Setiap tahun, Mercer, salah sebuah firma perundingan terbesar di dunia akan mengeluarkan Indeks Kualiti Hidup yang memaparkan bandar-bandar di dunia bagi kualiti hidup terbaik. Ranking indeks ini merupakan antara kajian yang menyeluruh dan terbaik seumpamanya dan dijalankan setiap tahun untuk membantu syarikat-syarikat besar multinasional dan syarikat lain bagi memberi gaji yang setimpal dengan tempat di mana mereka dihantar. Untuk kali ini, London dan New York tiada dalam senarai ini.
Melihat kepada 450 bandar di seluruh dunia, Mercer mengambil kira metrik berikut bagi mencari bandar yang terbaik dari segi kualiti hidup:
BESARKAN TEKS A- A+
- Persekitaran politik dan sosial (kestabilan politik, jenayah, penguatkuasaan undang-undang)
- Persekitaran Ekonomi (peraturan mata wang pertukaran, perkhidmatan perbankan)
- Sosio-budaya persekitaran (ketersediaan media dan penapisan, had ke atas kebebasan peribadi)
- Pertimbangan perubatan dan kesihatan (bekalan dan perkhidmatan perubatan, berjangkit penyakit, kumbahan, pembuangan sisa, pencemaran udara)
- Sekolah dan pendidikan (standard dan ketersediaan sekolah antarabangsa)
- Perkhidmatan awam dan pengangkutan (elektrik, air, pengangkutan awam, kesesakan lalu lintas)
- Rekreasi (restoran, teater, panggung wayang, sukan dan rekreasi)
- Barangan pengguna (ketersediaan makanan / barangan setiap hari penggunaan, kereta)
- Perumahan (rumah sewa, perkakas rumah, perabot, perkhidmatan penyelenggaraan)
- Persekitaran Natural (iklim, rekod bencana alam)
Mercer telah membuat satu senarai 230 negara dan kali ini saya hendak berkongsi 20 bandar terbaik di dunia.
20. Stockholm, Sweden
Bandaraya ini dianggap sebagai salah satu tempat yang terbaik di dunia untuk kualiti hidup yang baik dari segi pekerjaan, kehidupan, keselamatan dan isu alam sekitar.
19. Hamburg, Jerman
Hamburg adalah bandar pelabuhan utama kedua terbesar di negara Jerman ini terletak di utara Jerman. Ia telah menjadi pusat media dan industri dan rumah kepada bank kedua tertua di dunia: Berenberg Bank
18. Ottawa, Kanada
Bandar ini dianggap bandar pendidikan di Kanada dengan penyelidikan yang pelbagai, pendidikan dan institusi budaya. Ia juga mempunyai kadar pengangguran yang rendah dan dianggap sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.
16. Torronto, Kanada (berkongsi dengan Melbourne)
Toronto adalah bandar kewangan Kanada dan juga merupakan bandar kepada CN Tower yang ikonik. Bandar ini juga menempatkan 5 bank terbesar di Kanada. Pada masa sekarang, bandar ini berkembang dalam dunia hiburan dan menjadi tuan rumah kepada Festival Filem Toronto terkenal setiap tahun.
16. Melbourne, Australia
Bandar di tepi laut ini dianggap sebagai salah satu tempat yang terbaik di dunia untuk pendidikan, penjagaan kesihatan, penyelidikan, dan pembangunan. Sektor pelancongan dan hiburan yang berkembang pesat juga menggalakkan pertumbuhan ekonomi untuk Melbourne.
15. Wellington, New Zealand
Bandar untuk negara yang terkenal dengan burung kiwi ini mendapat nilaian tinggi dari segi cuaca yang bagus. Ia adalah pusat politik negara New Zealand dan merupakan kawasan kedua paling ramai penduduk di New Zealand.
14. Bern, Switzerland
Bandar ini dianggap oleh Mercer sebagai negara kedua paling selamat di dunia. Ia kaya dengan pertanian serta industri tradisional, dan juga mempunyai kadar pengangguran yang rendah, menjadikannya tempat yang menarik untuk didiami. Sektor teknologi yang kian berkembang juga melahirkan pekerja berkemahiran tinggi.
