Tembok antara Korea Selatan dan Korea Utara bertahan hingga ke hari ini sebagai sisa fizikal kepada Perang Dingin, yang secara simbolik berakhir dengan keruntuhan satu lagi tembok lain iaitu Tembok Berlin.

Apabila Tembok Berlin diruntuhkan pada tahun 1989, dunia seolah-olah menjadi lebih bersatu.

tembok pemisah 2 negara terkenal di dunia

BESARKAN TEKS     A-  A+

Namun tembok-tembok masih terus digunakan untuk membahagikan populasi di seluruh dunia dan sejak serangan di World Trade Center pada tahun 2001, pembinaan tembok menjadi semakin popular. 

iluminasi.com kongsikan 6 tembok moden yang memisahkan negara di dunia. 

1. Maghribi dan Sepanyol

tembok sempadan sepanyol dan maghribi

Bertentangan dengan kepercayaan popular, sempadan Sepanyol tidak terletak dengan rapi ke Semenanjung Iberia sahaja.

Dua bandar paling selatan, Ceuta dan Melilla, "melimpah" ke negara jiran di Afrika utara iaitu Maghribi.

Di kedua-dua bandar ini, tembok-tembok dibina untuk menahan pelarian Afrika daripada masuk ke Sepanyol, yang bermakna tidak berjaya masuk ke Kesatuan Eropah.

Kawalan Sepanyol ke atas dua bandar ini bermula beratus-ratus tahun dahulu.

Tetapi sehingga tahun 1995, Sepanyol membina pagar moden yang pertama dengan pembiayaan dari Kesatuan Eropah dengan matlamat khusus untuk menghalang pendatang.

tembok sempadan sepanyol dan maghribi 2

Sokongan terhadap tembok serta pengembangannya meningkat pada tahun-tahun kebelakangan ini berpunca daripada ketakutan berkaitan ISIS.

Setakat ini, tembok ini berfungsi dengan sangat baik. Jumlah pendatang dari Afrika yang masuk ke Sepanyol dan EU semakin berkurangan tetapi masih terdapat ramai yang berjaya merentasi sempadan dengan berenang di sekitar sempadan.

Malangnya, ramai juga yang terbunuh dengan cara ini.

2. Mesir dan Semenanjung Gaza

tembok sempadan mesir dan semenanjung gaza

Disebabkan oleh sebahagiannya tembok ini, Semenanjung Gaza mempunyai masalah import yang teruk.

Penduduk sangat sukar untuk mendapatkan barangan keperluan untuk terus hidup kerana tembok Israel yang dibina di sempadan timurnya.

Keadaan di sebelah barat Gaza juga tidak begitu baik. Halangan sempadan ketat telah lama wujud di sana, terutamanya di titik persimpangan di Rafah.

Tetapi baru-baru ini Mesir menjadi lebih ketat untuk menutupnya. Selepas kumpulan Islam Hamas menguasai Gaza pada tahun 2007, Mesir menjadikan tembok mereka lebih kuat.

Dalam beberapa hal, sempadan ini menimbulkan masalah yang mereka patut selesaikan dan kelihatan seperti tiada kegunaan pada masa hadapan.

tembok sempadan mesir dan semenanjung gaza 2

Sebagai contoh, terowong-terowong haram telah dibina untuk mendapatkan barang dan senjata ke Gaza dari Mesir, memberikan laluan kepada pertempuran berterusan.

Sebagai tindak balas, kerajaan Mesir membina tembok terbaru mereka yang lebih kukuh, dengan keluli kalis bom dan memperluaskannya sejauh 100 kaki ke bawah tanah untuk menghalang penyeludupan.

Namun, sesetengah orang Mesir menentang tembok kerana ia boleh menjejaskan perdagangan. Walau bagaimanapun, kerajaan Mesir, serta kerajaan Amerika Syarikat menyokong pembinaan tembok tersebut.

Dari segi keberkesanannya, Associated Press melaporkan bahawa dalam masa setahun pembinaan tembok ini, ia telah berjaya dilepasi ratusan kali.

3. Malaysia dan Thailand 

tembok malaysia thailand 2

Kedua-dua Malaysia dan Thailand membina tembok sendiri pada tahun 1970-an, sebahagian besarnya untuk mengurangkan aktiviti penyeludupan dan menghalang gerila komunis daripada memasuki Malaysia melalui Thailand.

Sejak itu, ia telah diperkukuhkan, sekali lagi dalam usaha untuk menghalang penyeludup dari membawa barangan tidak bercukai dan bahan haram seperti dadah dan sebagainya.

Tetapi, dalam membina dua tembok berasingan, Malaysia dan Thailand telah mewujudkan ruang berjarak sepuluh meter di antara kedua-dua negara yang mana telah menjadi tempat selamat bagi penyeludup dan penjual dadah.

tembok malaysia thailand

Ia juga menghalang kedua-dua negara daripada membina hubungan simbiotik yang kuat.

Pada tahun 2001, Malaysia dan Thailand telah bersetuju untuk sekurang-kurangnya bekerjasama memecahkan sistem dua tembok ini kepada satu tembok tunggal yang mana diharapkan akan membendung penyeludupan manusia dan jenayah merentasi sempadan.

