Sejak penciptaan enjin stim pertama, kereta api telah mengalami revolusi yang sangat menakjubkan. Ia menjadi antara salah satu pengangkutan terpenting dan paling efisyen di dunia.

Terdapat pelbagai jenis dan bentuk kereta api di seluruh dunia dan masing-masing mempunyai tujuan serta kelebihan tersendiri.

iluminasi.com kongsikan 6 kereta api paling pelik dan menarik pernah dicipta.

BESARKAN TEKS     A-  A+

6. Aérotrain

a rotrain kereta api paling pelik di dunia

Kenderaan berlandaskan kusyen ini tidak pernah mencapai tahap pengeluaran komersial. Aérotrain dibuat di Perancis dari tahun 1965 hingga 1977 dan dipanggil kereta api hover.

Penciptaannya bertujuan untuk mengubah pengangkutan kereta api awam di Perancis. Untuk mengelakkan sebarang rintangan, kereta api ini bergerak di atas udara.

Ia boleh melakukan perjalanan yang luar biasa tanpa sebarang kerumitan dan perbelanjaan yang tinggi.

Aérotrain dibangunkan lebih seperti pesawat berbanding kereta api. Disebabkan kagum dengan konsep ini, industri Rohr di AS amat kagum dengan konsep ini dan mereka menggunapakai teknologi itu pada tahun 1969.

Prototaip terakhir yang dipanggil Aerotrain 180 mencipta rekod dunia pada tahun 1979 dengan kelajuan 418 kmh dan kelajuan maksimum 430 kmh. 

5. Bennie Railplane

Bennie Railplane adalah sejenis kereta api yang dicipta oleh George Bennie.

Ia bergerak di atas trek "tergantung" dan dipandu ke hadapan oleh kipas.

George membina trek percubaan sejauh 229 meter dengan kereta api tunggal sebagai demo.

Hasratnya adalah untuk membuatkan kereta api ini berfungsi di atas trek biasa. Ia boleh mencapai kelajuan 193 kmh dan menawarkan pilihan yang pantas bagi perkhidmatan surat dan barangan mudah rosak.

4. M-497 Black Beetle

m 497 black beetle

M-497 yang juga dikenali sebagai Black Beetle adalah kereta api eksperimen yang dikuasakan oleh enjin jet.

Ia dibangunkan dan diuji di Amerika Syarikat pada tahun 1966, menggunakan dua enjin jet GE J47-19.

Percubaan yang dilakukan berjaya dan kereta api ini kelajuan mencapai 296 kmh. Rekod ini masih kekal di Amerika Syarikat pada hari ini untuk kategori kereta api.

Walaupun ia murah untuk dibina dan berfungsi dengan baik, projek itu tidak dianggap sebagai projek komersil berdaya maju.

Black Beetle terus berkhidmat di Penn Central walaupun selepas enjin jetnya dikeluarkan sehingga ia bersara pada tahun 1977.

3. Wagonway

wagonway kereta api paling pelik

Kereta api ini terdiri daripada kereta api di trek yang ditarik oleh kuda. Kereta api ini wujud sebelum kereta api berkuasa stim.

Kelebihannya adalah keupayaan untuk mengangkut beban besar dengan jumlah kuda yang sama.

Sehingga permulaan revolusi perindustrian, tren ini berjalan di atas landasan yang diperbuat dari kayu. Kemudiannya, penambahan sekeping besi yang rata di trek menjadi satu perkara biasa.

Ini menyebabkan penggelek kayu haus dengan lebih cepat dan akhirnya digantikan dengan roda besi.

Walaubagaimanapun, rel kayu tidak cukup stabil dan ia akan tergelincir disebabkan oleh gerabak. Oleh itu, keseluruhan landasan keretapi diganti dengan besi.

2. Brennan Monorail

brennan monorail kereta api paling pelik

Monorel Brenna adalah monorel yang distabilkan secara gyro yang menggunakan rel tunggal. Monorel ini dibina ke skala penuh dan ia berfungsi dengan sempurna pada awal abad ke-20.

Rel yang sama telah dibangunkan di Amerika Syarikat pada tahun 1962. Walau bagaimanapun, ia tidak pernah mencapai pengeluaran komersial.

Kelebihan yang dimiliki monorel ini adalah mampu mengatasi had kelajuan di selekoh tajam, namun ia juga perlu dikuasakan oleh giroskop untuk kekal tegak.

1. Schienenzeppelin

schienenzeppelin kereta api paling pelik

Juga dikenali sebagai kereta api zeppelin, ia merupakan sebuah kereta api eksperimen yang kelihatan seperti pesawat udara Zeppelin.

Schienenzeppelin digerakkan menggunakan kipas pusar di bahagian belakang dan boleh mencapai kelajuan 230 kmh.

Kelajuan ini mencipta rekod dunia kelajuan darat untuk kereta api dikuasakan petrol.

Ia mula dibina pada 1930 di Hannover-Leinhausen dengan ukuran panjangnya 25.85 meter dan tinggi 2.8 meter.

schienenzeppelin kereta api paling pelik 2

Schienenzeppelin pada asalnya dibina menggunakan 2 enjin pesawat petrol BMW IV 6 silinder.

Hanya satu unit sahaja yang dihasilkan dan disebabkan oleh kebimbangan keselamatan, ia telah dirombak pada tahun 1939.

Rujukan:

1. Wired

2. Engine Journal

3. History of Railroad




Hakcipta iluminasi.com (2017)