Oleh pada 07 Jan 2020 kategori

Apabila nama Buakaw disebut, kualiti-kualiti seperti ganas, kuat dan tangkas pastinya bermain di minda anda.

Cara pertarungannya yang sangat berani dan menyerang menakutkan pihak lawan serta para penonoton.

Sebagai salah seorang superstar dalam sejarah Muay Thai, Buakaw Banchamek bukanlah nama yang asing bagi mereka yang meminati dan tahu tentang seni mempertahankan diri atau pertempuran.

BESARKAN TEKS     A-  A+

buakaw banchamek porpramuk

Sehingga 1 November 2018, beliau disenaraikan di kedudukan ke-10 dalam kelas ringan oleh Combat Press. 

Dan walaupun telah mengharungi 300 pertarungan dalam tempoh 20 tahun kerjayanya, terdapat beberapa perkara yang masih tidak diketahui oleh peminat tegarnya.

1. Daripada peminat kepada pahlawan

buakaw banchamek ketika kecil

Buakaw dilahirkan pada 8 Mei 1982, di daerah Bansongnong di wilayah Surin, Thailand.

Ketika berusia kira-kira 7 atau 8 tahun, beliau menghadiri pameran Muay Thai yang diadakan berhampiran rumahnya.

Melihat sorakan orang ramai ketika para pahlawan berjalan memasuki ke gelanggang menyemarakkan semangat dalam diri Buakaw.

Selepas perlawanan itu, beliau membincangkan tentang idea untuk menjadi seorang pahlawan dengan ibu bapanya. Ibu bapanya membenarkannya dan Buakaw mula berlatih Muay Thai beberapa hari kemudian.

2. Rutin latihan biasa

sesi latihan buakaw banchamek

Tubuh badan Buakaw yang luar biasa adalah hasil kerja keras dan dedikasinya di gimnasium.

Setiap hari, beliau akan bangun seawal jam 5:30 pagi dan berjalan sekitar 10 hingga 16 kilometer sebagai pemanas badan.

Buakaw kemudiannya mengikuti program latihan biasa, yang terdiri daripada 15 pusingan latihan pad dan punching bag, kekuatan dan pengkondisian, serta sparring.

Sekitar jam 3 petang, beliau akan berlari dan kemudian meneruskan latihan yang serupa sebanyak 15 pusingan.

Buakaw menamatkan sesi latihan sekitar jam 7 atau 8 malam.

Ini hanyalah rutin biasa Buakaw dan apabila ada perlawanan yang akan datang, latihannya menjadi semakin dahsyat.

3. Tidak pernah gelaran utama dunia di Thailand

buakaw banchamek tak pernah menang gelaran dunia utama di thailand

Amat sukar untuk kita bayangkan Buakaw tewas dalam gelanggang.

Disebabkan oleh tahap daya saing yang tinggi di Thailand, Buakaw tidak begitu berjaya di negaranya satu ketika dahulu.

Walaupun beliau memenangi banyak pertarungan di daerahnya, namun Buakaw tewas dalam 4 hingga 5 perlawanannya ketika beliau baru sahaja mula bertarung di peringkat kebangsaan di Stadium Lumpinee.

Kekalahan berterusan hampir-hampir membuatkan Buakaw berputus asa dalam bertarung tetapi dengan bantuan gimnasiumnya iaitu Por. Pramuk, beliau meneruskan kerjayanya tetapi tidak pernah mencapai status elit di Thailand sebagai seorang pahlawan.

Kejayaannya bermula apabila beliau dijemput untuk bertarung di luar negara dalam organisasi mempertahankan diri K-1 di Hong Kong di mana beliau mendominasi dan memenangi hati peminat di seluruh runia.  

4. Jangan buat Buakaw marah !

Dalam satu pertarungan untuk kejohanan K1 WORLD MAX 2004, sesuatu yang sangat menyeramkan berlaku.

Ketika pusingan pertama, lawan beliau iaitu Takayuki Kohiruimaki telah menyepak kaki Buakaw sebanyak dua kali ketika memegang kaki pihak beliau, yang mana adalah tidak dibenarkan.

Ini sekaligus membuatkan Buakaw tersangat berang. Bermula dari situ, Buakaw menyerang Takayuki bertubi-tubi sehinggakan lawannya itu kelihatan seperti menyesal dengan perbuatannya.

Asakan dan serangan yang dilontarkan Buakaw terlalu dahsyat untuk disangkal Takayuki, namun pahlawan Jepun itu masih tidak berputus asa dan bangkit setiap kali rebah.

Akhirnya, kekuatan Buakaw melebihi ketabahan Takayuki apabila pahlawan Thailand itu memenangi perlawanan dengan mudah.