Pada tahun 2016, Malaysia dan Thailand mempertimbangkan untuk membina tembok sempadan baru bagi meningkatkan keselamatan.

"Kita (Malaysia dan Thailand) menghadapi masalah keselamatan termasuk memerangi keganasan, penyeludupan manusia dan penyeludupan haram, sebab itu kita perlu menangani isu-isu ini secara serius." - Prayut Chan-o-cha, Perdana Menteri Thailand.

4. Belfast, Ireland

tembok sempadan belfast ireland

Sepanjang separuh akhir abad ke-20, Ireland Utara merosakkan negara mereka sendiri. Protestan Inggeris, yang dikenali sebagai Loyalis, dan Katolik Ireland Utara, yang dikenali sebagai Nationalis, bertembung dengan begitu konsisten.

Loyalis menginginkan Ireland Utara menjadi sebahagian daripada UK dan Katolik Ireland Utara pula berharap kawasan itu akan menjadi sebahagian daripada Ireland.

Bermula pada akhir 1960-an, Ireland Utara mendirikan tembok di ibukota Belfast untuk membendung keganasan.

Tembok yang pada awalnya dimaksudkan sebagai langkah sementara ini terbukti cukup efektif sehinggakan ia bukan sahaja dijaga malah dibina dengan lebih banyak.

tembok sempadan belfast ireland 2

Sehingga hari ini, walaupun selepas Perjanjian "Good Friday" pada tahun 1998 yang mengakhiri konflik ini, berpuluh-puluh tembok masih berdiri kukuh di Belfast kerana penduduk tempatan bimbang tentang gangguan yang akan dihadapi jika ia diruntuhkan, termasuk kos yang tinggi.

Namun, tembok-tembok ini terbukti menjadi dilema kepada Ireland Utara.

Pelaburan asing tidak akan sampai ke Ireland Utara sementara temboh masih kekal, dan tembok pula tidak akan runtuh sehingga ada dana yang cukup serta sokongan popular untuk menghapuskannya.

Pada tahun 2013, pemimpin Ireland Utara berjanji untuk memastikan kesemua tembok lenyap menjelang tahun 2023.

5. India dan Pakistan

tembok india dan pakistan

India dan Pakistan telah bertempur sejak tahun 1947, ketika pemerintahan kolonial British berakhir dalam penghasilan kedua-dua negara seperti yang kita kenal sekarang.

Negara-negara ini, yang mana  kedua-duanya mempunyai senjata nuklear terus bercakaran sehingga ke hari ini.

Aktiviti ketenteraan di sepanjang tembok-tembok sempadan negara-negara masih berjalan setiap hari, walaupun kedua-dua rangkaian terowong dan titik lemah tembok menghalang tembok ini daripada berfungsi dengan berkesan.

Menurut NBC, India telah cuba menggunakan kamera, unta, dan lembu untuk membuatkan tembok ini lebih berkesan dalam memastikan militan Pakistan daripada masuk.

tembok india dan pakistan 2

Namun tiada yang 100% berkesan dan ketegangan antara kedua-dua negara kekal di paras bahaya.

Pada Januari 2016, negara-negara ini menangguhkan ceramah damai selepas India menyalahkan Pakistan kerana membiarkan kumpulan militan mereka melintasi sempadan untuk menyerang pangkalan udara India.

Sebagai tindak balas, India menaiktaraf tembok mereka di negeri Punjab dengan sensor laser yang akan memberi amaran kepada pasukan keselamatan terhadap sebarang pencerobohan. 

6. Israel dan Tebing Barat

tembok israel dan tebing barat

Masih dalam pembinaan, dinding yang memisahkan Israel dan Tebing Barat akan berakhir dengan jarak 708 kilometer tembok kongkrit dan kawat duri.

Sejak pembinaannya bermula pada tahun 2002, tembok ini telah jadikan alasan kepada segala-galanya daripada keperluan keselamatan sehinggalah sebagai "tembok apartheid," bergantung kepada siapa yang bertanya.

Israel secara sepihak telah memulakan pembinaan dengan mendakwa untuk menghalang penyerang Palestin memasuki wilayah Israel.

Walau bagaimanapun, tembok itu telah melencong ke wilayah Palestin yang tidak termasuk dalam sempadan Israel, menyebabkan ramai rakyat Palestin mendakwa bahawa tembok ini merupakan satu alat yang bertujuan untuk mengambil tanah mereka secara menyalahi undang-undang.

Malah, Mahkamah Keadilan Antarabangsa di The Hague menganggap tembok itu menyalahi undang-undang dan menyeru Israel untuk meruntuhkannya pada tahun 2004.

tembok halangan di jerusalem

Akan tetapi, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menentang keputusan ini dengan undian 150 berbalas 6. 

Tembok yang sepatutnya dirobohkan ini sebaliknya telah telah tersebar lebih jauh dan mencapai ketinggian 8 meter di beberapa lokasi.

Dalam mempertahankan tembok ini, penyokong tembok Israel memetik bahawa berlaku penurunan yang besar dalam insiden kekerasan sejak tembok itu dibina.

Walau bagaimanapun, pemeriksa fakta menunjukkan bahawa penurunan itu yang mana kadang-kala dianggarkan pada tahap lebih tinggi daripada 90%, telah melambung dengan ketara.




Hakcipta iluminasi.com (2017)