Kenderaan dengan transmisi automatik sangat digemari terutama untuk mereka yang baru mula memandu dan wanita.
Ia mudah dipandu dan tidak memerlukan kemahiran yang tinggi.
Namun, masih ramai yang tidak menggunakannya dengan cara yang betul dan baik. Beberapa tabiat buruk sesetengah pemandu sebenarnya boleh merosakkan transmisi automatik dengan lebih pantas.
BESARKAN TEKS A- A+
Akibatnya, anda perlu sediakan wang yang tinggi untuk penggantian transmisi.
iluminasi.com kongsikan 6 perkara yang anda tak patut lakukan jika memandu kereta transmisi automatik.
1. Jangan biarkan gear di "D" jika duduk lama dalam kereta
Membiarkan kereta anda dalam transmisi "D" apabila anda hanya duduk di dalam kereta untuk masa yang sangat lama boleh merosakkan transmisi automatik kerana terlalu panas.
Dalam kes ini, lebih baik untuk anda mematikan kereta atau memasukkan gear ke mod "P". Walaupun situasi ini agak pelik, tapi percayalah perkara ini berlaku contohnya seperti berhenti di parking untuk menunggu orang, ada yang tidak menukarkan ke mod "P" dan cuma menekan pedal brek sambil menunggu.
2. Jangan gunakan gear "N" ketika turun bukit
Anda mungkin beranggapan bahawa ia akan menjimatkan minyak anda, tetapi ia adalah sebaliknya. Meletakkan kereta anda dalam transmisi "N" ketika menuruni bukit sebenarnya membahayakan nyawa anda.
Ia mengurangkan keupayaan mengawal kenderaan dan mampu membuatkan anda kemalangan. Malah, ia boleh merosakkan transmisi yang mana memakan kos yang mahal untuk dibaiki.
3. Jangan gunakan gear "N" ketika terperangkap dalam kesesakan (yang bergerak perlahan)
Semua orang yang memandu di bandar besar berhadapan dengan kesesakan lalu lintas. Ia sangat menjengkelkan dan membazirkan masa serta wang.
Tapi ia juga merupakan satu kesilapan besar dan boleh menyebabkan kerosakan tambahan kepada transmisi jika anda terlalu kerap menggunakan gear neutral.
Ada pemandu di luar sana yang kerap menukarkan gear ke mod N ketika kesesakan yang bergerak perlahan semata-mata untuk menjimatkan minyak.
4. Jangan tukar ke gear "P" sebelum kereta berhenti sepenuhnya
Sesetengah kereta tidak membolehkan anda melakukan perkara ini. Dan jika anda lakukannya, ia sangat berbahaya dan berkemungkinan besar akan merosakkan pin yang digunakan dalam membuatkan transmisi berfungsi.
Jadi apabila anda ingin parkir, jangan terburu-buru dan pastikan kenderaan anda berhenti sepenuhnya sebelum memasukkan gear "P".
5. Jangan biarkan air masuk ke dalam transmisi
Berhati-hati dengan cecair atau minuman. Walaupun cecair atau air dalam jumlah yang sedikit sahaja mampu membuatkan anda harus menukar transmisi kenderaan.
Jadi jika anda ingin minum dalam kenderaan, pastikan ia tidak tertumpah.
6. Elakkan daripada membiarkan minyak kerap di tahap minimum
Anda harus memastikan tangki minyak anda tidak kurang dari 1/4 penuh. Dan ada beberapa sebab untuk perkara ini.
Pertama, tolok ukur bahan api tidak selalu tepat dan kereta anda boleh berhenti lebih awal dari yang anda harapkan kerana kekurangan minyak.
Kedua, tahap minyak yang rendah boleh merosakkan kereta anda kerana bahan api mengekalkan semua butiran dalaman sentiasa dilincirkan. Ini amat penting untuk kereta dengan transmisi automatik.