5. Seorang yang penyabar dan matang

sekumpulan lelaki cuba untuk bergaduh dengan buakaw banchamek

Pada September 2014, Buakaw sedang menjalani latihan untuk Kejohanan TopKing World Series di Belarus.

Bagi mempersiapkan diri beliau untuk kejohanan ini, Buakaw terpaksa mengubah jadual latihan untuk mengikut masa Belarus. 

Perubahan ini membuatkan Buakaw terpaksa berlari di tengah-tengah pagi sekitar jam 2 pagi.

Dan ketika sedang jogging melepasi kawasan pembinaan, Buakaw terserempak dengan sekumpulan lelaki yang cuba mencari pasal dengan beliau.

Ini adalah sangat mengejutkan kerana tiada mana-mana individu yang waras akan berbuat demikian. Buakaw menjadi marah kerana mereka telah mengganggu sesi latihannya.

Akan tetapi, Buakaw tidak melayani gangguan tersebut dan terus menyambung lariannya. Akhirnya, 2 daripada lelaki tersebut ditemui dan dibawa untuk bersemuka dengan Buakaw.

Selepas ditanya, mereka memberitahu bahawa mereka berada dalam keadaan mabuk pada pagi tersebut dan mahu mencabar Buakaw.

Adalah terlalu mudah untuk Buakaw menewaskan dua lelaki ini melihatkan kehebatan beliau dalam berlawan. Namun, nasib mereka baik kerana Buakaw seorang yang penyabar dan mempunyai common sense.

Buakaw tahu adalah tidak berbaloi untuk beliau bertumbuk dengan lelaki-lelaki itu, kerana beliau mungkin akan "membunuh" mereka dengan secara tak sengaja.

6. Pemain bola sepak profesional

buakaw banchamek juga merupakan pemain bola profesional

Pada tahun 2014 ketika mana beliau masih aktif bertarung, Buakaw menandatangani perjanjian dengan kelab bolasepak RBAC FC sebagai penyerang.

RBAC FC adalah pasukan simpanan kepada Ratchaburi F.C yang kini bermain dalam liga Thai League 1 yang merupakan liga paling berprestij di Thailand.

Apabila ditanyakan mengapa beliau memutuskan untuk menjadi seorang pemain bola sepak profesional, Buakaw menjawab: "Saya meminati bola sepak sejak kecil lagi dan menjadi seorang pemain profesional adalah salah satu daripada impian saya,". 

7. Bina gimnasium di kampung halamannya

buakaw banchamek bina gimnasium di kampung nya

Dengan bantuan salah seorang penaja sukannya iaitu Yokkao, Buakaw membina gim Muay Thai sendiri di kampung halamannya setelah meninggalkan Por. Pramuk Gym.

Gim itu dinamakan Banchamek Gym dan ditubuhkan untuk menjadi lokasi latihan Buakaw dan juga tempat untuk kanak-kanak di kampungnya mempelajari seni Muay Thai.

Pembinaan gimnasium tersebut hanya mengambil masa 10 hari sahaja.

Selepas itu, Buakaw tidak lagi bertarung di bawah nama gimnasium sebelumnya yang mengzaliminya dan menggunakan nama Banchamek.

8. Menerima Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah

buakaw banchamek menerima ijazah sarjana dan gelaran doktor falsafah

Pada tahun 2013, Dr. Buakaw Banchamek dianugerahkan Ijazah Sarjana Sains dalam Sains Sukan dari Kasetsart University kerana sumbangan beliau yang sangat cemerlang sebagai salah seorang atlet terbesar di Thailand.

Beliau juga menerima anugerah Doktor Falsafah dalam Strategi Pembangunan Serantau pada tahun 2014 dari Surindra Rajabhat University kerana menjadi duta seni dan tradisi kuno Muay Thai serta nama yang terkenal dalam bidang sukan baik di Thailand & di seluruh dunia.

9. Juara dunia berkali-kali

juara dunia muay thai buakaw banchamek

Populariti dan pencapaian Buakaw selama bertahun-tahun telah membuatkan beliau diangkat sebagai legenda Muay Thai dan K-1. 

Beliau adalah juara WMC, juara Stadium Omnoi, juara WBC Muay Thai Diamond Champion, juara Toyota Marathon Lumpinee Stadium, juara dunia S-Cup Boxing dan juara dunia Thai Fight.

Tak cukup dengan itu, Buakaw merupakan pahlawan pertama yang pernah memenangi K-1 World Max sebanyak dua kali iaitu pada tahun 2004 dan 2006. pejuang pertama untuk memenangi K-1 Dunia Max dua kali (2004 dan 2006), dan banyak lebih lagi!

Rujukan:

1. Evolve MMA

2. Skill Speed Power

3. Muay Thai Basics




Hakcipta iluminasi.com (2017)