Dengan teknologi yang sangat canggih dan segalanya mampu diakes melalui hujung jari, internet merupakan sesuatu yang wajib bagi setiap orang pada hari ini. Dan apa yang berkait dapat dengan internet? Tentulah laman sesawang.
Laman sesawang merupakan sesuatu yang paling banyak diakses setiap hari di muka bumi. Dengan itu, pemilihan nama laman sesawang atau domain, tersangatlah penting dalam memastikan ia mendapat perhatian ramai. Malah, jika anda bijak, anda boleh menjana wang berjuta-juta dengan hanya menjual domain.
BESARKAN TEKS A- A+
iluminasi.com ingin kongsikan 7 domain laman sesawang yang paling mahal pernah dijual di dunia.
7. 360.com - RM65.8 juta
360.com adalah domain yang paling mahal di dunia yang dibeli oleh syarikat dari Asia iaitu Qihoo 360 Technology Co. LTd, sebuah syarikat yang menawarkan perkhidmatan keselamatan internet dari china dan terkenal dengan perisian anti-virus.
Qihoo 360 membeli domain ini yang sebelum itu dimiliki oleh Vodafone dalam usaha meningkatkan profil global mereka. Kini 360.com akan membawa anda kepada 360.cn.
6. internet.com - RM70 juta
Dalam usaha mereka untuk membina rangkaian pengiklan dalam talian yang terbesar di dunia, QuinStreet telah membeli internet.com dengan harga RM70 juta daripada WebMediaBrands pada tahun 2009.
QuinStreet merupakan antara salah sebuah syarikat perkhidmatan pemasaran internet terbesar di dunia. Kini, ia menjadi laman sesawang bebas iklan untuk perdagangan teknologi yang memberi tumpuan kepada "berita teknologi, ulasan produk dan nasihat teknikal untuk ahli IT profesional.
Ia kini merupakan tapak bebas iklan untuk perdagangan teknologi yang memberi tumpuan kepada berita teknologi, ulasan produk, dan nasihat teknikal untuk profesional TI.'
5. privatejet.com - RM116.5 juta
Syarikat yang berpangkalan di Atlanta iaitu Nations Luxury Transportation,LLC telah membeli domain privatejet.com daripadaa Don't Look Media Group pada tahun 2012 dengan harga RM116.5 juta.
Ramai yang mengatakan jumlah ini terlalu mahal dan mengejutkan, namun ia sesuai dengan pelanggan-pelanggan yang ingin ditarik oleh laman sesawang ini, iaitu mereka yang kaya.
Ia berfungsi sebagai medium utama dalam talian bagi mereka menawarkan perjalanan menggunakan jet peribadi dan harganya bermula dari RM7,666 sejam.
4. vacationrentals.com - RM135.5 juta
Vacation Rentals merupakan laman sesawang yang aktive, sehinggalah syarikat yag berpangkalan di Texas, HomeAway mengambil alih dengan bayaran sebanyak RM135.5 juta semata-mata untuk tidak membenarkan diambil oleh pesaing mereka, Expedia.
Kini, laman sesawang ini kekal sebagai tempat memasarkan segala jenis pakej percutian, bukan sahaja di Amerika Syarikat tetapi di seluruh dunia.
3. insurance.com - RM137.8 juta
Sama seperti insure.com, QuinStreet melihat potensi yang ada pada domain ini. Insurance.com adalah laman sesawang yang menjadi lokasi membeli belah atas talian yang menawarkan perkhidmatan perbandingan di antara pembekal-pembekal insurans.
Ia juga menawarkan perkhidmatan insurans hayat, rumah, kesihatan dan motosikal. QuinStreet membeli domain laman sesawang ini dengan harga RM137.8 juta.
2. carinsurance.com - RM192 juta
Untuk kali kedua dalam tahun 2010, QuinStreet sekali lagi menyedari akan nilai yang ada pada domain ini dalam menjana dan menarik perhatian pelanggan.
Tanpa membuang masa, QuinStreet membayar wang sebanyak RM192 juta bagi mendapatkan domain ini. Wang yang sangat banyak ini dibayar hanya untuk mendapatkan nama domain, dengan laman web tersebut adalah kosong, tanpa apa-apa kandungan.
1. lasvegas.com - RM348 juta
Las Vegas boleh diiktiraf sebagai "kota hiburan" paling besar di dunia. Segala jenis hiburan yang anda boleh fikir, ada di sini. Disebabkan itu, domain laman sesawang ini sangat penting bagi perniagaan mereka yang mampu memberikan pulangan berlipat kali ganda.
Ia membuatkan laman sesawang lasvegas.com menjadi yang paling mahal di dunia pernah dijual, dengan harga RM348 juta. Lasvegas.com menawarkan penginapan, lawatan dan tempahan di destinasi perjudian terbesar di dunia ini.