Patutkah anda mempercayai telinga anda dan apa yang anda dengar? Sebenarnya, ilusi bukan sahaja mampu menipu mata tetapi juga telinga anda!

Berikutan populariti ilusi optik, kami telah mengumpulkan pelbagai ilusi bunyi yang menakjubkan. Dalam ilusi ini, fikiran anda ditipu untuk memikirkan bahawa anda sedang mendengar bunyi tertentu, yang mana sebenarnya tidak. 

BESARKAN TEKS     A-  A+

Untuk lebih jelas, anda disarankan untuk menggunakan headphone stereo, jika ada.

7. Shepherds Tones

Ini adalah rakaman paradoks Shepard yang disintesis oleh Jean-Claude Risset. Sepasang kord berbunyi seolah-olah ia menaiki skala bunyi, tetapi sebenarnya kord permulaan adalah sama dengan kord penamat.

Sekiranya anda mengulangi sampel ini dengan lancar maka ia mustahil untuk mengesan di mana sampel bermula dan berakhir.

6. Falling Bells

Ini adalah rakaman paradoks di mana loceng berbunyi seolah-olah ia jatuh melalui ruang.

Apabila ia jatuh, kelantangannya seolah-olah menjadi semakin rendah, tetapi sebenarnya ia menjadi semakin tinggi. 

5. Virtual Barbershop

Ini adalah demonstrasi kesan stereo. Dengan mendengar ilusi ini, anda akan berasakan seolah-olah anda berada di atas kerusi di kedai gunting rambut dengan tukang gunting yang bergerak di sekeliling dan memotong rambut anda.

Apabila tukang gunting "bergerak" ke kanan anda, bunyi semakin bertambah kuat di bahagian kanan dan berkurangan di sebelah kiri.

Peningkatan kelantangan bunyi dari gunting memberi gambaran bahawa tukang gunting sedang menghalakannya berhampiran anda dan dekat dengan setiap telinga.

Ilusi ini menunjukkan keupayaan kita untuk mengesan bunyi dalam ruang. Dengan membandingkan input pada kedua-dua telinga, kita boleh mengetahui dari mana bunyi itu datang. 

 4. Matchbox Rattle

Untuk lebih jelas, anda disarankan menggunakan headphone stereo.

Seperti Virtual Barbershop di atas, ini adalah satu lagi ilusi stereo. Dalam ilusi ini seorang lelaki menggoncang kotak mancis di sekeliling badan anda dan menyalakan secara berkala.

3. Tritone Paradox

Ilusi ini juga ditemui oleh Diana Deutsch. Dalam rakaman ini, sesetengah orang mendengar bunyi dari rendah ke tinggi, sementara yang lain mendengarnya dari tinggi ke rendah.

Ramakan bunyi ini sangat sesuai untuk diperdengarkan dalam kumpulan supaya anda boleh membandingkannya dengan yang lain.

Nota bunyi yang dimainkan dikenali sebagai tritone yang mana jatuh tepat di tengah-tengah skala muzik standard.

Nota ini pernah dianggap sebagai "jahat" dan tidak digunakan dalam muzik sehingga zaman moden.

2. MgGurk Effect

TUNGGU DULU!!

Jangan mainkan klip di atas sehingga anda selesai membaca teks ini. Apabila anda memainkan klip ini untuk kali pertama, dengarkan dengan mata anda tertutup.

Dengarkan apa yang dikatakan oleh lelaki tersebut. Kemudian, mainkan sekali lagi dengan mata terbuka. Adakah anda mendengar BA-BA, GA-GA, atau DA-DA?

Kebanyakan orang dewasa (98%) beranggapan bahawa mereka mendengar "DA", yang dikenali sebagai "respons gabungan", di mana "D" adalah hasil ilusi visual-audio.

Pada hakikatnya anda sedang mendengar bunyi "BA", semasa anda melihat pergerakan bibir "GA".

1. Phantom Words

Ilusi ini mula-mula didemonstrasikan oleh Diana Deutsch di University of California, San Diego.

Rakaman ini memperdengarkan urutan kata-kata atau frasa bertindih yang berulang-ulang, terletak di kawasan-kawasan yang berbeza di ruang stereo.

Semasa anda mendengarnya, anda akan mula memilih frasa tertentu. Walau bagaimanapun, tiada frasa yang benar-benar wujud.

Otak anda sedang membina frasa tersebut, dalam usaha untuk memahami bunyi yang tidak bermakna. Sesungguhnya, anda mungkin mendapati bahawa frasa yang anda dengar berkaitan dengan apa yang ada di fikiran anda.

Sebagai contoh, orang yang berdiet sering mendengar frasa yang berkaitan dengan makanan. Ini boleh menjadi pengalaman yang sangat menakutkan.




Hakcipta iluminasi.com (2017)