Biawak adalah kumpulan reptilia "squamate" yang boleh dijumpai di merata-rata tempat, dengan lebih daripada 6,000 spesis, kecuali benua Antartika.

Kumpulan haiwan ini adalah paraphyletic kerana ia tidak termasuk ular dan Amphisbaenia. Biawak mempunyai pelbagai saiz dan warna, dan yang terbesar boleh mencapai saiz manusia.

iluminasi.com kongsikan 6 spesis biawak paling besar di dunia.

BESARKAN TEKS     A-  A+

6. Bengal Monitor

bengal monitor

Bengal Monitor yang biasanya dikenali sebagai 'monitor India biasa', adalah biawak yang terdapat di seluruh benua India dan juga sebahagian dari Asia Barat dan Asia Tenggara.

Spesis ini merupakan yang ke-6 terbesar di dunia dengan panjang 1.75 meter dan seberat 7.2 kilogram.

Biawak  jantan biasanya lebih besar dan berat berbanding biawak betina. Haiwan ini memakan serangga, kalajengking, siput babi dan juga invertebrata yang lain.

Antara yang lain termasuklah ikan, katak, biawak kecil dan ular.

5. Nile Monitor

nile monitor

Biawak Nile Monitor adalah satu lagi ahli keluarga biawak yang sangat besar dan boleh ditemui di seluruh benua Afrika.

Ia juga dikenali dengan nama lain iaitu "African small-grain lizard" yang mana mampu membesar sehingga 3.2 meter dan seberat 20 kilogram.

Spesies biawak ini mempunyai gigi runcing yang besar dengan kuku tajam digunakan untuk menggali, mendaki, mempertahankan diri atau merobek mangsa.

4. Perentie

perentie

Perentie adalah biawak paling besar di benua dan negara Australia, dan yang ke-4 terbesar di seluruh dunia.

Ia boleh membesar sehingga 2.49 meter dan seberat 15 kilogram.

Perentie adalah sejenis karnivor dan memakan pelbagai jenis mangsa. Mengikut saiz badan, biawak ini memburu biawak lain, ikan, burung dan serangga untuk dijadikan makanan.

Malah, Perentie yang bersaiz lebih besar memburu haiwan seperti kanggaroo sebagai makanan. Ekornya tersangat kuat sehinggakan mampu mematahkan kaki anjing.

3. Varanus Salvadorii

varanus salvadorii

Varanus salvadorii adalah spesies biawak yang berasal dari New Guinea. Nama umumnya termasuklah buaya pemantau, pemantau Papua, pemantau Salvadori dan juga artellia.

Ia adalah biawak terbesar yang pernah ditemui dari New Guinea dan merupakan antara yang terpanjang dengan ukuran 2.44 meter.

Ekor Varanus Salvadorii ini adalah sangat panjang, sehinggakan sesetengah spesis ini didakwa mempunyai panjang badan melebihi biawak paling besar di dunia iaitu Komodo Dragon.

Walaupun panjang, ia tidaklah seberat yang disangkakan dengan hanya berat maksiumum mencecah 20 kilogram. Haiwan ini menajdikan burung sebagai mangsa.

2. Asian water monitor

asian water monitor

Biawak ini adalah spesis yang ke-2 terbesar di dunia dan berasal dari Asia Tenggara dan Selatan.

Ia adalah salah spesis biawak yang paling biasa ditemui di Asia, bermula dari Sri Lanka dan pantai timur laut India ke Indochina, Semenanjung Melayu dan pulau-pulau Indonesia di mana ia hidup dekat dengan air.

Biawak ini disenaraikan dalam haiwan dengan kebimbangan terendah untuk pupus dalam Senarai Merah IUCN. 

Berat maksimum haiwan ini boleh mencecah 50 kilogram dan biasanya menjadikan penyu, katak dan juga buaya sebagai makanan.

1. Komodo Dragon

komodo dragon 391

Komodo Dragon adalah spesis biawak terbesar di dunia yang masih hidup.

Ia adalah spesies biawak yang terdapat di kepulauan Indonesia iaitu Komodo, Rinca, Flores, Gili Motang dan Padar.

Ia mampu membesar sehingga maksimum 3 meter dengan berat seorang lelaki dewasa iaitu 70 kilogram.

komodo dragon 2

Biawak ini mempunyai gigitan yang sangat berbisa dan memburu haiwan lain seperti mamalia, burung, dan invertebrata sebagai makanan.

Komodo Dragon lebih gemar dengan habitat kering dan panas serta mempunyai ekor yang sangat panjang dan kuat.




Hakcipta iluminasi.com (2017)