Usia adalah salah satu nikmat dan rezeki yang tak ternilai. Ada yang melihat umur panjang itu sebagai kelebihan tetapi ada juga yang melihatkannya sebagai keburukan, berbeza mengikut pandangan masing-masing.

Dan apa yang berlawanan dengan usia sudah tentu kematian.

Kematian tidak mengenal usia kerana banyak bayi yang baru lahir menemui ajal manakala terdapat manusia yang hidup melebihi seratus tahun, walaupun di zaman moden ini yang mana merupakan sesuatu yang jarang berlaku.

BESARKAN TEKS     A-  A+

iluminasi.com kongsikan 6 manusia zaman moden yang paling lama hidup di atas muka Bumi. Apa yang menariknya adalah kesemua daripada mereka, adalah wanita!

6. María Capovilla - 116 tahun 347 hari (Ecuador)

mar a capovilla

Apabila María Capovilla meninggal dunia di Guayaquil, Ecuador, dia adalah orang yang terakhir yang dilahirkan pada tahun 1880-an dan yang paling lama hidup dari negara membangun.

Dia juga merupakan orang yang paling tua dari bahagian selatan Bumi. María tidak pernah merokok atau minum alkohol dan berada dalam keadaan baik sehingga sebelum kematiannya.

5. Marie-Louise Meilleur - 117 tahun 230 hari (Kanada)

marie louise meilleur

Warga Kanada dari Quebec, Marie-Louise Meilleur adalah anak perempuan seorang nelayan yang hidup hampir 118 tahun.

Sepanjang hayatnya, dia berkahwin sebanyak dua kali dan mempunyai sepuluh orang anak.

Marie berhenti merokok pada usia 90 tahun dan mengatakan bahawa kerja keras adalah rahsia kepada umurnya yang panjang.

4. Lucy Hannah - 117 tahun 248 hari (Amerika Syarikat)

lucy hannah

Lucy Hannah dilahirkan di Alabama dan meninggal dunia di Detroit. Keluarga Lucy sememangnya panjang umur di mana ibunya hidup selama 99 tahun dan 2 daripada adik beradik perempuannya melebihi 100 tahun.

Lucy merupakan orang Afrika-Amerika tertua yang pernah hidup dan ibu bapanya dilahirkan dalam keluarga hamba.

Keluarga itu berpindah dari Selatan Amerika Syarikat ke Detroit untuk melarikan diri dari penganiayaan kaum.

3. Sarah Knauss - 119 tahun 97 hari (Amerika Syarikat)

sarah knauss

Apabila Sarah Knauss diberitahu bahawa dia telah menjadi orang yang paling tua di dunia, dia menjawab dengan jawapan yang agak kelakar, iaitu "Jadi?".

Dia menghabiskan hidupnya di Pennsylvania, Amerika Syarikat dan berada dalam keadaan baik selain daripada pekak. Dia meninggal dunia sehari sebelum dunia memasuki abad ke-21.

Ketika masih hidup, Sarah mampu mengingati ketika mana Patung Liberty dibina.

2. Tok Puan - 121 tahun 16 hari (Malaysia)

tok puan

Menurut sumber, manusia zaman moden yang hidup kedua paling lama di dunia adalah Puan Binti Ahmad atau dikenali sebagai Tok Puan. Malah, beliau adalah manusia paling lama pernah hidup di Malaysia.

Tok Puan dilahirkan pada 12 April 1896 di Kodiang, Kedah dan pernah berkahwin sebanyak 6 kali.

Menurut Tok Puan, rahsia umurnya yang panjang dan kesihatan yang baik adalah daripada amalan memakan ulam-ulaman sejak kecil.

Beliau memiliki 4 orang anak, 19 orang cucu dan 47 orang cicit.

Berlaku kekeliruan di mana nombor kad pengenalan Tok Puan bermula dengan nombor 96 yang mewakili tahun, membuatkan beliau kelihatan seperti lahir pada tahun 1996.

1. Jeanne Calment - 122 tahun 164 hari (Perancis)

jeanne calment

Manusia paling tua yang pernah hidup di zaman moden dengan perbezaan setahun adalah wanita Perancis bernama Jeanne Calment.

Jeanne gemar meraikan ulangtahun kelahirannya dengan segelas champagne, mengabaikan nasihat doktor untuk berhenti minum alkohol, merokok dan makan makanan diperkaya.

Menurut Jeanne, dia hidup lama kerana bergantung begitu kuat pada coklat, minyak zaitun, rokok dan wain merah yang murah.

Pada usia 120 tahun, Jeanne menghasilkan rakaman funk-rap yang diberi tajuk "Mistress of Time".

Jeanne Calment masih mengingati memori ketika mana dia membantu ayahnya di kedai ketika kecil, di mana dia melayani Vincent van Gogh yang datang untuk membeli cat.




Hakcipta iluminasi.com (2017)