Sejak mula permainan video diperkenalkan, ia tidak pernah lari daripada menjadi isu kontroversi. Ia tidaklah mengejutkan kerana banyak permainan video yang mempromosikan aspek kurang sesuai untuk orang awam apatah lagi bagi golongan kanak-kanak.

Permainan video yang mengandungi keganasan melampau, adegan lucah, menghina agama dan mempromosi gerakan LGBT sering mendapat tentangan masyarakat. Namun, permainan video kontroversi seperti ini masih lagi dipasarkan dari masa ke masa.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Berikut adalah beberapa permainan video yang dianggap paling kontroversi sejak ia diperkenalkan.

7. Mortal Kombat

mortal kombat fatality

Apabila Mortal Kombat kali pertama diperkenalkan pada tahun 1993, ia menjadi terkenal kerana gerakan penghabisan yang sangat ganas. Pemain boleh menghabiskan musuh dengan cara paling kejam seperti mencabut jantung pihak lawan dan sebagainya.

Sistem penilaian yang lemah ketika itu menyebabkan kanak-kanak juga boleh membeli dan memainkan permainan video ini. Ahli politik dan golongan ibu bapa menentang hebat permainan ini.

Mortal Kombat adalah penyebab industri permainan video mencipta Entertainment Software Rating Board (ESRB) lima bulan kemudian. Setiap permainan video yang dipasarkan akan dinilai terlebih dahulu kesesuaiannya mengikut peringkat umur tertentu.

6. Dead or Alive Xtreme 3 VR Mode

dead or alive xtreme 3

Siri permainan video genre pertarungan Dead or Alive sememangnya menjadi kontroversi kerana menampilkan watak gadis dengan pakaian menjolok mata. Tidak cukup dengan itu, ia juga menampilkan beberapa mod tambahan di mana pemain boleh berinteraksi dengan watak seksi ini seperti memberi arahan dan memilih pakaian mereka.

Namun, siri Dead or Alive Xtreme 3 VR Mode yang dikeluarkan pada tahun 2016 benar-benar melampaui batas. Pemain boleh memainkan peranan secara maya menyentuh gadis-gadis ini secara tidak rela. Jelas kedengaran suara watak gadis seksi itu menolak dan berasa tidak selesa.

Ramai yang menganggap permainan video ini sebagai satu bentuk serangan seksual secara maya. Syarikat Koei Tecmo yang mengasilkan permainan ini tidak memasarkannya di Barat kerana kritikan besar yang diterima.

5. Manhunt 

manhunt 2

Direka oleh pasukan sama yang menghasilkan siri Grand Theft Auto (GTA), Manhunt merupakan permainan video paling kontroversi yang dikeluarkan syarikat Rockstar.

Masalah utama permainan video ini ialah keganasan yang ditampilkan apabila pemain perlu membunuh lawan mereka dengan yang sangat ganas. Ramai yang risau Manhunt akan mempengaruhi pemain untuk melakukan jenayah seumpamanya.

Walaupun mendapat tentangan banyak pihak, pencipta permainan ini meneruskan untuk menghasilkan Manhunt 2 yang juga menjadi satu kontroversi besar.

4. Leisure Suit Larry

leisure suit larry

Leisure Suit Larry adalah siri permainan video bertema dewasa yang dicipta oleh Al Lowe. Pemain akan memainkan watak Larry Laffer, lelaki berusia 40-an yang menggoda wanita untuk ditidurinya.

Permainan ini menjadi kontroversi kerana watak Larry yang menganggap wanita sebagai objek seks dan latar belakang yang penuh dengan tema lucah. Beberapa kedai permainan video tidak mahu menjual atau memasarkan permainan ini.

Walaupun sering mengundang kontroversi, siri Leisure Suit Larry ini terjual sebanyak puluhan juta unit di seluruh dunia.  

3. Call of Duty: Modern Warfare 2 

no russian

Walaupun kebanyakan siri Call of Duty tidak pernah lari dari memaparkan tema kontroversi namun misi yang dinamakan sebagai "No Russian" dalam Call of Duty: Modern Warfare 2 mungkin melangkaui batas.

Dalam misi itu, pemain memainkan watak ejen CIA yang menyamar dan menyertai kumpulan pengganas. Pemain perlu melepaskan tembakan ke arah orang awam di sebuah lapangan terbang di Rusia.

Bagi mengelak daripada diharamkan di Jepun dan Jerman, syarikat pengeluar telah mengubah misi itu di mana menembak orang awam akan menggagalkan misi pemain. Di Rusia pula, misi itu dibuang terus. Bagi negara-negara selebihnya, hanya diberi pilihan untuk skip misi yang "menyinggung perasaan" itu.

 2. Postal 2

postal 2 755

Sama seperti siri sebelumnya, permainan video first-person shooter ini menimbulkan kontroversi dan mendapat kecaman hebat di media. Salah satu perkara yang dikritik hebat adalah keganasan melampau yang ditunjukkan.

Selain itu, Postal 2 juga mengandungi tema perkauman, lucah, seksis dan homofobik di dalamnya. Sebahagian negara telah mengharamkan penjualan Postal 2. Di New Zealand pula, memilikinya permainan video juga adalah satu kesalahan dan boleh dikenakan denda sebanyak $1,400.

1. Custer’s Revenge

custer s revenge

Permainan video klasih ini dihasilkan oleh Mystique pada tahun 1982 untuk konsol Atari 2600. Custer's Revenge boleh dikatakan permainan video paling kontroversi yang pernah dihasilkan. 

Watak utama permainan ini berdasarkan watak sebenar George Armstrong Custer, jeneral yang kalah dalam Battle of Little Bighorn pada 1876. Watak Jeneral Custer yang berbogel perlu menyeberang sebuah padang sambil mengelak halangan seperti anak panah.

Sasaran Jeneral Custer adalah untuk sampai ke penamat di mana terdapat seorang gadis Orang Asli Amerika berbogel yang sedang diikat pada tiang. Permainan ini bukan sahaja menjatuhkan imej pejuang Amerika tetapi pada masa sama tidak menghormati Orang Asli di Amerika.

Atari akhirnya menyaman Mystique kerana menjatuhkan nama baik konsol itu dengan permainan video ciptaannya.




Hakcipta iluminasi.com (2017)