13. Berlin, Jerman
Bandar ini dikira sebagai bandar yang mempunyai gabungan kualiti hidup yang bagus - dengan peluang yang baik dari bidang pekerjaan, standard yang tinggi untuk sektor perumahan, keselamatan diri, dan pelbagai aktiviti rekreasi.
12. Amsterdam, Netherlands
Ia adalah salah satu daripada pusat-pusat kewangan di Eropah dan juga terkenal dengan standard hidup yang tinggi dan disebut-sebut sebagai tempat kegemaran untuk syarikat bagi menempatkan semula syarikat mereka selepas isu Brexit tahun 2016. Bandar kosmopolitan ini menggabungkan kehidupan moden dengan suasana yang santai dan aktiviti rekreasi serta masa lapang yang menambah nilai hidup pekerja.
10. Sydney, Australia (berkongsi dengan Basel)
Bandar Sydney mewakili 7% daripada ekonomi negara Australia, dengan perkhidmatan kewangan dan industri kewangan merupakan syarikat terbesar dengan 22% daripada semua pekerja. Ditambah dengan alam semula jadi, cuaca, dan perkembangan budaya meningkatkan kualiti hidup di Sydney.
10. Basel, Switzerland
Bandar kecil ini hanya mempunyai rakyat sekitar 165,000 orang sahaja dan terletak di segi tiga sempadan antara Jerman, Perancis dan Switzerland, dan mempunyai persekitaran yang indah dan ekonomi yang kukuh.
9. Copenhagen, Denmark
Baru-baru ini, bandar Copenhagen telah digelar sebagai salah satu tempat yang paling gembira untuk hidup di bumi, dan tidak sukar mencari sebabnya. Berasal daripada sebuah perkampungan nelayan, Copenhagen telah berkembang menjadi bandar dengan pembangunan bandar dan budaya yang kuat dan terkenal dengan keseimbangan kerja dan hayatnya.
8. Geneva, Switzerland
Bandar ini dilihat sebagai salah satu pusat global untuk diplomasi dan rumah kepada beberapa orang yang terkaya di dunia. Ia sangat selamat dan penduduknya sangat berpelajaran.
7. Frankfurt, Jerman
Bandar perdagangan moden ini adalah rumah kepada beberapa pameran perdagangan paling terkenal di dunia, termasuk Frankfurt Motor Show. Ia juga merupakan tumpuan bagi perkhidmatan dan pekerja profesional.
6. Dusseldorf, Jerman
Bandar di barat Jerman ini dikenali dengan industri fesyen dan dunia seni dan hampir mendahului senarai dengan keseimbangan yang baik daripada 10 langkah penilaian Mercer.
5. Vancouver, Kanada
Bandar ini adalah antara bandar terpadat di Kanada dan mempunyai paling ramai etnik, dengan 52% daripada penduduknya mempunyai bahasa pertama yang mana ia adalah bukan bahasa Inggeris.
4. Munich, Jerman
Munich dianggap sebagai janakuasa bagi Negara Jerman dan seringkali menjadi bandar terbaik dari segi kualiti hidup pada senarai Mercer.
3. Auckland, New Zealand
Bandar ini mempunyai dua pelabuhan besar dan hampir mendahului senarai Mercer dengan ekonomi yang seimbang, persekitaran yang indah, dan tahap keselamatan peribadi yang terbaik.
2. Zurich, Switzerland
Bandar ini terkenal sebagai hab negara Switzerland dari segi ekonomi dan budaya. Zurich juga menjadi pilihan masyarakat seluruh dunia tidak kira mengikut senarai Mercer ataupun tidak, Zurich adalah merupakan bandar terbaik untuk hidup di dunia.
1. Vienna, Austria
Bandar ini mendahului kedudukan buat kali ketujuh berturut-turut. Vienna terletak di timur Sungai Danube merupakan bandar ketujuh terbesar di Kesatuan Eropah dan kaya dengan budaya.
Dalam senarai di atas, negara manakah anda sudah pergi?