Oleh pada 07 Jan 2018 kategori

6 ramalan menakutkan nostradamus untuk tahun 2018

Sumber foto: Getty Images

Nostradamus dilahirkan sebagai Michel de Nostredame di Perancis pada abad ke-16. Beliau amat dikenali dengan keupayaan luar biasa untuk meramal peristiwa pada masa hadapan. Beliau mempunyai penyokong di kalangan masyarakat Perancis peringkat tertinggi. Antaranya termasuk Catherine de Medici yang sering digelar sebagai wanita paling berkuasa dalam sejarah Perancis.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Nostradamus bekerja dengan apa yang disebut sebagai "naluri semula jadi" dan "keghairahan puitis". Beliau memakai mahkota laurel dan cincin batu biru langit. Beliau juga menyusun beratus-ratus sajak caturlarik yang mencampurkan astrologi, ramalan, puisi melankolis, sihir dan sejarah.

Sepanjang abad ke-16, Nostradamus menjadi semakin masyhur kerana berjaya meramalkan kedatangan Napoleon, kejatuhan Adolf Hitler, pengeboman Hiroshima, kedatangan "Kennedy brothers", kematian Puteri Diana, Puteri Wales, serangan 11 September dan ratusan peristiwa penting yang lain.

Bagaimana pula dengan ramalan Nostradamus untuk tahun 2018? Mari kami dedahkan.

1. Letusan dahsyat Gunung Vesuvius

letusan dahsyat gunung vesuvius

Sumber foto: entertales.com

Untuk tahun 2018, Nostradamus meramalkan bencana letusan gunung berapi yang mengerikan, iaitu Gunung Vesuvius di Itali. Seperti yang pernah disebut, sebuah letusan gunung berapi yang besar akan menggoncang bumi "setiap 5 minit" dan membunuh antara 100,000 hingga sejuta orang.

Terdapat kebenaran di sebalik ramalan ini kerana ramai ahli geologi dan volkanologi dari Itali baru-baru ini menyatakan bahawa Gunung Vesuvius adalah lebih daripada sekadar sebuah gunung berapi yang aktif. Kedua-dua letusan yang berlaku pada 24 Ogos 79 Tahun Masihi dan 16 Disember 1631 adalah yang terburuk setakat ini. Suatu letusan besar dijangka berlaku pada akhir tahun 2018, sekaligus menjadi letusan terburuk dalam sejarah bagi gunung berapi tersebut. 

Menurut Nostradamus, gempa bumi yang amat kuat turut dijangka melanda banyak kawasan. China merupakan salah sebuah negara yang akan terjejas teruk dan menyebabkan ribuan kematian. Ketika musim sejuk, lingkaran gunung berapi Pasifik akan merekodkan sebuah aktiviti luar biasa, yang mengakibatkan beberapa siri gempa bumi dan tiga buah letusan gunung berapi.

2. Keruntuhan ekonomi

keruntuhan ekonomi

Sumber foto: content.pk

Bencana alam dan peperangan sememangnya menjejaskan sektor perniagaan. Nostradamus menyaksikan ekonomi bergolak secara menyeluruh, dimana "orang kaya akan mati berkali-kali". Ramalan ini sudah mula terlaksana. Ramai ahli ekonomi telah memberi amaran supaya kita bersedia dengan kejatuhan harga minyak global, makanan dan kewangan.

Menurut kajian saintifik terbaru, dunia tidak lama lagi bakal menghadapi krisis minyak dan kewangan lain. Krisis kewangan Amerika Syarikat (AS) adalah amat meyakinkan. Punca pesimisme ini adalah mudah dan jelas, iaitu hutang. Sementara itu, Donald Trump menghadapi krisis politik dalaman yang boleh membahayakan kedudukannya selaku presiden AS.

Ia hampir menamatkan pemotongan fiskal yang telah menggalakkan prestasi indeks Dow Jones dan mencatat rekod pada tahun lepas. Walaupun jika beliau terselamat dalam penyiasatan Russiagate, saham politik Trump telah terjejas teruk. Ini bermakna beliau menghadapi risiko gagal mendapatkan potongan cukai sebelum melancarkan penyiasatan kongres.

Kegagalan pada bidang ini dapat mendeflasikan pasaran saham dan pelaburan korporat. Situasi ini mencetuskan panik dalam kalangan masyarakat  dan kemelesetan yang lain. Lebih buruk lagi, semua masalah ini mungkin berlaku lebih awal dari yang dijangkakan. Krisis kewangan pada tahun 2018 adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan.

3. Perang dunia ketiga

perang dunia ketiga

Sumber foto: Getty Images

Nostradamus mungkin meramal perkara ini dengan tepat, jika Rusia dan Amerika Syarikat (AS) tidak menghentikan hasutan perang mereka. Menurut Nostradamus, sebuah perang akan bermula antara kuasa-kuasa besar dunia. China, Russia dan Korea Utara akan memulakan perang dunia ketiga terhadap AS, dalam masa tiga bulan selepas Eropah menutup sempadannya kerana krisis migran.

Ramalan ini seolah-olah sangat kuat, dimana perang mulut antara Korea Utara dan AS boleh mendorong rantau ini lebih dekat kepada ambang konflik secara tidak sengaja. Menteri Luar Korea Utara, Ri Yong Ho mengumumkan bahawa Donald Trump telah "mengisytiharkan perang" terhadap negaranya dengan menulis tweet bahawa Korea Utara "tidak akan wujud lebih lama lagi." Tafsiran Ri tentang tweet Trump itu kemudiannya ditolak secara terang-terangan oleh White House pada hari itu.

