Pedang merupakan antara senjata terawal manusia yang digunakan ketika zaman peperangan ketika dahulu. Setiap penemuan pedang-pedang zaman dahulu sentiasa menarik minat sejarawan untuk mengetahui sejarah disebalik pemilik pedang tersebut.
Kali ini, pihak Iluminasi ingin berkongsi pula antara senarai pedang tertua dunia yang telah dijumpai. Bukan sahaja yang tertua, tetapi sebahagian pedang ini juga adalah antara pedang yang terkenal. Tidak semuanya digunakan dalam peperangan, ada yang hanya digunakan dalam upacara diraja pemerintah Eropah ketika dahulu.
BESARKAN TEKS A- A+
7. Pedang Saints Cosmas dan Damian
Pedang St Cosmas dan Damian atau juga dikenal sebagai Pedang Essen adalah pedang yang digunakan untuk upacara di Biara Essen. Pedang itu sendiri berasal dari pertengahan abad ke-10, hiasan emas ditambahkan padanya pada hujung abad ke-10 atau permulaan abad ke-11, sementara pelekap perak dengan inskripsi ditambahkan abad ke-15.
Dipercayai bahawa pedang ini sebenarnya digunakan dalam pertempuran sebelum kemudiannya dihiasi untuk memperingati kematian Saints Cosmas dan Damian, yang dianggap pelindung orang Essen, Jerman. Pedang Essen ini dipercaya adalah hadiah dari Otto III, Raja Rom kepada Biara Essen, tempat di mana pedang ini masih disimpan.
6. Pedang Saint Peter
Pedang St Peter adalah pedang yang dianggap sebagai peninggalan suci yang disimpan di Muzium Keuskupan Poznań. Ia dikatakan sebagai pedang di mana Apostle Petrus memotong telinga kanan hamba paderi besar pada saat penangkapan Yesus di Gethsemane.
Pedang ini mempunyai rekabentuk bilah berhujung lebar, mirip bentuknya dengan parang. Replika pedang ini yang dibuat oleh Bogdan Puchalski, terpampang di dinding Basilika Archcathedral Poznań. Walaupun pedang ini tidak digunakan oleh St Peter sendiri, pedang ini adalah pedang tertua yang didokumentasikan di Poland.
5. Kogarasu Maru
Kokarasu Maru adalah pedang Jepun yang unik yang menggabungkan antara rekabentuk pedang Jepun terawal (yang bermata dua dan berdasarkan rekabentuk pedang Jian dari China) dan senjata tachi tradisional yang digunakan oleh samurai, yang kemudiannya berkembang menjadi katana. Pedang ini dipercayai dihasilkan sekitar Abad ke-8 Masihi.
Walaupun Kogarasu Maru mempunyai inskripsi yang tidak lengkap, dipercayai bahawa pedang ini diciptakan oleh tukang pedang Jepun legenda, Amakuni, yang mencipta pedang melengkung Jepun pertama memandangkan Kogarasu Maru mempunyai bilah bermata melengkung.
4. Pedang Bercabang Tujuh
Pedang Bercabang Tujuh atau shichishitou dalam bahasa Jepun dan chiljido di Korea ini berasal dari Korea pada sekitar abad ke-4 Masihi. Pedang ini adalah hadiah dari raja Baekje (sebuah kerajaan di barat daya Korea) untuk seorang Maharaja dari zaman Yamato di Jepun.
Pedang besi ini adalah sepanjang 74.9 cm dengan enam pucuk tajam seperti cabang di sepanjang bilah tengah. Inskripsi yang bertatahkan emas di sisi pedang adalah sumber penting untuk memahami hubungan antara kerajaan Korea dan Jepun pada masa itu.
3. Pedang Goujian
Pedang Goujian adalah salah satu pedang kuno yang paling mengagumkan dalam senarai ini kerana keadaannya yang sempurna. Walaupun terkubur di sebuah kuil yang dipenuhi air selama lebih daripada seribu tahun, pedang Goujian langsung tidak rosak dan masih cukup tajam!
Komposisi kimia pedang Goujian - tembaga, timah, timah, belerang dan arsenik - adalah sebab mengapa pedang ini tetap dalam keadaan yang sangat baik. Pedang ini ditemui pada tahun 1965 di sebuah makam kuno di sepanjang saluran air dari Sungai Zhang di Jingzhou, China.
2. Pedang Nebra Sky Disk
Pedang Nebra Sky Disk adalah salah satu penemuan arkeologi terhebat abad ke-20, dakwaan yang disokong oleh UNESCO Memory of World Register. Bahagian tengah pedang ini terdapat Sky Disk - cakera gangsa yang indah bertatahkan simbol cakerawala berwarna emas.
Pedang gangsa dan seluruh timbunan yang ditemui bersama pedang ini dikebumikan sekitar tahun 1600 SM, tetapi para saintis tidak dapat mengetahui dengan tepat waktu pembuatannya, yang bermaksud artifak ini mungkin lebih tua.
1. Pedang Arslantepe
Sebelum penemuan sejumlah pedang di tapak arkeologi Arslantepe di Turki, ramai ahli arkeologi percaya bahawa pedang paling awal hanya berasal dari sekitar tahun 1600 atau 1500 SM. Walau bagaimanapun, ahli arkeologi Marcella Frangipane dari Universiti Rome telah menemui sembilan pedang yang dihasilkam pada tahun 3300 SM.
Frangipane menyatakan pedang Arslantepe ini adalah pedang tertua dan pertama di dunia seumpamanya yang pernah ditemui. Pedang Arslantepe ini dibuat dari aloi tembaga arsenik dan ditemui dalam bentuk yang agak baik. Senjata ini mempunyai panjang keseluruhan 45 hingga 60 sentimeter.
Kredit: