Adalah menjadi satu lumrah di mana manusia tertarik dengan alam semula jadi, membuatkan kita cenderung untuk melakukan aktiviti luar dan menikmati keindahan alam.
Antara aktiviti tersebut sudah tentu termasuk yang agak ekstrem seperti mendaki gunung berapi aktif. Tak ramai yang berani melakukan aktiviti ini kerana bimbangkan keselamatan diri.
Namun, sesetengah orang merasakan bahawa mendaki gunung berapi aktif adalah sesuatu yang mencabar, sehinggalah mereka terjatuh ke dalamnya, menjadi satu mimpi ngeri bagi pendaki-pendaki lain.
BESARKAN TEKS A- A+
iluminasi.com kongsikan 6 kisah ngeri individu jatuh ke dalam gunung berapi aktif.
6. Cecilia Cheng Siu-Yan
Gunung Berapi Nyiragongo terletak di Taman Nasional Virunga di Republik Demokratik Kongo, Afrika.
Pada tahun 2007, seorang wanita berusia 33 tahun dari Hong Kong bernama Cecilia Cheng Siu-yan telah mendaki ke puncak gunung berapi yang terletak hampir 3,500 meter di atas paras laut.
Secara tak sengaja, dia tersadung dan terjatuh ke dalam gunung berapi aktif yang sangat luas dan tidak pernah meletus sejak tahun 2002 tetapi mengandungi kolam lava itu.
Pasukan penyelamat mencari wanita itu tetapi tidak dapat menentukan sama ada dia jatuh ke atas batu yang terletak di dalamnya atau ke dalam kolam lava itu sendiri.
Sebuah helikopter dikerahkan dan satu pasukan yang terdiri daripada anggota tentera India serta yang lain datang bersama-sama untuk mencari wanita yang hilang ini.
Mereka akhirnya menemuinya terbaring di atas batu, setelah jatuh dari ketinggian 200 meter dan disahkan meninggal dunia.
5. Gregory Michael Ure
Gregory Michael Ure adalah lelaki dari California berusia 38 tahun yang menemui ajal dengan cara yang amat tragis, apabila dia jatuh ke dalam gunung berapi pada tahun 2017.
Gregori sangat menyukai Hawaii dan memutuskan untuk naik ke puncak gunung berapi di sana, sebelum jatuh ke dalamnya.
Akan tetapi, dia meninggalkan beg galasnya yang ditemui oleh pendaki lain selepas dia terjatuh. Di dalam beg tersebut, terdapat sesuatu yang mengejutkan orang ramai, iaitu nota bunuh diri.
Rupa-rupanya, ia bukanlah satu insiden tak sengaja tetapi sememangnya sudah dirancang oleh Gregory. Penyiasatan mengesahkan bahawa Gregory sememangnya membunuh diri.
4. John Slemp
Gunung St. Helens merupakan salah satu gunung berapi yang paling terkenal di Amerika Syarikat dan di dunia sejak letusannya pada tahun 1980.
Pada tahun 2008, seorang lelaki berusia 52 tahun dari Oregon bernama John Slemp menaiki kereta salji berhampiran gunung berapi ini. Anaknya baru sahaja kembali dari peperangan di Iraq, jadi mereka memutuskan untuk membawa seorang rakan ke gunung berapi untuk berseronok.
Mereka kemudiannya berjalan kaki ke tepi kawah, namun ketika mereka sampai ke puncak, segala-galanya berubah menjadi satu mimpi ngeri.
John Slemp jatuh ke dalam gunung berapi tersebut sedalam 457 meter. Ajaibnya, dia terselamat kerana menghentam kepulan salji.
Dia akhirnya diselamatkan oleh pasukan penyelamat menggunakan helikopter.
3. George Kourounis
Kisah ini tidak melibatkan orang jatuh ke dalam gunung berapi, tetapi lebih mengerikan kerana ia disengajakan.
Pengembara dan penjelajah George Kourounis dari Kanada adalah watak yang menarik yang telah menjadi bintang beberapa rancangan TV. di
George dan isterinya berkahwin di puncak gunung berapi aktif pada ketika ia meletus.
Perkara-perkara yang dilakukan George adalah sudah cukup gila, namun dia kemudiannya mendapat idea yang "bijak" untuk menuruni 366 meter ke dalam gunug berapi aktif yang dipenuhi dengan lava menggunakan tali dan dua kamera.
Dia turun ke bahagian yang paling bawah yang termampu berbekalkan kamera Canon dan GoPro. Dia sangat hampir dengan lava sehinggakan sebahagian daripada sut dan kameranya cair.
Segala aksi ini telah dirakam dan ditonton oleh pasukannya, serta George terselamat dalam ekspedisi itu.
2. Gunung Batur - Indonesia
Pada Mac 2010, seorang pelancong telah jatuh ke dalam Gunung Batur di Bali, Indonesia. Pelancong dari Sweden itu mendaki ke bahagian tepian gunung sebelum waktu subuh bagi melihat matahari terbit dari puncak gunug berapi aktif ini.
Malangnya, dia tiba-tiba terjauh ke dalam kawah gunung berapi pada kedalaman 150 meter dan mati serta-merta. Menurut sumber, ia bukanlah satu kes bunuh diri kerana dia menaiki gunung ini bersama 3 rakan yang lain.
Laluan yang diambil oleh pelancong Sweden ini dikategorikan sebagai tersangat selamat oleh pihak berkuasa yang memantau gunung berapi ini.
1. Gunung Mihara - Jepun
Senarai ini tak akan lengkap jika tidak disertakan sekali dengan kes beribu-ribu nyawa yang berakhir di Gunung Mihara.
Gunung berapi aktif ini telah digunakan secara meluas sebagai tempat membunuh diri selama bertahun-tahun dan telah menjadi kubur bagi beribu-ribu orang yang melompat ke dalamnya.
Bahkan, ia telah dipaparkan dalam salah satu filem Godzilla. Terdapat lokasi tertentu di gunung berapi ini yang merupakan tempat yang sempurna untuk melompat ke dalam kawah, yang dikenali sebagai "Suicide Point" atau "Titik bunuh diri".
Dalam beberapa dekad lalu, Suicide Point telah menarik beratus-ratus orang setiap tahun yang mana semuanya ingin menamatkan hidup mereka dengan cara yang tak dapat dihadam oleh fikiran orang normal.
Pada tahun 1933, 944 orang telah membunuh diri dengan melompat ke dalam Gunung Mihara. Beberapa tahun kemudian juga berlaku perkara yang sama dengan sekurang-kurangnya 350 orang melompat ke dalam gunung berapi di antara tahun 1934 dan 1935.
Akhirnya, untuk membendung banyak kes bunuh diri yang berlaku di tapak ini, pihak berkuasa Jepun telah membina pagar dan halangan untuk menghalang orang daripada melompat dari Suicide Point.
Malah, adalah menjadi satu kesalahan jika anda membeli tiket satu hala ke Pulau Izu Oshima, di mana terletaknya gunung berapi ini.
Rujukan:
2. Forbes