Dalam konteks yang sama, presiden Rusia, Vladimir Putin menyatakan bahawa Rusia mempunyai lebih banyak alasan daripada kebanyakan negara yang dibimbangi oleh program peluru berpandu Pyongyang. Pelbagai ujian nuklear Korea Utara terletak hanya 200 kilometer dari sempadan Rusia.

Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe dan Donald Trump telah bersetuju untuk bertindak tegas terhadap Korea Utara. Pada tahun lepas, Korea Utara telah melancarkan dua peluru berpandu ke atas Jepun dan menjalankan ujian nuklear keenamnya. Ini mungkin mempercepatkan tujuan mereka untuk membangunkan sebuah peluru berpandu nuklear yang mampu membedil tanah besar AS.

4. Asteroid gergasi bakal melanggar bumi

asteroid gergasi bakal melanggar bumi

Sumber foto: Andrezj Wojcicki, Science Photo Library / Getty

Sebuah asteroid gergasi diramalkan akan melanggar bumi pada tahun ini dan menyebabkan kemusnahan besar. NASA sentiasa memantau angkasa untuk mencari asteroid yang menimbulkan ancaman kepada Bumi. Ron Baalke, seorang saintis di Jet Propulsion Lab milik agensi persekutuan baru-baru ini meluangkan masa untuk menunjukkan 5 asteroid yang diawasi secara khusus oleh NASA sepanjang tahun depan.

Namun, buat masa sekarang, kesemua asteroid ini dijangka muncul sebentar dengan jarak agak dekat, tetapi tidak menimbulkan sebarang ancaman. Asteroid utama yang dimaksudkan Nostradamus adalah batu angkasa gergasi, 101955 Bennu yang ditemui pada tahun 1999. Ia mempunyai diameter 1600 kaki dan mengorbit Matahari setiap 6 tahun, dengan kelajuan 63 ratus ribu batu per jam.

Para saintis dari NASA telah mengumumkan rancangan untuk mengkaji asteroid besar itu yang dikhuatiri akan berlanggar dengan bumi satu hari nanti. Terdapat kemungkinan berlakunya malapetaka di seluruh muka bumi. Menurut kiraan, jika Bennu melanda bumi, ia akan melepaskan tenaga bersamaan dengan 3 bilion tan bahan letupan kuat, atau 200 bom Hiroshima. Biarpun asteroid dan komet jarang menghentam Bumi, peluang untuk ia berlaku sentiasa ada.

5. Kemajuan komunikasi antara manusia dan haiwan

kemajuan komunikasi antara manusia dan haiwan

Sumber foto: magzter.com

Sepanjang perjalanan Nostradamus sebagai seorang peramal yang kuat dan jelas, beliau pernah membayangkan suatu dunia dimana manusia dan haiwan akan menemui komunikasi baru melalui bahasa. Tahun 2018 dilihat sebagai permulaan untuk ianya membuahkan hasil.

Ramalan ini kelihatan munasabah kerana para saintis sudah membuat sistem untuk membantu manusia dan dolfin berkomunikasi. Selain itu, terdapat juga sensor yang mengawasi kuda dan menyiarkan mana-mana yang bakal tempang. Menurut Profesor Con Slobodchikoff, seorang ahli behaviourisme haiwan dan penyelidik yang telah berkhidmat selama lebih dari 30 tahun, kemanusiaan semakin kian menghampiri keadaan dimana komputer akan menjadi pengantara komunikasi manusia dengan haiwan.

Slobodchikoff dan pasukannya sedang membangunkan teknologi baru, dimana kita sebenarnya boleh berkomunikasi antara satu sama lain dengan haiwan, menggunakan bahasa haiwan yang asas untuk anjing, kucing, haiwan ternakan dan mungkin juga singa dan harimau.

6. Jangka hayat manusia adalah lebih 200 tahun

jangka hayat manusia adalah lebih 200 tahun

Sumber foto: thenortheasttoday.com

Mengikut ramalan Nostradamus, 2018 menjadi tahun permulaan dimana manusia dijangka hidup sehingga sekurang-kurangnya usia 200 tahun. Kemajuan perubatan meningkatkan jangka hayat manusia. Seorang lelaki berumur 80 tahun akan kelihatan sama seperti berusia 50 tahun.

Ramalan ini sebenarnya telah pun menjadi kenyataan. Jangka hayat penduduk negara-negara maju telah meningkat kepada purata lebih dari 80 tahun. Bilangan lelaki dan perempuan berusia 100 tahun yang masih aktif juga adalah mengejutkan. Menurut Nostradamus, penuaan bukanlah suatu fakta kehidupan yang tidak dapat dielakkan.

Bahkan, banyak haiwan telah menemui cara untuk menangguhkan kematian. Petunjuk ini dapat membantu manusia menikmati kehidupan yang lebih lama dan sihat. Sebagai contoh, ikan paus dianggarkan hidup sekurang-kurangnya 150 tahun, dan mungkin sehingga 210 tahun.

Penganut futurisme seperti Aubrey DeGrey mengatakan bahawa dengan terhapusnya hanya beberapa penyakit dan wujudnya rawatan baru untuk penuaan, jangka hayat manusia boleh dipanjangkan sehingga 1,000 tahun. Dengan kajian tentang ikan paus dan makhluk-makhluk lain yang hidup dengan sangat lama, de Magalhaes dan rakan-rakannya berharap manusia dapat mencari ubat-ubatan baru yang akan memperlahankan kerosakan tubuh manusia dan melewatkan kematian. Dengan ini, ia mungkin memberi manfaat yang belum pernah berlaku kepada manusia.

Rujukan:

1.    Youtube The Future Revealed!

2.    History

3.    Windows To The Universe




Hakcipta iluminasi.com (2017)