Secara purata, ketinggian lelaki dan perempuan di Malaysia masing-masing adalah sekitar 165 cm dan 153 cm. Selalunya lelaki Malaysia yang tinggi pun hanya sekitar 185 cm.
Gergasi memang ternyata wujud, lihatlah 4 individu ini. Saiz mereka sangat besar berbanding kita yang hidup pada hari ini.
4. Zeng Jinlian
BESARKAN TEKS A- A+
Sumber Foto: thetallestman.com
Zeng Jinlian adalah wanita paling tinggi di dunia menurut sejarah medikal, melebihi pemegang rekod sebelumnya iaitu seorang wanita Inggeris, Jane Bunford yang berketinggian 2.41 m.
Zeng juga adalah satu-satunya wanita yang mempunyai ketinggian melebihi 2.4 m atau lebih.
Dia dilahirkan pada 26 Jun 1964 di Yuian, China. 4 bulan selepas kelahirannya, dia mula membesar dengan mendadak, dan pada usia 4 tahun, ketinggiannya sudah mencapai lebih daripada 1.5 m.
Secara purata, ketinggiannya bertambah sebanyak 13 cm setiap tahun. Pada usia 15 tahun, dia sudah mampu mengangkat sebuah batu seberat 50 kg, dan tidur di atas sebuah katil khas sepanjang 2.5 m.
Zhen kemudiannya dikesan menghidapi penyakit tumor pituitari, dan juga penyakit kencing manis, yang menjadi penyebab kematiannya pada usia 17 tahun di Hunan.
Beberapa hari sebelum kematiannya, ketinggiannya direkodkan pada 2.48 m. Kematiannya mungkin lebih tinggi daripada itu kerana ketika hari-hari akhirnya, dia tidak mampu berdiri tegak kerana tulang belakang bengkok.
3. John Rogan
Sumber Foto: lifedaily.com
John Rogan adalah manusia kedua tertinggi yang pernah hidup. Dia dilahirkan di Tennessee antara tahun 1865 dan 1868 (tahun sebenar tidak diketahui).
Ketika kanak-kanak, dia mempunyai saiz badan yang normal, namun ketika berusia 13 tahun, dia mula membesar dengan mendadak.
Walaubagaimanapun, tumbesaran yang pantas menyebabkannya menghidapi penyakit ankylosis (kekakuan sendi) yang serius, menyebabkannya mengalami kesukaran untuk berdiri mahupun berjalan.
Sehingga tahun 1899, ketinggiannya sudah mencapai 2.59 m, dan menjadi popular dalam kalangan masyarakat tempatan, dan dikenali sebagai 'Gergasi Negro'.
Terkenal dengan personaliti yang ramah dan suara yang garau, dia menyara dirinya dengan menjual potret dan poskad di stesen kereta api tempatan.
Dari segi saiz, John mempunyai tangan sepanjang 28 cm, dan kaki sepanjang 33 cm. Ketika kematiannya pada September 1905, ketinggiannya diukur sepanjang 2.67 m, dengan berat pada hanya sekitar 80 kg.
Ketinggian yang diukur ini menjadi John sebagai manusia kedua tertinggi dalam sejarah, dan African American tertinggi yang pernah direkodkan.
2. Angus MacAskill
Sumber Foto: thehumanmarvels.com
Angus MacAskill dilahirkan di Hebrides, Scotland pada tahun 1825. Menurut sumber sejarah, dia dilahirkan sebagai seorang bayi yang normal, dan membesar menjadi kanak-kanak dengan saiz yang normal juga.
Namun, apabila mencapai baligh, dia mula membesar dengan pantas dan pada usia 24 tahun, ketinggiannya sudah mencapai 2.36 m. Ketika usia dewasa, dia dikatakan mempunyai berat sekitar 230 kg.
Lebar tangannya adalah lebih kurang 20 cm dan panjang melebihi 30 cm dan kasutnya sepanjang 44 cm.
MacAskill terkenal dengan kekuatannya. Dia dikatakan mampu mengangkat sauh kapal seberat 1300 kg ke ketinggian bahu, dan dengan mudah membawa tong arak di bawah lengannya.
Pada tahun 1849, dia mula bekerja untuk sebuah syarikat sarkas iaitu P.T. Barnum, dan melakukan tour bersama majikan ke Caribbean pada tahun 1853. Dia kerap kali muncul bersama Tom Thumb, seorang manusia kerdil dengan ketinggian 102 cm.
Pada tahun 1856, ketika melakukan pertunjukan mengangkat sauh kapal, tangannya patah apabila sebahagian bahunya tersangkut dengan bahagian cangkuk sauh, menamatkan kariernya.
Pada 8 Ogos 1863, MacAskill meninggal dunia selepas jatuh sakit selama seminggu. Sebab kematian tidak diketahui, kemungkinan besar disebabkan meningitis.
1. Robert Wadlow
Sumber Foto: twitter.com
Robert Pershing Wadlow, atau dikenali sebagai 'the Giant of Illinois' dalam kalangan masyarakat tempatan adalah manusia paling tinggi di dunia yang pernah direkodkan.
Robert adalah anak sulung daripada 5 beradik bagi pasangan Addie Johnson dan Harold Wadlow. Beliau dilahirkan pada 22 Februari 1918 di Alton, Illinois. Beberapa bulan selepas kelahirannya, dia telah dikesan menghidapi penyakit gigantisme.
Gigantisme adalah sejenis penyakit genetik yang sangat jarang berlaku, dan selalunya adalah disebabkan penghasilan hormon tumbesaran yang berlebihan.
Ketika baru berusia 11 bulan dan masih bayi, ketinggiannya sudah mencapai 106 cm. Pada usia 6 tahun, beliau membesar lebih tinggi daripada kedua ibu bapanya dan mencapai ketinggian 200 cm pada usia 11 tahun.
Semasa di sekolah rendah, sebuah meja telah dibuat khas untuk dirinya kerana saiz yang terlalu besar, dengan berat sekitar 80 kg. Pada tahun 1936, selepas tamat pengajian sekolah menengah, tingginya sudah mencapai 2.55 m.
Saiznya yang tidak normal mula menunjukkan kesan negatif, di mana Robert terpaksa menggunakan alat bantuan khas untuk berjalan apabila dia tidak dapat merasakan kakinya lagi. Walaubagaimanapun, dia tidak pernah menggunakan kerusi roda.
Pada tahun 1940, Robert meninggal dunia akibat jangkitan parasit pada usia hanya 22 tahun. Kerandanya terpaksa ditempah khas, dengan saiz sepanjang 3 m dengan kira-kira 500 kg berat keseluruhan.
18 hari sebelum kematiannya, ketinggiannya diukur pada 2.72m, lebih tinggi daripada semua manusia yang pernah hidup. Saiz kasutnya adalah 37AA, paling besar di dunia.
Setahun sebelum kematiannya, iaitu pada usia 21 tahun, beratnya yang direkodkan adalah 223 kg.
Rujukan: