Oleh pada 09 Jun 2018 kategori

Setelah 28 tahun lamanya sejak kali terakhir England berjaya sampai ke peringat separuh akhir Piala dunia, pasukan yang digelar The Three Lions ini hanya memenangi perlawanan kalah mati sebanyak dua kali - menewaskan Denmark pada 2002 dan juga Ecuador pada 2006.

Malah dalam edisi Piala Dunia yang terakhir, pasukan England tidak berjaya melepasi peringkat kumpulan dan kini jangkaan terhadap pasukan mereka adalah rendah. Ironiknya, ia mungkin dapat membantu mengurangkan tekanan kepada pemain-pemain mereka.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Mungkin England boleh belajar sesuatu daripada 6 negara berikut yang tidak dinafikan secara tidak disangka mampu sampai ke separuh akhir Piala Dunia sejak kali terakhir pasukan Inggeris ini berjaya melakukannya.

1. Uruguay

forlan memenangi anugerah bola emas pada tahun 2010

Walaupun pernah muncul sebagai pemenang dalam dua edisi Piala Dunia, rekod terbaik Uruguay muncul pada 2010, dengan hanya pada Piala Dunia 2002 menjadi persembahan terburuk mereka di mana mereka tersingkir pada peringkat kumpulan.

Di Afrika Selatan, segalanya serba menjadi buat mereka, dengan diketuai oleh penyerang prolifik Diego Forlan, yang menamatkan kejohanan dengan muncul sebagai pemenang bola emas, anugerah bagi pemain terbaik kejohanan.

Uruguay diletakkan dalam kumpulan yang boleh dikatakan sukar, bersama pasukan tuan rumah Afrika Selatan, Mexico dan juga Perancis, kemudian berjaya melepasi Korea Selatan dan juga Ghana dalam laluan mereka ke separuh akhir. Hanya kekalahan 3-2 di tangan Belanda menafikan peluang mereka untuk bermain di perlawanan akhir.

5. Bulgaria

bulgaria suatu ketika dahulu pasukan yang disegani

Generasi Emas pasukan kebangsaan Bulgaria pada tahun 1994 menyanjung penyerang Barcelona Hristo Stoichkov yang pulang dari kejohanan di Amerika dengan berkongsi anugerah Kasut Emas apabila menjaringkan enam gol - dan memenangi anugerah Ballon d'Or pada penghujung tahun yang sama. 

Antara saat yang bersejarah dalam laluan mereka untuk ke peringkat empat pasukan terbaik adalah ketika perlawanan suku akhir menentang juara bertahan Jerman, apabila Yordan Letckov menjaringkan gol melalui tandukan terbang.

Stoichkov, Letchkov dan rakan-rakan mereka melepasi peringkat kumpulan setelah menewaskan Greece dan Argentina, seterusnya menyingkirkan Mexico pada peringkat 16 pasukan terbaik. Impian Piala dunia mereka akhirnya dimusnahkan oleh dua gol jaringan pemain Itali, Roberto Baggio.

4. Sweden

brolin menampilkan permainan mantap untuk sweden

Sama seperti Bulgaria, Generasi Emas pasukan Sweden turut berjaya menempatkan diri pada perlawanan separuh akhir pada tahun 1994. Malah mereka sebenarnya sudah hampir ke perlawanan akhir, namun akhirnya dikecewakan oleh gol saat akhir pasukan Brazil oleh Romario

Pasukan Sweden mula membina pasukan yang mengagumkan sejak kejohanan Euro 1992 di mana mereka berjaya ke separuh akhir di tanah air sendiri dan melepasi peringkat kumpulan Piala Dunia apabila seri menentang Brazil dan juga pasukan yang liat iaitu Cameroon, dan kemenangan ke atas Rusia.

Selain pemain-pemain yang agak kurang menyerlah di Liga Perdana Inggeris seperti Tomas Brolin dan Martin Dahlin, pasukan Sweden ketika itu turut menampilkan pemain muda Henrik Larsson yang bermain dalam kejohanan besar pertamanya.

3.  Turki 

pasukan turki yang hingga kini masih belum dapat ditandingi generasi muda

Ketika Turkey berjaya layak ke kejohanan Euro 1996, mereka sebelum itu tidak pernah berjaya menyertai kejohanan utama antarabangsa  sejak Piala Dunia 1954 dan turut berakhir dengan kekecewaan apabila mengalami tiga kekalahan dan tiada sebarang jaringan gol. Empat tahun kemudian, mereka berjaya layak ke suku akhir Euro 2000.

Ketika Piala Dunia 2002 hampir bermula, Generasi Emas pasukan Turki ketika itu adalah antara yang terbaik di Eropah - dimana dua tahun sebelum itu, pasukan Galatasaray yang menampilkan kebanyakan pemain kebangsaan berjaya memenangi Piala UEFA.

Di kejohanan yang diadakan di Jepun/Korea, Turki seri menentang Costa Rica dan menewaskan China untuk mara ke peringkat kalah mati, yang menyaksikan kemenangan ke atas Jepun dan Senegal membawa mereka ke separuh akhir.

2. Korea Selatan

ahn hung hwan muncul wira menewaskan itali

Lauan Korea Selatan ke perlawanan separuh akhir Piala Dunia 2002 di tanah air mereka adalah satu daripada kenangan yang sangat terkenal dan manis pada kejohanan tersebut, dengan kemenangan yang menjadi bualan ramai ke atas Itali dan Sepanyol pada peringkat kalah mati yang dicemari dengan beberapa keputusan kontroversi dari pengadil.

Pasukan mereka sebelum itu berjaya layak ke lima edisi Piala Dunia sejak 1954, namun tidak pernah memenangi walau satu perlawanan sebelum tahun 2002. Kejayaan pada perlawanan pembukaan peringkat kumpulan ke atas Poland adalah kemenangan pertama mereka dalam 15 cubaan.

Dengan mengenepikan keputusan pengadil yang dilihat sebagai berat sebelah, kecergasan pemain Korea Selatan yang menakjubkan dan fokus kepada bakat-bakat baru mengatasi pemain-pemain senior oleh pengurus mereka Guus Hiddink adalah antara kunci utama kejayaan pasukan ini.

1. Croatia

davor suker merangkul anugerah kasut emas 1998

Hanya tiga tahun selepas Perang Kemerdekaan Croatia tamat secara rasmi, pasukan kebangsaan Croatia, yang hanya disenaraikan di bawah badan induk FIFA pada tahun 1992 ketika konflik masih berlaku, berjaya sampai ke perlawanan separuh akhir dan menamatkan kejohanan di tempat ketiga pada Piala Dunia 1998 di Perancis.

Pasukan ini dikuatkan dengan gol-gol jaringan Davor Suker, yang menamatkan kejohanan dengan anugerah Kasut Emas, dan turut menampilkan persembahan yang lebih baik dari kemunculan mereka di suku akhir Euro 1996.

Croatia menamtakan peringkat kumpulan di tempat kedua di belakang Argentina, dan bertemu dengan Romania pada peringkat 16 pasukan terbaik. Saat paling indah mereka hadir dalm persembahan mereka ketika menumbangkan Jerman 3-0 pada peringkat suku akhir, sementara pemenang kejohanan iaitu Perancis turut satu ketika ketinggalan sebelum bangkit menumpaskan mereka pada perlawanan separuh akhir.

Pada Piala Dunia 2018 yang hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum sepak mula, adakah kita dapat menyaksikan ada lagi kejutan daripada pasukan-pasukan yang digelar 'underdog' ini ataupun pasukan-pasukan yang lebih besar mendominasi secara keseluruhan? Sama-sama kita nantikannya!

Rujukan: 90min

Rujukan video: You Tube




Hakcipta iluminasi.com (2017)