunia : Buaya air masin

buaya air masin haiwan paling besar di dunia 2

Dalam banyak spesis reptilia di atas muka bumi, buaya air masin adalah yang paling besar. Ia biasanya dijumpai di habitat semulajadinya dari Australia Utara melalui Asia Tenggara hinga ke pantai timur India.

Berat bagi seekor buaya air masin jantan dewasa adalah di antara 409 hingga 1,000 kilogram dengan panjang di antara 4.1 hingga 5.5 meter. Namun, buaya matang boleh mencapai panjang 5 meter dengan berat melebihi 1,000 kilogram. Ia juga merupakan satu-satunya buaya yang masih wujud yang kerap mencapai panjang melebihi 4.8 meter.

Buaya air masin adalah pemangsa hebat yang mampu membaham mana-mana haiwan yang memasuki kawasannya sama ada di dalam air atau di daratan.

5. Amfibia paling besar di dunia : Salamandar Gergasi China

salamander gergasi china haiwan paling besar di dunia 2

Bagi kategori amfibia pula, salamander gergasi Cina (Andrias davidianus) adalah paling besar di dunia. Ia mampu mencapai panjang 180 sentimeter.

Salamander ini biasanya dijumpai di sungai gunung berbatu dan tasik-tasik di China. 

salamander gergasi china haiwan paling besar di dunia

Ia juga diklasifikasikan sebagai haiwan terancam akibat kehilangan habitat, pencemaran dan diburu oleh manusia kerana dianggap sebagai makanan istimewa dan digunakan dalam perubatan tradisional China.

6. Arnab paling besar di dunia : Arnab Gergasi Flemish

arnab gergasi flemish haiwan paling besar di dunia

Flemish Gergasi adalah arnab daripada baka tua yang berasal dari rantau Flemish di Belgium. Spesis ini mula-mula dibiakkan seawal abad ke-16 di sekitar bandar Ghent.

arnab gergasi flemish haiwan paling besar di dunia 2

Sebagai arnab atau kelinci paling besar di dunia, Flemish Giant boleh mencecah berat 12.7 kilogram dan bersaiz seperti seekor anjing.

7. Ular/Cicak paling besar di dunia : Green Anaconda

green anaconda haiwan paling besar di dunia 2

Ahli keluarga reptilia gergasi yang paling besar yang wujud di dunia adalah Green Anaconda (Eunectes murinus) yang berasal dari sungai neotropikal. Saiz maksimum yang paling besar pernah direkodkan adalah dengan panjang 7.5 meter seberat 250, dengan khabar angin terdapat yang lebih besar.

Ular spesis ini yang dijumpai di Asia Tenggara adalah lebih panjang dan ramping, dilaporkan mempunyai panjang mencecah 9.7 meter.

8. Artropod paling besar di dunia : Ketam labah-labah Jepun

kejam labah labah jepun haiwan paling besar di dunia

Ketam labah-labah Jepun adalah spesis ketam laut yang tinggal di perairan sekitar Jepun. Ia mempunyai kaki paling panjang daripada mana-mana arthropod (haiwan invertebrata daripada keluarga Arthropoda besar, seperti serangga, labah-labah, atau krustasea).

Panjang kaki ketam ini boleh mencapai 3.8 meter dengan berat 19 kilogram. Dalam habitat semulajadi, ketam Jepun ini memakan kerang daan bangkai haiwan serta mampu hidup sehingga 100 tahun.

Rujukan:

1. Twisted Sifter

2. One Kind Planet

3. Live Science




Hakcipta iluminasi.com (2017)