Selfie (atau swafoto dalam bahasa Melayu) sebenarnya bukanlah satu trend yang benar-benar baru. Orang ramai telah mengambil swafoto selama berabad-abad. Tetapi pada masa itu, gambar sebegini dirujuk sebagai self potrait atau 'potret diri'.

Potret diri artistik ini asalnya bermula dengan lukisan dan kemudian diambil oleh kamera pertama.Kali ini kami bawakan kepada anda 10 swafoto terawalsepanjang masa yang diambil dengan kamera.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Gambar-gambar ini memainkan peranan penting dalam membantu kita secara tidak langsung memahami bagaimana dunia fotografi telah berkembang selama bertahun-tahun lamanya. Kini swafoto lebih mudah kerana kebanyakan gajet sudah mempunyai kamera hadapan yang membolehkan kita melihat sendiri ekspresi muka sebelum sesuatu gambar itu diambil. 

7. Harold Cazneaux 

self potrait

Harold Cazneaux adalah perintis dalam sejarah fotografi Australia. Beliau belajar di School of Design, Painting and Technical Arts dan bekerja di Freeman & Co., salah satu studio fotografi tertua di Sydney. Beliau adalah orang pertama yang menganjurkan pameran fotografi secara bersendirian di Australia pada tahun 1909.

Gambar di atas diambil pada tahun 1904. Ia mungkin tidak kelihatan seperti potret diri konvensional kerana ia diambil di luar rumah. Dalam foto itu, agak jelas bahawa beliau sedang merenung ke hadapan pada pantulannya sendiri. Pada satu tangan, beliau memegang kamera kotak standard (yang lazim pada masa itu) dan kabel shutter untuk mengambil gambar.

6. Wanita misteri 

sejarah selfie cermin 201

"Swafoto cermin" wanita yang tidak dikenali ini merupakan gambar yang diambil pada tahun 1900. Dia menggunakan kamera kotak untuk mengambil swafoto. Foto ini diimbas daripada kaca negatif asal 4×5 inci. Walaupun nampaknya tiada rekod tentang siapa wanita dalam gambar ini, swafoto cerminnya adalah salah satu gambar bersejarah yang paling penting.

Dia dilihat menggunakan kamera Kodak Brownie untuk mengambil swafoto cermin. Kamera kotak ini mula-mula dilancarkan pada tahun 1900 dan telah dijual pada harga satu dolar apabila ia memasuki pasaran. Reka bentuknya mudah dengan konsep "point and shoot". Ini adalah batu loncatan dalam sejarah fotografi kerana ia menjadikan fotografi tersedia untuk orang ramai.

5. Hannah Maynard

teknik fotografi

Hannah Maynard menggunakan teknik helah pendedahan dalam fotografi untuk memberi gambaran bahawa terdapat ramai dirinya dalam potret dirinya. Potret diri pelbagai pendedahan ini dicipta olehnya sekitar tahun 1893. Hannah Maynard aktif pada akhir 1800-an, terutamanya sekitar 1893. 

Beliau ialah jurugambar rasmi pertama untuk Jabatan Polis Victoria. Beliau terkenal dengan potret diri yang menggambarkan berbilang dirinya dalam potret diri yang sama. Seperti dalam gambar di atas, terdapat lima orang dia dalam bingkai yang sama! Hasil gambar ini tertanya telah melebihi kebolehan kamera yang ada pada masa itu.

4. Henri-Jacques-Edouard Evenepoel 

swafoto cermin 323

Henri-Jacques-Edouard Evenepoel ialah seorang artis Belgium yang mula mengambil gambr potret diri menggunakan cermin bermula sejak 1897-1898. Henri-Jacques-Edouard Evenepoel ialah seorang artis dari Belgium, terkenal dengan karya seninya yang berkaitan dengan Fauvism. 

Fauvisme merujuk kepada gaya lukisan sekumpulan artis moden abad ke-20. Kumpulan artis ini menekankan gaya artistik yang bertenaga dan berwarna-warni berbanding dengan gaya realistik yang lazim pada masa itu. venepoel bereksperimen dengan swafoto menggunakan kamera dan menganggapnya sebagai satu bentuk ekspresi artistik.

3. Jean-Gabriel Eynard

sejarah self potrait

Jean-Gabriel Eynard adalah salah seorang warga Switzerland pertama yang menggunakan teknik fotografi daguerreotype. Beliau mencipta banyak potret diri pada tahun 1840-an menjadikannya salah satu perintis swafoto zaman moden. Beliau mula menggunakan teknik daguerreotype pada tahun 1839.

Daguerreotype ialah proses fotografi pertama yang tersedia untuk umum. Ia digunakan secara meluas pada tahun 1840-an dan 1850-an. Dicipta oleh Louis Daguerre dan diperkenalkan di seluruh dunia pada tahun 1839, daguerreotype hampir digantikan sepenuhnya pada tahun 1860 dengan proses baharu yang lebih murah, seperti ambrotype, yang menghasilkan imej yang lebih mudah dilihat.

2. Hippolyte Bayard

self potrait terawal

Potret diri Hippolyte Bayard ini terkenal pada tahun 1840-an. Beliau mencipta gambar berperingkat pertamanya bertajuk "Potret Diri sebagai Lelaki Lemas" pada tahun 1840 sebagai tindak balas kepada ketidakadilan yang dikenakan kepadanya apabila dia dipujuk oleh rakannya untuk tidak mengisytiharkan teknik fotografinya menyebabkan dia mendapat pengiktirafan sebagai salah satu pencipta utama fotografi.

Hippolyte Bayard adalah satu lagi perintis dalam sejarah fotografi. Beliau seorang jurugambar Perancis dan mencipta tekniknya sendiri untuk mengambil gambar cetakan. Dia juga mendakwa telah mencipta fotografi sebelum Louis-Jacques Mandé Daguerre dari Perancis dan Inggeris William Henry Fox Talbot, dua lelaki yang diangkat sebagai pencipta fotografi.

1. Robert Cornelius 

selfie terawal di dunia

Potret diri yang diambil oleh Robert Cornelius pada tahun 1839 ini telah diisytiharkan secara rasmi sebagai selfie tertua di dunia. Perkataan “the first light picture ever taken” ditulis di belakang fotonya. Robert Cornelius adalah perintis dalam sejarah fotografi Amerika.

Tahun itu ialah 1839, dan imej ini merupakan potret diri yang pertama. Cornelius terpaksa duduk diam tidak bergerak selama kira-kira 10-15 minit memastikan gambar yang diambil jelas. Gambar ini diambil di luar kedai keluarganya dan beliau ketika itu berusia 30 tahun. 

Kredit:

  1. Times Colonist
  2. Wikipedia
  3. Art History Project
  4. Smithsonian Magazine
  5. NY Post



Hakcipta iluminasi.com (2017)